Isu Cah Keting tidak boleh dipandang ringan – Husam

Isu ‘cah keting’ adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mencemarkan nama baik PAS yang selama ini dikenali sebagai parti yang berdisiplin dengan pemimpin dan ahli yang jujur.

Fenomen sedemikian perlu dikenalpasti dan program pendisiplinan perlu dilakukan dengan bijaksana dan tegas.

Islam sangat menekankan disisplin yang tinggi pada para pejuangnya dan mempunyai tatacara disiplin yang lengkap.

Jangan dibiarkan ia berlalu tanpa diuruskan tetapi langkahan disiplin perlu segera digerakkan.

Islam, dalam konteks governance, menekankan dua perkara : individu yang terbina atas dasar taqwa dan mempunyai nilai-nilai persenaliti kukuh yang terbina secara dalaman. Kedua, sistem luaran yang boleh mencegah dan mengelakkan apa-apa ciri buruk yang disebutkan oleh Ustaz Tantawi. Baca lanjut di sini.

Berita mengenai PAS dalam Utusan Malaysia hari ini

    PAS tidak sunyi daripada masalah – Ketua Penerangan PAS Selangor
    KUALA LUMPUR 18 Jan. – Isu ‘cah keting’ atau cantas-mencantas yang ditimbulkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin merupakan satu bentuk peringatan bahawa Pas tidak sunyi daripada menghadapi masalah seperti itu.

    Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, sebagai sebuah parti Islam, tidak bermakna masalah tersebut tidak boleh berlaku di dalam Pas.

    Pemimpin tamak punca ‘cah keting’ – Ketua Pemuda PAS
    KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kewujudan pemimpin yang tamak dengan pangkat, pengaruh serta kedudukan menjadi punca budaya ‘cah keting’ mula menular dalam Pas sekali gus mencemarkan imej parti itu.

    Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun beliau tidak mengetahui sejauh mana seriusnya masalah tersebut, tetapi jika itu yang berlaku, sudah tentu ia memberi tamparan hebat kepada Pas sebagai sebuah parti berteraskan Islam.

    Kata beliau, selama ini semua pemimpin serta ahli parti telah dididik supaya menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan.

    ‘Cah keting’ bukti Pas tak amal Islam sebenar
    BATU PAHAT 18 Jan. – Kewujudan budaya ‘cah keting’ dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini.

Ini satu hal juga tuduh lagi ‘siapa yang tamak’ … issh macam-macam ragam kenyataan pemimpin PAS. Pening habis!! Semacam ada agenda tertentu pula, mana tahu depa ni ada rancangan bersama Utusan (tuduh lagi).

Ini beerti isu yang dilontarkan oleh Tok Guru sebelum ini terus digunakan oleh musuh PAS.

Advertisements

7 Respons

  1. Ini satu hal juga tuduh lagi ’siapa yang tamak’ … issh macam-macam ragam kenyataan pemimpin PAS. Pening habis!! Semacam ada agenda tertentu pula, mana tahu depa ni ada rancangan bersama Utusan (tuduh lagi).

    Ini beerti isu yang dilontarkan oleh Tok Guru sebelum ini terus digunakan oleh musuh PAS.

    gapo hok demo wat tubik sebelum ni pun x mustahil akan digunakan oleh musuh PAS….kudis… kurap..kerapu…panau…hok terjadi pada Kelate pimpinan TGNA demo selok kain doh sikit sebanyak….ko ada agenda juga?

  2. dalam perlawan bolasepak, ‘cah keting’ lawan adalah tindakan drastik terbaik terutamanya di saat2 getir.. cuma perlu dipastikan tindakan kita tidak dapat dikesan oleh pengadil.. itu penting..!!

    dalam politik lain pulak ceritanya.. .

  3. masa krisis le kita boleh lihat wajah sebenar manusia, sebab tu lah sesetengah orang tak tahan dengan politik ni, pemimpin yang sejati diharap tidak mundur dengan ujian ini

  4. BEBASKAN PAS DARIPADA ARIFFAHMI, HUSAM MUSA, NIK ABDUH, TAQIYUDDIN HASSAN.
    Politik Kelantan bergegar tapi akar umbir tenang bagaikan ikan dalam air. Sokongan pada TGNA masih kukuh dan merasakan isu ini hanya penting kepada beberapa orang pemimpin “kemut”.
    Pendedahan yang mengila sekarang adalah satu cara dan taktik untuk menyingkirkan TGNA daripada kedudukan yang ada. Menggunakan penulis blog (cari make) adalah suatu cara yang paling mudah. Namun saya yakin segala keadaan gelabuk ini akan tenang dan murni kembali. Tetapi luka menghiris dan mencacat TGNA tak dapat dimaafkan oleh kami penyokong Tok Guru.
    Yakin serangan balik penyokong TGNA boleh menghetam balik dan merebahkan pelakunya, maka usaha mencuci punggul yang mengemut sedang diusahakan.
    Kemutan yang dilakukan amat pedih, bukan saya keluar angin, bahkan keluat tahi yang busuk. Kami yakin manusia begini tidak diingini oleh setiap ahli PAS kelantan.
    Selamatkan PAS …..

  5. maaflah menuduh tanpa bukti, tak guna disiarkan. Sila buat blog sendiri

    • TUDUHAN TANPA BUKTI? Suatu tuduhan yang prejudis daripada pengendali blog,. Sila lihat kenyataan kickdefella Sinar Harian 20/01/10.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: