Aduka Taruna direman empat hari

Blogger Aduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu telah ditahan reman empat hari bermula hari ini (26 Jan) hingga 29 Jan 2010.

Perintah tahanan itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira pukul 9 pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek dibawa ke ibu negara untuk siasatan.

Semalam, suspek yang berusia 29 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pukul 4.40 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff semalam mengarahkan supaya satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut dan memberi jaminan penulis terbabit akan diheret ke mahkamah.

Sehingga hari ini, polis menerima sebanyak 31 laporan terhadap penulis blog berkenaan di seluruh negara.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai pereka grafik berasal dari Negeri Sembilan manakala isterinya dari Kelantan.

Suspek dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam satu artikel yang disiarkan dalam blognya,  baru-baru ini.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak (termasuk Pemuda PAS), dia menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: