KENYATAAN AKHBAR JAWATANKUASA DISIPLIN PAS PUSAT

Lanjutan kepada arahan Jawatankuasa PAS Pusat, yang menerima aduan perbuatan salahlaku (Tatatertib) ke atas dua orang ahli PAS iaitu;

1. YB Khalid bin Abd Samad
2. YB Dato’ Dr Hassan bin Mohd Ali

Jawatankuasa Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada keduadua ahli tersebut.

Kedua-dua mereka telah membuat jawapan secara bertulis, dan Jawatankuasa Disiplin telah menilai jawapan kedua-dua ahli tersebut dan mendapati ada kes prima-facie dan memberi peluang kepada kedua-duanya untuk pendengaran.

Pendengaran telah diadakan seperti berikut;
l. YB Khalid bin Abd Samad pada 7hb Januari 2010, beliau membawa seorang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana penguam. Pendengaran diadakan secara tertutup di atas pilihan beliau.
2. YB Dato’ Dr Hassan bin Mohd Ali pada 9hb Januari 2010, dan beliau membawa dua orang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana penguam.

Setelah mengambil kedua-dua keterangan yang dihadapkan, Jawatankuasa telah menangguhkan pendengaran bagi membolehkan penelitian ke atas fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang diterima.

Pada hari ini ( 22hb Januari 2010), Jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut. Pihak Jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk Jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka. Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu.

Jawatankuasa menangguhkan pengumuman keputusan kepada satu tarikh yang bersesuaian kepada semua pihak.

Sekian.

TARIKH: 22HB JANUARI 2010.

2 Respons

  1. SALAM. APA CERITA NI, BRADER? KALAU NAK NAFI BAIK NAFI HARI NI JUGAK!

    Pemimpin Pas abai solat jemaah ditegur
    Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
    krull@bharian.com.my
    Nik Aziz kecewa ketua masyarakat gagal tunjuk ciri keislaman

    KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam melahirkan rasa kesal serta kecewa terhadap sikap pemimpin parti itu yang gagal menunjukkan ciri keislaman, seperti dilaungkan parti berkenaan.

    Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajud.

    “Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali seminggu dan tahajud berapa kali dalam sebulan.

    “Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

    “Dalam lebih 200 soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja, sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajud, lagi rendah,” katanya.

    Beliau yang juga Menteri Besar berucap demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, semalam.

    Hadir sama timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Pada majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

    Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan teladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.

    “Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau akan melaksanakan kaedah berkenaan kepada penghulu di negeri ini.

  2. boh… demo baik ko nga cikgu we rohing?? oyak ko dio… dok reti-reti nok balik jenguk rakyak ko?? ko braso koya buleh bene sokmo doh??

    pah lo ni pung banyok isu tok molek tuh… jange duk braso sene ati buleh mene mudoh… ari tu siak buleh meraung nga basikal keliling koto baru nok ko undi ore, narak ko bilo buleh undi… olo kaki pun tok sey doh… berat n’nanar bohhhh…

    oyak ko dio… nok tunggu pitu grebe ore preboh ko? nok tunggu cawange tutup?? ore patmi ngan mansor adabi napok koho galok doh tu… braso buleh lawe ko ngan pitih ehse??

    jadi pemipin ni jange duk koya lenggok ke langit sajo gak… tengok etek kalu-kalu ado ular ko, akar ko, tahik ko di bowoh nih…

    spr pung setat doh wak khijo nih… namo ore biaso pun banyok masuk dale senara undi poh doh nih… nyo kehel guano…. hok ajk pah t’tere pun masuk dale undi poh doh nh… narak datuk tok reti-reti lagi nok kelik wak khijo???

    bunying kato ado kmojo duo ore begocoh dekak kelab pah ari tu… guano crito?? jange duk bcaro ko kmojo sajo… rakyak nih etek…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: