HISBAHkan ISU RM 23 juta

Pengakuan secara jujur TGNA bahawa Kerajaan Kelantan terpaksa membeli balik Tingkat Bawah Bazaar Tok Guru dari pemaju mengundang berbagai reaksi dari masyarakat. Jumlah RM 23 juta peruntukan dari Perbendaharaan Negeri bukan sedikit nilainya.

Dana awam RM 23 juta sekiranya diagihkan kepada 37 DUN yang dimenangi PR di Kelantan akan memberi peruntukkan RM 621,621 untuk setiap DUN. Bayangkan berapa banyakkah masalah rakyat di setiap DUN dapat diselesaikan dengan bujet lebih setengah juta ringgit? Antara kelebihan TGNA yang tiada pada pemimpin lain ialah sikap jujur dan ikhlas yang tidak terbatas.

Sukar mencari pemimpin sedemikian di abad ini. TGNA mengaku kesilapan teknikal dan MENEBUS kembali kesalahan itu dengan satu tindakan yang luar biasa. Demi janji kepada rakyat TGNA tetap tunaikan walau dengan apa cara sekalipun.Itulah prinsip Islam dan menjauhkan diri dari cirri-ciri munafik iaitu mungkir janji.

Walau sekadar MOU tapi Kepimpinan Ulama TGNA tetap zahirkannya tidak seperti Kerajaan BN yang mencari helah untuk tidak membayar wang royalti biarpun wujud Akta Petrolium 1974. Baca lanjut di sini

Kalu sikit-sikit ngaku silap, lemah lah dah tu. Dulu masa isu Air Kelantan, ngaku silap juga RM50 juta terbang. Ni ngaku silap pula RM50 juta terbang pula, kata Sheih. Maknanya sudah sampai masanya hak ngaku silap tu  BERHENTI daripada mengurus kerajaan dan berilah peluang kepada Dato Ahmad Yaakob, Dato’ Nik Amar atau Dato’ Takiyuddin mentadbir pula.

3 Respons

  1. Bila membuat kesilapan adalah lebih baik mengaku daripada diam senyap ,sorok ,dan tunggu orang bentang dalam parlimen macan Pdot dot Z .

  2. Kawe kopi pas dari komen dalam Kick

    Anak Mek Lijah (18:06:59) :

    Semua benda-benda – bayar sana, bayar sini – sebenarnya adalah ibarat cerita wayang kulit Kerajaan Negeri sahaja… atau lebih tepat dalam kata bidalan : MACAM BERSELIMUT DENGAN KAIN SELIMUT SINGKAT… Tarik keatas, kaki nampak terjulur…; tarik kebawah, dada terdedah sejuk.. Serba tak kena. Itulah sebenarnya isu “RM 23 juta” itu..

    Sheikh,

    Kalau dalam bahasa kampung, in macam cerita Mek Lijah. Mek Lijah tu miskin wang.., tapi ada tanah pusaka seluas 10 ekar. Taukeh mari, bagitau Mek Lijah, dia nak majukan tanah Mek Lijah. Dari 10 ekar tanah Mek Lijah, hanya 1 ekar sahaja yang taukeh ni nak start dulu. Lagi 9 ekar, taukeh cakap, nanti saya punya hal lah nak buat apa2 lain masa. Maka tanah 10 ekar ni pun ditukar miliklah kepada taukeh ni.

    1 ekar tanah Mek Lijah tu taukeh nak buat 10 unit rumah teres, satu deret. ‘Corner lot’ kiri-kanan tu taukeh punya. Mek Lijah diberi 4 unit tengah2 tu, dengan HARGA PENILAIAN TAUKEH tu sendiri sebanyak RM 500,000 se unit. Seronok lah Mek Lijah hebahkan sana-sini kerana dapat harta bernilai RM 2 juta dari taukeh. Dia bukannya tahu, kos sebenar taukeh tu buat rumah teres tu adalah RM 100,000 se unit sahaja. Maknanya, taukeh tu sebenarnya beli tanah Mek Lijah dengan harga RM 400,000 jer. Tu ‘tak cerdik’ fasa pertama…

    Lepas perjanjian dibuat semua depan loyar, taukeh pun buat lah rumah2 teres tu. Masa tengah bina, tup-tup, anak2 Mek Lijah yang 6 orang tu balik ke kampung. Mereka mendesak nak kan rumah kerana tempat tinggal mereka di bandar selama ini akan dirobohkan.

    Dek malu kat jiran, Mek Lijah pergi jumpa taukeh… nak 2 unit lagi rumah. Yang 4 anak perempuan tu, tak aperlah ambik rumah teres tengah2 sorang satu…, tapi anak2 lelaki lagi dua ni nak rumah ‘corner lot’..

    Taukeh pun baik hati… Dia kata boleh ambik 2 unit ‘corner lot’ ni.., cuma Mek Lijah kena bayar ler. Satu unit RM 800,000 … 2 unit kena bayar RM 1.6 juta ! Mek Lijah pulak mana lah tau berapa kos sebenar pembinaan 2 unit ‘corner lot’ ni.. dan Mek lijah pun tak ader kuasa nak pertikai kos sebenar unit ni. Apa pun, Mek Lijah kena cari duit RM 1.6 juta untuk dibayar kepada taukeh…. Mana dia nak cari? Nak makan selama ini pun susah.. Itu ‘tak cerdik’ fasa kedua..

    Dalam Mek Lijah dok ‘mutar itek’ (duk tgh bingung), tup-tup, jiran2 dia dapat tahu, bahawa rumah lama anak2 Mek Lijah yang nak kena roboh di bandar tu pun, TAUKEH SAMA jugak yang nak majukan .. !!!

    Setakat ni dulu…. nak terketawa ni… !! Sambung cerita lain kali… Hehehehehehe…..!!!

  3. SETUJU DITUBUH HISBAH. PATUT TAHUN 1990 LAGI DAH DITUBUH!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: