PAC mulai siasat kehilangan Enjin Jet Pejuang F-5E

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memanggil wakil Kementerian Pertahanan untuk memberi penjelasan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dato' Kamarudin Jaffar, Anggota PAC

Antara yang hadir pada mesyuarat pertama PAC mengenai isu enjin jet itu bagi mewakili Kementerian Pertahanan ialah Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud.

“Hari ini kita bermula dengan sesi penerangan mengenai prosedur-prosedurnya sahaja,” kata Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid kepada pemberita selepas mesyuarat itu yang berlangsung di bangunan Parlimen, di sini.

Azmi berkata, siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet itu dijangka selesai sebelum Mac ini bagi membolehkan laporan siasatan itu dibentangkan di Parlimen yang akan bersidang pada pertengahan Mac.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM yang bernilai RM303,570 berdasarkan kontrak jual beli pada 1972. Enjin berkenaan dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara.

TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974 dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D. Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa.

Awal bulan ini, seorang anggota tentera udara berpangkat sarjan dan seorang ahli perniagaan yang juga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung kehilangan dua enjin pesawat itu. – Berita Harian

Sementara itu Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar yang ditemui juga anggota PAC berkata, mesyuarat itu akan disambung 26 Januari ini.

Beliau menjelaskan mesyuarat hari ini terpaksa ditangguhkan selepas dua jam 15 minit berlangsung kerana anggota mesyuarat tidak selesa dengan bau bahan penanggal cat yang digunakan untuk kerja penyelenggaraan di Bangunan Parlimen yang terlalu kuat kerana telah meresap ke dalam sistem pendingin hawa.

“Ini amat tidak sihat…sebab itu kita putuskan untuk tangguhkan mesyuarat ini ke 26 Januari,” katanya.

Satu Respons

  1. pembacanya banyak juga yaa, tapi sayang saya tidak tinggal di malay

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: