Tok Guru nafi pula wujud ‘Cah Keting’ dalam PAS

Pulak! Hari ni Tok Guru menafi berita yang ditulis Utusan Malaysia terbitan 17 Jan lalu menyebut,  Tok Guru Nik Aziz secara terbuka mengakui wujud budaya “cah keting” atau cantas mencantas dalam PAS sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

    Selepas seminggu heboh diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujud budaya “cah keting” dalam PAS seperti yang dilaporkan oleh media minggu lalu.
    Sehubungan itu beliau menyelar penulis akhbar yang menyiarkan laporan Ahad lalu kononnya wujud budaya cantas-mencantas atau “cah keting” dalam parti itu.
    Mursyidul Am PAS itu turut menggesa agar penulis berkenaan memohon maaf ekoran laporan berkenaan.“Mu (penulis) kena minta maaf, kalau mu tak minta maaf, aku tak maaf pada mu,” kata beliau merujuk kepada pemberita akhbar arus perdana terbabit sebelum memulakan kuliah mingguannya pagi ini. Baca lanjut di sini

Kita nak dengar pula pimpinan lain, apa kata mereka yang menyokong adanya ‘cah keting’ dalam PAS. Sebelum ini Ketua Dewan Pemuda PAS berkata adanya pemimpin yang tamak menyebabkan wujudnya cah keting.

Maka benarlah kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa beliau langsung tidak mengetahui tentang isu amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas dalam Pas yang kini menimbulkan polemik di kalangan pemimpin parti itu.

13 Respons

  1. Tuan Guru Nik Aziz sudah tak dapat dibaiki lagi. PAS Pusat tunggu apa lagi, tolonglah undurkan segera Tuan Guru kita ni sebelum lagi banyak sumpah seranah memalukan keluar dari mulutnya. Celakalah, anti Islamlah, bodohlah. Apakah ini baik untuk imej parti di waktu begini? Kita patut mendekati wartawan dan penulis bukan berbalah dengan mereka. Kalau ya pun mereka silap, tegurlah dengan berhikmah. Ke mana pergi akhlak Islam kita?

  2. wartawan tu bukan tersilap. mmg sengaja wat silap. cari mkn bro. mu kenal brp org wartawan media??? kawe kenal hampir separuh wartwan di kelate nih. dulu kawe gro …. ops pro.

  3. Ini satu lagi pengurusan pejabat yang lemah. Ke mana pergi SU Politik dan SU Akhbar? Kalau betul wartawan Mingguan Malaysia reka cerita atau salah lapor sepatutnya hari akhbar itu siarkan cerita tu terus panggil sidang media bagi menafi atau menjelaskan duduk sebenar perkara. Mengapa perlu tunggu hampir seminggu setelah jenuh pimpinan seluruh negara terpaksa mengomen, menepis atau mengiya baru nak menafi? Setuju saranan AJK kerana Tok Guru nampaknya sudah perlu berundur sebelum mudarat lebih besar menimpat parti dan kerajaan. Presiden perlu berani bertindak, bayangkan apa Ustaz Fadzil akan lakukan kalau beliau masih Presiden dan lakukanlah apa yang dibayangkan itu.

  4. Pemberita2 cari makan ni bukannya nak melaporkan berita benar tapi mengulas berita.Jadinya membuat andaian dan rumusan mengikut hok dia faham. Mereka ni kias2 tak faham. Orang cakap 5 patah dia hulur 100 ela. Jadi kita kena berhati-hati dengan pancing mereka ini. Tak dapat ikan secara umpan mereka rembat dengan kail tajam.
    Akhirnya kita yang luka kot mana2 pun

    Mereke ini tiada saja2 nak siar berita mengenai tokoh kita /PR melainkan ada niat yang ………
    Mereka ni kaki gelewak dan kelentong kecuali keputusan toto memang sah/wajib betul!

  5. Pada hemat saya yang belajar pun tak tinggi mana ni, kecaman Tok Guru kepada wartawan Mingguan Malaysia ni hanyalah usaha untuk alih perhatian orang ramai (kata mat saleh, to divert people’s attention). Isu sebenar yang sedang hangat diperkata di Pejabat SUK Kelantan, di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di Pejabat Agung PAS dan di kalangan aktivis parti seluruh negara khabarnya adalah soal transkripsi perbualan antara SU Akhbar Tok Guru (Ustaz Saiba) dengan wartawan Berita Harian (Akmal Ilham). Transkripsi ini jadi isu besar kerana ia menggambar wajah sebenar Tok Guru. Ia mendedah betapa Tok Guru bukanlah sebetul disangka. Ia mendedah betapa SU Politik Tok Guru (Anual Bakri) bukan letak jawatan seperti disebut Tok Guru tetapi sebenarnya dipecat. Dipecat pula semata-mata atas hasutan si menantu Tok Guru (Ariffahmi) kerana si SU Politik kata si menantu ni bodoh. Isu ini menampak betapa Tok Guru sudah kurang rasional dan sudah dikuasai anak menantu. Untuk mengelak cerita ini heboh, sebelum wartawan dapat tanya Tok Guru soalan pasal pendedahan memalukan si SU Akhbar ini, maka dinasihatlah supaya Tok Guru kecam wartawan Mingguan Malaysia pula. Bila timbul isu baru ini maka tidak diperkata orang lagilah soal kecaman Tok Guru ke atas wartawan Berita Harian. Maka selamatlah Tok Guru dari terpaksa berhadapan dengan isu pendedahan memalukan si SU Akhbar. Bijak sungguh pakar-pakar strategi Tok Guru ini ya.

  6. “Mu (penulis) kena minta maaf, kalau mu tak minta maaf, aku tak maaf pada mu”
    “Jenis orang makan ikan pelata sejak muda sampai ke tua. Bui (bagi) ikan tenggiri sikit bodoh selalu”
    “Sampai masuk neraka aku tak maaf kalau tak minta maaf dengan aku. Nak jadi penulis sangat, tak reti…”

    SALAM.AMBO RASA,BERAT2 BELAKA AYAT2 TOK GURU DI ATAS TU.TAPI BILA SORANG TOK GURU BOLEH GUNA AYAT2 BEGINI MAKNANYA KITA YANG BUKAN TOK GURU NI PUN BOLEH GUNA AYAT2 YANG LAGI TERUK LER GAMAKNYA?KER GUANE?

  7. Rumah Kelantan Di KL Dijual Tampung Kos Pengurusan

    KOTA BAHARU, 22 Jan (Bernama) — Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS pada hari Jumaat didakwa telah menjual beberapa aset kerajaan negeri termasuk sebuah rumah penginapan rasmi di Kuala Lumpur untuk menampung pengurusan kewangan negeri.

    Ketua Umno bahagian Kota Baharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mendakwa bahawa Rumah Kelantan yang terletak atas sebidang tanah kurnia di Jalan Conlay, telah dijual kepada seorang pengusaha tempatan.

    Beliau, yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri melahirkan rasa kesal dengan penjualan rumah tersebut yang dahulunya digunakan sebagai penginapan Menteri Besar Kelantan.

    Katanya, urusan jual beli aset berkenaan dibuat oleh seorang Exco kerajaan.

    “Ini antara beberapa bidang tanah dan harta rakyat yang dijual oleh kerajaan Pas Kelantan sejak parti itu memerintah hampir 20 tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Program Kumpulan Tindakan Sivik (Kumtis) dan 1Malaysia Peringkat Kota Baharu di sini.

    Sebelum ini Umno Kelantan mendedahkan tanah bengkel Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang terletak di Kampung Putih, Jalan Kuala Krai di sini dijual kepada individu tertentu untuk dibangunkan kondominum mewah.

    Mohd Fatmi mendakwa tanah kerajaan di Kampung Limau Manis, Jalan Hamzah juga telah dijual kepada sebuah syarikat tempatan yang mengakibatkan berpuluh-puluh keluarga hilang tempat tinggal.

    Kerajaan negeri juga melalui MPKB menjual tanah bersebelahan stesen bas bandar kepada sebuah syarikat yang kini dibina dengan pasar raya dan apartmen mewah.

    “Tetapi kerajaan negeri tidak menyediakan rumah kepada golongan miskin di bawah program rumah kesejahteraan rakyat sebagaimana dilakukan oleh kerajaan pusat,” katanya.

    Menurut Mohd Fatmi kegagalan kerajaan negeri menyediakan rumah kepada golongan itu menyebabkan sebahagian besar penghuni kota tinggal di kawasan tanah sewa milik individu.

    “Inilah kegagalan kerajaan negeri berusaha membantu menangani masalah tempat tinggal kepada penduduk bandar yang sebahagian besar peniaga gerai makan yang berpendapatan rendah,” katanya.

    — BERNAMA

  8. hello brader2 semua ….aku bukan nak bekup tok guru tapi kebenaran mengatasi seglanya …. aku nak tanyo kamu semua ada tak kamu semua dengar statement dari mulut tok guru sendiri atau kamu dok baca dalam surat koba lepah tu marah ko tokguru … apa ni brader u orang jahat lah kalau macam ni… setiap perkara mesti lah sahih dulu dari mana asal duduk perkara .. ni dok dok main hemtam keromo jah ..
    Tok guru hanya berdoa kepada Allah swt mintak dilindungi perjuangan Pas ini dari cah keting sama sendiri itu shaja..dan apabila wartawan tahu tok guru berdoa lagu tu …dia tanyo tok guru wujud dok budaya cah keting dalam pas ni… hak ni yang jadi isu. wartawan upahan ni kijo dio dah ..pandai provok soalan lagu ni ….ari ni tok guru nafi …kamu semua ni caya ko ore munafik(wartawan) ko TGNA yang terbukti alim dan tidak munafik …

  9. salam..
    di mitok bersabar dlm ulah mengulah..
    bukae apo tkut jadi pitnoh jah..

  10. Hamba rasa akhbar Utusan memang niat jahat nak pekena Tok Guru. Yang silapnya Tok Guru juga tak cepat-cepat nafikan laporan akhbar itu sehingga ia memborat diulas sana sini. Setuju dengan Idris. SU Akhbar perlu dilantik dari kalangan yang tahu selok belok dunia akhbar. Kita tak kurang wartawan atau bekas wartawan Harakah untuk jadi SU Akhbar. Paling tidak contohi saja AY Ustaz Fadzil ambil Sdr Suhaimi Mokhtar jadi SU Akhbar.

  11. Askm. Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am perlu mengelak dari mengata orang di tempat terbuka kerana ia menjatuh maruah Tuan Guru dan parti. Susah juga, kerana kata bijak pandai, bila usia kita mencecah 70-an apalagi 80-an kita kembali jadi seperti mula, tak dapat kawal emosi dalam berkata. Majlis Syura Ulama’ perlu bersidang buat garis panduan kenyataan media pimpinan.

  12. Ini ingatan yang sangat baik dari ahli akademik dalam menangani media. Dieptik dari harakahdaily.

    PAS Kelantan dicadang tubuh Jabatan Perhubungan Awam | Print | E-mail
    Mohd Nor Yahya
    KOTA BHARU, 24 Jan: PAS Kelantan dicadangkan agar menubuhkan Jabatan Perhubungan Awam dengan melantik seseorang sebagai jurucakap bagi menangani pelbagai isu yang ditimbulkan pihak dalaman PAS maupun serangan dari luar.

    Demikian dinyatakan oleh pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah di Bengkel Mengenal dan Menghadapi Media Massa anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di sini, semalam.

    Menurutnya, kebanyakan parti politik negara ini tidak mempunyai jabatan perhubungan awam sendiri, malah apa-apa isu yang dibangkitkan kebanyakannya hanya dijawab oleh mereka yang tidak berpengalaman.

    Oleh itu, katanya timbullah pendapat yang berbeza dan ini telah diambil oleh media massa untuk dimanipulasikan serta dapat melariskan akhbar mereka.

    Beliau juga menggesa pimpinan kerajaan negeri dan parti seharusnya dapat mendampingi golongan media dan tidak boleh memulaukan mereka.

    Tambahnya, ini kerana sehingga kini tidak adapun media yang boleh dihapuskan oleh ahli politik tetapi yang jelas media dapat menjatuhkan seseorang atau ahli politik.

  13. senang cerita,nak selesai masalah,tuan guru kena berhenti segera,umur pun dah 79,janganlah dipaksa turun pula,nanti malu parti pula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: