Dato’ Pa juga ingkar kepada Titah Pemangku Raja

Kenapa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed begitu beiya-iya meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa.

“Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun,” katanya kepada pemberita, lanjut baca di sini.

Kenapa Pemimpin PAS perlu berpolitik untuk menegakkan ‘Wang Royalti’ seperti yang tertera dalam Perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas’ pada 9 Mei 1975.:

Lupakah Dato’ Mustapha bahawa bukan pemimpin PAS sahaja yang berpolitik bahkan Ahli Veteran Umno, YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sedia memberi penjelasan terhadap apa yang ditandatanganinya dalam perjanjian nyang dimaksudkan di atas.

Mungkin Ku Li juga merasakan bahawa Kebenaran perlu ditegakkan walaupun pahit, walaupun tidak disukai oleh pemimpinnya sendiri. Baca juga surat Ku Li Kepada Tok Guru MB di sini.

(Penjelasan Ku Li ini akan diadakan pada 28 Januari 2010 jam 9.00 malam di Stadium Sultan Mohamed Ke IV)

Sudah jelas Dato’ Mustaphapun, bahkan boleh dikatakan beliau telah derhaka kepada Pemangku Raja dan Negeri serta Rakyat Kelantan kerana ingkar dengan Titah Tuanku. Apa titah Tuanku Pemangku Raja, baca di bawah:

    Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
    Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

    “Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005. – baca mstar di sini

Titah Pemangku Raja ini ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Oktober 2009.

Sebelum inipun Ku Li telah menyatakan pendirian berikut:

    Kerajaan Persekutuan digesa menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran 5 peratus daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada negeri itu.

    Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat.

    Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan.

Satu Respons

  1. Aku doakan career politik si pengkhianat.. akan hancur lebur tok tinggal bako..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: