Isu Cah Keting: Pemimpin PAS sudah berbeza …

Semalam Tok Guru melontar isu ‘Cah keting wujud dalam PAS’ menyebabkan satu isu pula jadi masalah. Ada kata betul wujud dan yang menafi wujud.

    Amalan ‘cah keting’ wujud dalam Pas
    KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menolak kemungkinan amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas wujud dalam Pas.

    Bagaimanapun katanya, perkara itu berkemungkinan besar berlaku kepada sebilangan kecil mereka yang tidak mengikut prosedur tarbiyah (pendidikan) Pas sebagaimana sepatutnya.

    “Jumlah pengikut Pas ramai dan saya tidak menolak kemungkinan sebahagian kecil perkara ini berlaku daripada individu yang tidak faham mengenai perjuangan Islam. Berkemungkinan ada unsur-unsur (cah keting) ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam. Berita penuh Baca di sini.

Inilah yang dikatakan menyusahkan orang lain …. Sebab apa jadi begitu. Nasihat Tok Guru dah tiada siapa yang nak dengar. Lu kajilah sendiri …

    Tidak wujud ‘cah keting’ dalam Pas Selangor
    SHAH ALAM – Tidak wujud budaya ‘cah keting’ atau cantas mencantas dalam kepimpinan Pas Selangor, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

    Sebaliknya, jika ada sebarang ‘pertukaran’ kepimpinan yang dibuat dalam parti, ia adalah untuk kebaikan pergerakan Pas Selangor itu sendiri.

    Menurut beliau, tidak timbul soal demikian kerana Pas Selangor mengamalkan polisi keterbukaan (open policy) dalam pentadbiran parti itu di negeri ini. Berita penuh baca di sini.

Masing-masing ada hujah, Dato’ Dr Hassan Ali pecat YB Khalid Samad (YDP PAS Shah Alam) sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pecat YB Shaari Sungib bukan ‘Cah Keting’ namanya …. aaah alasan itu semua. Berfikir untuk Jemaah bukan begitu tindakannya. Ini baru satu contoh, contoh lain berlambak lagi …

Ahli dan penyokong PAS serta rakyat sedang memerhati tingkahlaku pemimpin PAS kini.

Advertisements

6 Respons

  1. Salam sdr wanjo,

    kerek wanjo pakai tulisan MEROH semenjak dua menjak ni guano.. kawe rase padan doh la wanjo, cara demo ni bukan cara nak jadi jaguh .. nasihat bagus, tapi biarlah nasihat yg membina… mengkritik kearah kebaikan jemaah.. bukan menjahanamkan jemaah.. bedosa besar kita kalu kita berniat menghancurkan jemaah Islam.. membuka peluang musuh serang kita.. musoh takdok peluru kita supply peluru, musuh takdok bedil kita bui bedil.. tak comey lagu tu.. kita sama2 cari titik penyelesaian bukan tamboh serabutkan keadaan..

    demo orang parti.. tugas demo jaga parti, sila guna saluran betul.. hari2 demo jupo pemimpin parti.. bersemukalah secara anak beranak.. bukan dok bedal dalam blog.. huduh ngelih orang tengok.. musuh kita bukan sama2 kita.. musuh kita UBN dan sekutunya..

    kalu kita dok bbaloh sama kita .. tak kemana akhirnya kita yang terima bahana akibat nya dari sikap dan tindakan kita yang tidak tepat..

    akibat demo buat ggini, hok buruknya bukan atas palo demo sorang.. org2 sekeliling demo turut terima tempiasnya.. demo kena ingat.. org anggap demo sebagai proksi seseorang.. reputasi org itu akan rosak atas sebab tindakan demo biar sekalipun tulisan demo tidak ada kena dgn individu tersebut..

    pikir2kan sedaraku.. pastikan dulu kemana sasaran tembakkan kita.. tuju dan suting mmolek .. jangan dok ssalah sasaran nanti akibatnya kita yang tanggung..

    dalam soal ini, tidak ada sapa yg untung.. kalah jadi arang.. menang jadi abu.. untung tadak rugi sudah tentu..

  2. Kalau di selangor Hasan Ali tukar Khalid Samat dan Shaari Sungip dirasakan cah keting…………Datuk Husam minta Tok Guru tukar Takiyuddin kepada Zaki Ibrahim,,,,,,,, bukan cah keting ya…itu pertukaran biasa………..??

    Boleh belaka.dunia penuh persepsi………..

  3. kalau dulu, semua rahsia dalaman UMNO kita korek dan sebarkan kepada rakyat supaya rakyat tahu apa sebenarnya pemimpin UMNO buat. ramai berterima kasih kpd kita kerana berjaya korek rahsia.
    tapi sekarang bila ada orang korek dan sebarkan maklumat rahsia PAS, orang itu akan dianggap pengkhianat.
    whatever..hujah saya both UMNO dan PAS dua-duanya parti politik. yg bezanya UMNO parti orang Melayu yg bersifat perkauman, PAS parti orang Islam yang lebih terbuka. tapi, hakikatnya PAS tetap parti politik. orang politik tetap ada kaedah atau taktik politik sendiri.
    wallah hualam..

  4. kepada saindemo tu…..
    ambe buke nak bekap wanjo..cumanya kalu bulih..gak bedil depe waejo laluh! muga dok jupo sokmokan ….kepado waejo tu dedah dedah jugak, tapi hak dale kain tu kalu bulih kilas..kilas la dulu… jangan dok main selak tak tentu kalu

  5. Hei Jusoh tok bali mu tahu mari mana Husam suruh tok guru tukar takiyuddin dengan zaki ? kalu mu bisa sangat gak gi royat ko tok guru suruh nasihat arif berhenti cepat-cepat. koho lama koho borak kerajaan kes ariff tu. Mu ni Jusoh baso mulut huduh, perangai huduh….mu ingat aku tak kenal mu….

    Hei jusoh tok bali, aku kenal asal usul mu, mu gi kiri aku tahu mu nak gi mana, mu gi kiri aku tahu mu nak gi mana… mu kecek sikit aku tahu dah. Mu tulis kelmarin pun aku tahu, Walau pun mu orang takiyuddin aku tak sey mu dok buruk husam sebab dua-dua tu saeng aku belako. Aku adik mu juga… aku tak sey tengok dua-dua tu semban.

    • Haa, aa, adik Jusoh berkecek jugok… Ni giliran adik ipar pulok nak goyak. Arifahmi letak jawatan doh sebagai CEO PMBK, Berakhir lebih awal iaitu pada 31 Jan. 2010. Husam dah bagitau pada Tok Guru Arifahmi akan di tawarkan jawatan yang gaji sama di sebuah korporat di Kuala Lumpur. Company saing baik Husam Musa, tapi bukan adik beradik , walaupun nama ayah serupo.

      Orang no. 2, dari PKINK akan ganti, bunyi katonya, tempat Arifahmi ni. Orang ni, saing baik Husam jugok. sebab naik di PKINK pun Husam yang kacangnya.

      Aku tak percaya kenyataan akhbar Sinar harian sari dua ni saling menafikan kenal mengenal antara Husam dan Kickdefella tu, aku tak percaya. Hanya sendiwara saja. Itu persepsi aku.

      Nak tau lebih lanjut tanya Jusoh Tak Bali sendiri lah. Dah mu kata mu kenal dia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: