Isu Kehilangan Enjin Jet F5E: Kenapa kerajaan takut tubuh Suruhanjaya Diraja

Pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) dalam kes kehilangan enjin Jet F5E tidak pun mengejutkan.

Untuk mengenal pasti keterlibatan pihak atasan kanan TUDM dalam kehilangan enjin Jet mestilah melalui penyesiatan yang rapi. JIka sekadar mengharap maklumat dari pegawai kementerian dan TUDM maka sudah pasti sukar untuk ditemui.

Sudah tentu ada maklumat yang digelapkan dari pengetahuan jawatankuasa kira kira kewangan awam (PAC), sudah tentu perkiraan kerajaan kalau kalau didedah adanya keterlibatan pegawai atasan dan kepentingan politik yang terlibat ini akan menjejaskan imej kerajaan.

Bagi saya ini adalah pemikiran sempit pemimpin UMNO/BN, sepatut mereka perlu berfikir bahawa jika mereka dilihat telus dan berani membiar suatu siasatan yang bebas melalui suruhanjaya diraja hingga membawa kepada terbongkarnya mereka yang menyalahgunakan kuasa, sudah tentu kerajaan dan negara akan lebih dihormat dan raayat tak nak kehilangan pemimpin dan kerajaan yang bersih, bebas dari amalan rasuah,adil dan berintegeriti.

Tidak sama kuasa yang ada pada PAC dengan kuasa yang ada pada sebuah suruhanjaya DiRaja. Persoalannya siapa pegawai atasan TUDM yang bertanggung jawap terhadap dua Jet yang enjinnya hilang.kedua siapa pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan enjin Jet tersebut dan siapakah Pegawai pemerentah kem TUDM dimana tempat enjin Jet tersebut hilang.

Takkan sarjan dengan prebet bersendirian mengendali dan menyelengara Jet tersebut.Adakah sarjan dan prebet yang jadi pegawai pemerentah kem TUDM. Sebab itu saya pertegaskan hanya satu penyiasatan yang mempunyai kuasa penyiasatan yang menyeluruh sahaja yang dapat membongkar penglibatan pihak atasan tersamasuk kuasa politik yang terlibat dalam kehilangan enji Jet F5E.

Hanya orang yang bersalah saja yang tak nak suruhanjayadiRaja,kerana mereka takut terbongkarnya jenayah penyelewengan dan penyalahgunaankuasa mereka.

 ” SELAMATKAN MALAYSIA”

Dato’ Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.
27 Jan 2010

Advertisements

Satu Respons

  1. Tanya sama hud hud, Panglima Angkatan Tentera Yb!!! Kenapa Panglima yang bertanggung Jawab keatas penyelenggaraan dan simpanan enjin tersebut naik pangkat dari satu bintang ke dua bintang.
    Apa punya tuuur, bukan kena tindakan tetapi mendapat habuan pula!!! Aduhai……. Panglima Angkatan Tentera. Pandai ke uutttt!!!! Auta saja!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: