Cerita benar! Inilah padahnya bila suruh buat projek

Ha ha! Macam-macam cerita pula terima, ekoran satu repot polis oleh Kontraktor keatas ADUN. Khabarnya ADUN tersebut selalunya suruh buat dulu apa-apa projek yang dipersetujuinya, selepas itu akan jadi masalahlah. Ini satu lagi cerita benar yang berlaku dalam Parlimen Machang.

    Kontraktor tuntut bayaran dari ADUN
    Setelah beberapa kali janji gagal ditunaikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini, seorang kontraktor, Wan Mohd Husni Wan Ismail, 53, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, di sini semalam bagi menuntut haknya kembali.Wan Mohd Husni yang juga Ketua Cawangan Pas Lalang Luas berkata, ADUN tersebut berhutang dengannya kira-kira RM11,500 yang mana melibatkan beberapa projek dan aktiviti pada tahun 2007.Katanya, walaupun dikemukakan resit dan membuat tuntutan, namun ADUN itu gagal membuat sebarang bayaran.

    “Pada April 2007, saya menganjurkan kejohanan bola tampar di Padang Bola JPN Kampung Joh, Labok dan beliau bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,500, namun apabila kejohanan berlangsung, beliau minta saya mendahulukan duit saya dan apabila saya kemukakan resit, tiada bayaran dibuat hingga ke hari ini.

    “Pada November 2007, beliau sekali lagi memberi projek bagi membina bangunan untuk Belia Berdikari Medan Pupuk Niaga Pulai Chondong di Jalan Joh dan Bangunan Serbaguna di Maka bernilai RM8,500. Baca lanjut di sini.

Untuk mempastikan berita di atas ‘benar’,  kami telefon seorang petugas di sana. Beliau mengesahkan memang perangainya begitu meminta sesiapa yang ingin buat projek, buatlah dulu, claim kemudian. Sebenarnya tak perlu sahkan apa yang ditulis oleh Sinar Harian. Apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian di atas adalah berdasarkan fakta, bukan buat-buat.

Ai semakin peninglah Tok Guru dengan karenah ADUN-ADUNnya. Tak ulas, pemimpin atas buat tak tahu, masalah makin bertimbun.

Sebelum ini dah berlaku satu kes di Tumpat, baca di sini. Malu juga sebab hari-hari sehingga sahabat handai dan penyokong parti tertanya-tanya macamana boleh berlaku sedemikian rupa sedangkan kita hari-hari berjuang Islam.

Maka bertambahlah lagi siri cerita benar yang tersorot ‘menggelegak’ naik sebelum pilihanraya umum akan datang.

Advertisements

2 Respons

  1. Sila baca perabih..

    Pada perkembangan yang sama, ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat berkata, pihaknya memohon kontraktor tersebut bersabar dan pihak kerajaan tidak akan lari dari menunaikan tanggungjawabnya.

    “Saya memohon kepada kerajaan (negeri) bagi mendapatkan bantuan menjayakan Belia Berdikari dan kerajaan meluluskannya dan biasanya bayaran yang tertunggak akan dibayar pada bulan Januari. Ini bermakna bayaran akan dibuat dalam masa terdekat.

    “Kerajaan akan bayar dan akan bertanggungjawab, cuma mungkin berlaku masalah teknikal yang melambatkan bayaran ini. Saya berharap kontraktor tersebut dapat bersabar,” katanya ketika diminta mengulas isu tersebut di sini semalam.

    //sinarharian

    Jadi kesimpulannya kontraktor tersebut perlu bersabar, insyaAllah lambat bangat duit dia akan dibayar balik oleh kerajaan.. x jadi isu ehhh…

  2. Lawyer Zul saman Wakil rakyat Pas:

    Zul neiy mu tahu lawyar tak tahu bahaso Inggeris sebenarnya dulu. Nok bawok kes tak tahu gapo nok ngoyak inggeris kes profile tinggi tak boleh handle. Tapi masa anuar ibrahim namo dio naik kejap, tapi bilo kijo hok nok buak kijo kes kumpulan!….
    lawyer buruk lain buak kijo sebenarnya.
    Manusio neiy bilo ado glemour sukmo betul sukmo kawe.
    Supo mace mamat neiy lawyer dungu. La ni bilo anuar jauh dari dio, dah tak jadi popular dio tu.
    Nok ngoyak umum, dah basi doh. Dulu ke hulu ke hilir ngoyak bela anuar, dapat popular, la niey tak terimakasih mano mari undi dari kelik-kelik Orey pas. Sekarang orang jadi benci pulok tak tahu terimakasih lawey kawe sendiri(Saman Hassan Ali Dengey khalid). Dema tu cito pasal cito, itu pung belum habis cito isu Nama Allah. Tak tahu kito-kito ngoyak cito belum habis.

    Lepah tu mari si mamat zul neiy,Baco cito umno, info mari dari umno gapo suruh?. Lepas tu buak samey(saman/report). Kito dah ngoyak doh pada maso tu, ending dio mace neiy..mace neiy!….tak mahu dengar konon peminat penyokong dio mahu.

    Sekrang doh lepas kecek, dah tahu penyokong dio marah, nok tarik balik report, ambok kecek kat dio tak payah, Mu doh musnahkan sokong undi mu tu, khalid dengey hassan ali ikut ulama kecek, nok kawal keadaan yang semakin tengang. Jadi kito tak mahu nok belo dio, pasal gopoh tak mahu berbincang. Bagun tidur terus buak report.
    Lagi pung pasal pimpinan parti dio doh ngoyak….PI lah mabuk Lawyer Buruk neiy. Buat kijo sorang-sorang bilo mari bincang tak mahu mari sibuk kes kata dio, pasal nok kijo luar (part time lawyer)piteh tak mari nanti. Dio tertekan baru neiy nok bayar hutang umah dengey kereta tak cukup, nok boleh jadi Yb Kulim baru Stail umno(buat buisness haram ado piteh) tok boleh, pimpinan kacau dan kawal. Itu pasal lah dio nok buat kejutan nok lembali key kengimalangan dio dulu yang semakin Malap.
    Ambo tahu cito mamat lawyer buruk neiy…..Transcrip Exam Lawyer dulu maso belajar, paling teruk sekali. mace mano boleh jadi lawyer. Patut lah dio dulu ado masalah dengey kerajaan, kerajaan tak mahu ambik dio kijo. Lepas tu masuk pembangkang jadi glamour kejap(masa tertekan).Habis sikmo orey dio hentam, kito-kito diam pasal pada masa tu tengah anuar ibrahim panas. La niey pru 13 ngap syot lahhhhhhh……Banyok orey lain lagi.

    Zaman dulu tu orey tak pakai lagi.Lain kali join dengey khalid ceramah baru tahu, jengey dok ambik kecek orang umno. patutlah tok kelik Pas. Dalam pembangkang neiy bayaok dah berubah.

    Bukey era dulu…dah basi. tapi ado pung yang basi boleh jadi elok sebagai contoh…..
    (nasi, jemur jadi kering…lepas tu goreng)benda basi boleh pakai jugok…kalau-kalau dalam kito-kito lah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: