Isu Cah Keting: Mahfuz tidak tahu

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa beliau langsung tidak mengetahui tentang isu amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas dalam Pas yang kini menimbulkan polemik di kalangan pemimpin parti itu.

Malah beliau juga mendakwa tidak mengetahui pendedahan mengenai amalan itu dibuat sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 “Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini (cah keting), sudah seminggu saya tidak membaca surat khabar, saya kurang sihat, awak pergilah tanya Tok Guru Nik Aziz atau sesiapa sahaja yang telah mengeluarkan kenyataan itu,” katanya ketika dihubungi  di sini hari ini.

Sabtu lalu, Tok Guru Nik Abdul Aziz secara terbuka mengakui kewujudan amalan ‘cah keting’ dalam parti itu dan beliau sehari sebelumnya turut berdoa dijauhkan perbuatan negatif itu selepas kuliah mingguannya di Kota Bharu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut mengesahkan wujudnya amalan itu bukan sahaja dalam Pas Kelantan bahkan di negeri-negeri lain, namun yakin ia tidak akan menjejaskan parti itu kerana ia belum menjadi budaya.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan pula berkata, penularan ‘cah keting’ itu berpunca daripada kewujudan pemimpin yang tamak dan mempunyai agenda peribadi. Mengulas isu sama,

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dalam blognya,  mengatakan amalan itu merupakan suatu isu yang tidak boleh dipandang ringan

Satu Respons

  1. […] benarlah kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa beliau langsung tidak mengetahui tentang isu amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas dalam […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: