CO KD SERI INDERAPURA DI HADAP KE MAHKAMAH TENTERA, MACAM MANA PULA JET F5E?

Bekas CO KD Seri Inderapura milik TLDM yang terbakar pada 8 Oktober lalu akan di hadapkan ke Mahkamah Tentera di Pengkalan TLDM Lumut. Menurut Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar seorang Pegawai Pemerintah perlu di pertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku ke atas kapalnya termasuk menentukan aset hak milik negara berada dalam keadaan selamat.

Tahniah pada TLDM yang mengekal dan membudayakan ketua mesti pikul tanggungjawab, ini suatu amalan dan budaya yang akan memastikan seorang ketua akan melaksanakan tugas dengan baik, adil dan beramanah. Amalan ini akan dapat mengelak dari berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta menghindari dan membenteras gejala rasuah. Tapi bukanlah bermakna orang di peringkat bawah boleh buat salah, tetapi amalan ini untuk pastikan ketua akan bertanggunjawab terhadap apa yang di amanahkan kepadanya termasuk untuk pastikan orang bawahnya bekerja dengan betul dan amanah.

Tapi kenapakah amalan ini hanya di amalkan dalam angkatan tentera kususnya TLDM, tidak pulak berlaku dalam TUDM bila injen Jet F5E hilang. Sedangkan isu kehilangan enjin Jet F5E sangat memalukan negara, kerana ini menunjukan soal tahap keselamatan negara yang berkaitan dengan sektor dan industri pertahanan tersangat buruk. Kehilangan enjin Jet F5E adalah juga kehilangan aset milik negara yang gagal di jaga dengan selamat.

Sepatut bekas Panglima TUDM dan bekas Menteri Pertahanan juga di hadapkan ke Mahkamah Tentera atau Mahkamah Awam kerana mereka menyembunyikan kehilangan ini dari pengetahuan umum selama dua tahun. Seolah-olah ada sesuatu rahsia yang nak di sembunyikan dari pengetahuan rakyat. Sebaliknya AG hanya mengumumkan hasil siasatan Polis tiada Pegawai Kanan Atasan TUDM dan KEMENTAH yang terlibat dalam kehilangan enjin Jet.

Hanya yang terlibat yang berpangkat sarjan. Kalau ikut kes KD Inderapura Pegawai Pemerintah KD yang di pertanggungjawab, takkan dalam TUDM sarjan yang jadi pegawai yang bertanggungjawab terhadap Jet F5E. Pelik sungguh, agaknya di Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab hanya budak pejabat atau pun prebet tentera yang jadi Menteri Pertahanan.

Saya mohon penjelasan dari Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera, siapakah Pegawai Pemerintah Kem TUDM waktu di mana enjin Jet F5E hilang. Adakah Pegawai Pemerintah tersebut di hadapkan ke Mahkamah Tentera sepertimana kes kebakaran kapal KD Inderapura.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: