Siapa jayakan projek ini, diucapkan terima kasih

Siapa buat projek ini, diucapkan ribuan terima kasih. Kenapa saya berkata demikian. Seminggu sekali balik, ingin juga melihat perubahan. Saya cuba untuk merakamkan di blog ini, walaupun projek tidaklah sebesar mana. Kerana setelah dua belas tahun anak saya di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu, tahun 2010 barulah tempat berteduh dan pejalan kaki bagi ibubapa anak-anak menunggu diwujudkan. Kenapa demikian kerana tiada papan tanda khas menyatakan Projek tersebut. Apapun saya ucapkan terima kasih.

Sebelum ini, ibu bapa berpanas menunggu anak-anak pulang dari Sekolah tersebut setelah sekolah berpuluh tahun telah berkhidmat kepada masyarakat Wakaf Bharu.

Sekadar rekod, setiap hari persekolahan, Hampir tiga ribu jiwa mengunakan Jalan lama Wakaf Bharu berdepan dengan sekolah ini sentiasa sesak dan memerlukan kesabaran pengguna termasuk ibubapa, pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

Kerajaan Pusat samada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kerjaraya atau Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah kena ambil cakna masalah laluan ini.

Hari ini, kami bagi pihak ibubapa anak-anak sekolah Menengah dan Rendah Wakaf Bharu ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menyiapkan tempat berteduh tersebut.

Kepada PIBG, orang perseorangan yang prihatin, Kementerian Pelajaran, Majlis Daerah Tumpat, Pengetua dan Guru-guru Sek Menengah Wakaf Bharu, Gurubesar dan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu yang mengusahakan perkara-perkara yang sekecil ini diucapkan ribuan terima kasih

Satu Respons

  1. Barisan buat ni sebab bumbung kaler BIRU..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: