Takziah Kepada Keluarga Pak Bakar Ismail

Takziah Kepada Keluarga Pak Bakar Ismail. Semasa pencennya beliau dari Berita Harian (sekitar tahun 2004 hingga 2008) , beliau dengan failnya selalu juga mengunjungi pejabat Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Haji Suhaimi Mokhtar (kemudian sebagai Pengarang Harakah) waktu itu.

Kedatangan beliau ke pejabat kami adalah semata-mata  ingin berbincang mengenai isu-isu semasa. Waktu itu banyak juga cadangan beliau mengenai apa-apa yang perlu dibuat dan dilakukan oleh parti.

Antara cadangan beliau kepada kami adalah supaya Parti mengeluarkan Perutusan Khas sempena hari-hari kebesaran negara umpamanya Hari Angkatan Tentera, Hari Kebangsaan, Perayaan, Hari Guru dan lain-lain lagi. Perutusan Khas ini dikeluarkan supaya rakyat mengetahui pandangan parti mengenai Hari kebesaran tersebut.

(Al Fatihah semoga mencucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama Orang-Orang Solihin)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarang Berita, Berita Harian, Abu Bakar Ismail, 67, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.30 malam kelmarin akibat serangan jantung.

Allahyarham dimasukkan ke wad jantung HKL kira-kira jam 10 malam kelmarin selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital sama Isnin lalu.

Anak Allahyarham, Syahrul Azman, 32, berkata mengikut jadual, ayahnya perlu menjalani rawatan selama tiga hari selepas dimasukkan ke wad biasa HKL Isnin lalu.

“Walaupun keadaannya agak serius doktor mengesahkan ayah stabil. Bagaimanapun semalam (kelmarin) ayah dipindahkan ke wad jantung kira-kira jam 10 malam.

“Selepas beberapa jam mendapat rawatan, kami dimaklumkan ayah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Taman Melawati, di sini, semalam.

Abu Bakar memulakan perkhidmatan di Jabatan Editorial The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) pada 1977 sebagai Pembantu Pengurusan Editorial.

Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penulis pada 1980 dan kemudian menjawat beberapa jawatan di Jabatan Editorial antaranya Pengarang Luar Negara dan Pengarang Berita. Jawatan terakhir disandang beliau adalah Pengurus Pentadbiran Berita Harian pada 1991 sebelum bersara dari perkhidmatan pada 1997 selepas berkhidmat selama 30 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Maimun Zainal Abidin, 61, dan empat anak iaitu Ain Nazlina, 36; Syahrul Azman; Hannie Nazlin, 30 dan Aini Naziha, 27 serta lapan cucu.

Jenazah Abu Bakar disembahyangkan di Masjid Al Hidayah berhampiran kediamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate Baru, Hulu Klang, kira-kira jam 11 pagi semalam. – Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: