Ibrahim Ali seru Zulkifli Nordin bersamanya jadi Wakil Bebas

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat. Beliau turut melahirkan harapan supaya Zulkifli tidak lemah semangat jika dikenakan tindakan tegas hanya kerana membela agama.

 Katanya, semua tindakan atau ‘hukuman’ itu hanya bersifat sementara ketika di dunia namun beliau akan dimuliakan di akhirat nanti. “Kalau beliau dikenakan tindakan oleh PKR, saya mengalu-alukan beliau menyertai ‘kelab’ wakil rakyat Bebas malah saya bersedia memberi laluan kepadanya untuk berjuang bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

 “Ini kerana perjuangan Perkasa dan Zulkifli mempunyai persamaan iaitu tiada kegentaran dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sesuai  dengan saranan ahli-ahli, penyokong ramai orang sebelum ini supaya beliau meninggalkan PKR.

Satu Respons

  1. Lawyer Zul saman Wakil rakyat Pas:

    Zul neiy mu tahu lawyar tak tahu bahaso Inggeris sebenarnya dulu. Nok bawok kes tak tahu gapo nok ngoyak inggeris kes profile tinggi tak boleh handle. Tapi masa anuar ibrahim namo dio naik kejap, tapi bilo kijo hok nok buak kijo kes kumpulan!….
    lawyer buruk lain buak kijo sebenarnya.
    Manusio neiy bilo ado glemour sukmo betul sukmo kawe.
    Supo mace mamat neiy lawyer dungu. La ni bilo anuar jauh dari dio, dah tak jadi popular dio tu.
    Nok ngoyak umum, dah basi doh. Dulu ke hulu ke hilir ngoyak bela anuar, dapat popular, la niey tak terimakasih mano mari undi dari kelik-kelik Orey pas. Sekarang orang jadi benci pulok tak tahu terimakasih lawey kawe sendiri(Saman Hassan Ali Dengey khalid). Dema tu cito pasal cito, itu pung belum habis cito isu Nama Allah. Tak tahu kito-kito ngoyak cito belum habis.

    Lepah tu mari si mamat zul neiy,Baco cito umno, info mari dari umno gapo suruh?. Lepas tu buak samey(saman/report). Kito dah ngoyak doh pada maso tu, ending dio mace neiy..mace neiy!….tak mahu dengar konon peminat penyokong dio mahu.

    Sekrang doh lepas kecek, dah tahu penyokong dio marah, nok tarik balik report, ambok kecek kat dio tak payah, Mu doh musnahkan sokong undi mu tu, khalid dengey hassan ali ikut ulama kecek, nok kawal keadaan yang semakin tengang. Jadi kito tak mahu nok belo dio, pasal gopoh tak mahu berbincang. Bagun tidur terus buak report.
    Lagi pung pasal pimpinan parti dio doh ngoyak….PI lah mabuk Lawyer Buruk neiy. Buat kijo sorang-sorang bilo mari bincang tak mahu mari sibuk kes kata dio, pasal nok kijo luar (part time lawyer)piteh tak mari nanti. Dio tertekan baru neiy nok bayar hutang umah dengey kereta tak cukup, nok boleh jadi Yb Kulim baru Stail umno(buat buisness haram ado piteh) tok boleh, pimpinan kacau dan kawal. Itu pasal lah dio nok buat kejutan nok lembali key kengimalangan dio dulu yang semakin Malap.
    Ambo tahu cito mamat lawyer buruk neiy…..Transcrip Exam Lawyer dulu maso belajar, paling teruk sekali. mace mano boleh jadi lawyer. Patut lah dio dulu ado masalah dengey kerajaan, kerajaan tak mahu ambik dio kijo. Lepas tu masuk pembangkang jadi glamour kejap(masa tertekan).Habis sikmo orey dio hentam, kito-kito diam pasal pada masa tu tengah anuar ibrahim panas. La niey pru 13 ngap syot lahhhhhhh……Banyok orey lain lagi.

    Zaman dulu tu orey tak pakai lagi.Lain kali join dengey khalid ceramah baru tahu, jengey dok ambik kecek orang umno. patutlah tok kelik Pas. Dalam pembangkang neiy bayaok dah berubah.

    Bukey era dulu…dah basi. tapi ado pung yang basi boleh jadi elok sebagai contoh…..
    (nasi, jemur jadi kering…lepas tu goreng)benda basi boleh pakai jugok…kalau-kalau dalam kito-kito lah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: