DS Nizar nafi laporan dan beri tempoh 24 jam kepada TV3 dan TV9

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau antara 38 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang hari ini untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

“Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. – Bernama

Semasa saya di Ipoh semalam, saya ada call sebanyak dua kali Pegawai Khas yang dimaksudkan itu, Pegawai Khas yang berkebetulan ke Kuala Lumpur mengiringi DS Nizar bermesyuarat berkata tidak apa-apapun berlaku keatasnya.

Mungkin penyamaran dan fitnah keatasnya telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberikan imej buruk kepada DS Nizar dan PAS/ Pakatan Rakyat.

Satu Respons

  1. Saman paling setimpal untuk akhbar yang macam ini. Terbitkan cerita bohong boleh mengelirukan rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: