Isu Kambing Jamnapari: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Mohd Amin

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Mohd Amin Pipit untuk mendapatkan perintah injunksi terhadap Akademi Keluarga Bahagia Berhad terhadap satu kawasan perternakan di Rong Cenuk, Kelantan.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan itu adalah Datuk Hassan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud.

Mohd Amin diwakili oleh Zaidan & Co manakala Akademi diwakili oleh peguam Zainal Abidin Mustafa dan Mohd Mahfuz.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menolak permohonan Mohd Amin untuk menyekat Akademi Keluarga Bahagia dari memasuki kawasan perternakan kambing berkenaan.

Permohonan itu dibuat ekoran pertikaian yang berlaku antara Mohd Amin dan Akademi Keluarga Bahagia terhadap kawasan perternakan itu.

Mohd Amin, seorang penternak dari Negeri Sembilan telah bekerjasama dengan Akademi Keluarga Bahagia untuk mengusahakan pertenakan kambing di Rong Cenuk, Pasir Mas.

Namun, kedua-dua pihak berselisih faham sehingga menyebabkan Mohd Amin memohon agar Mahkamah menyekat Akademi dari memasuki kawasan ladang itu.

Namun, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan injunksi serta ganti rugi itu.

Kerana tidak berpuashati dengan keputusan itu, Mohd Amin telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Mahkamah Rayuan hari menolak rayuan itu dengan kos RM500 perlu dibayar oleh perayu iaitu Mohd Amin, beritahu peguam Akademi Keluarga Bahagia, Zainal Abidin Mustafa.

Kesah pertikaian ini telah menjadi cerita bersiri yang dibuat oleh satu laman blog Mohd Sayuti Omar beberapa ketika dahulu.

Ia melibatkan seorang Exco kerajaan negeri Kelantan (sebahagiannya ada di sini).

Issh banyaknya fitnah MSO ….. habis pah oghe lain, berdosa sama dok bawa cerita ……

6 Respons

  1. tu mugo MSO menulis berdasarkan NAFSU bukanya FAKTA.

  2. blog mso nilah boleh dikatogorikan sebagai ‘blog celako’..

  3. salam
    sedap MSO kato ko ore munafik
    mu hok dok terlibat dengan ajaran sesat dulu tu lagu mano?
    cermin la diri dulu…
    kubur masing-masing demo
    ko guano MSO?

  4. Tapi gak ambo sedih jugak kerana projek kambing ni berjaya dengan baik. sepatutnya jadi pilot projek dan boleh dikembangkan ke daerah-daerah lain di Kelate. tambah pulok daging kambing tak pernah cukup pun. berapa banyok hok kito dok import dari luar.

    Ambo cadang kena re look to the project & make it succes. Ambo boleh la bui idea & modal sikit-sikit.

  5. ralat- sedih sebab tak berjaya dengan baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: