Kelantan lantik firma bebas siasat Pembinaan Bazar Tok Guru

Ha, kami setuju seratus peratus, buat siasatan dalaman terlebih dulu, kemudian PAC negeri pula siasat. Jika tak padan lagi, Kerajaan Negeri tubuh Suruhanjaya Hisbah untuk siasat, tak padan lagi, minta Parlimen tubuh Suruhanjaya DiRaja. Barulah puashati hamba rakyat sekaliannya.

    Kerajaan Kelantan melantik sebuah firma audit bebas untuk membuat penilaian sebenar berhubung dakwaan berlaku kerugian dalam pembinaan Bazar Tok Guru yang dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata audit itu bertanggungjawab membuat penilaian angka sebenar kerugian yang dialami PMBK dalam menguruskan projek itu yang menimbulkan isu kontroversi penyelewengan dalam perbadanan itu sehingga menjejaskan peniaga di negeri ini.

    “Bagi menjawab dakwaan itu kita (kerajaan negeri) bersetuju melantik firma bebas. Tok guru (Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) akan lantik firma audit untuk mendapat penjelasan tepat mengenai kerugian sebenar yang didakwa dalam pembinaan bazar itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini Rabu.

    Penulis blog Syed Azidi Syed Syed Abdul Aziz menerusi blognya Kickdefella, mendakwa bahawa kerajaan negeri kerugian RM50 juta dalam isu kompleks Bazar Tok Guru itu ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan.

    Sebelum ini, Nik Aziz dilaporkan berkata kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks itu pada harga RM23 juta kerana masalah teknikal.

    Susulan kenyatan Menteri Besar itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Kelantan sebaliknya akan memperoleh keuntungan menerusi jualan lot perniagaan di aras bawah kompleks tersebut.

    Husam berkata, kerajaan negeri akan memastikan peniaga UDA dan Pasar Lama MPKB dapat menduduki 381 unit tingkat bawah secara menjual balik kepada peniaga terbabit. – sumber Bernama

3 Respons

  1. Salam,

    Sekalung tahniah buat TGNA yg berlapang dada menubuhkan firma bebas untuk menyiasat salah urus dana awam di pmbk.

    sya sebagai rakyat kelantan menunggu hasil siasatan firma audit tersebut.Harapan saya agar keputusan audit tersebut diumumkan kepada khalayak tanpa mengira silap seseiapa yg akan akan terbongkar nanti.

    Jangan sekadar retorik mcm umno siasat pkfz…pas mesti tunjuk bukti islam telus …tq TGNA

  2. Comel sangat tindakan melantik firma bebas tapi resultnya perlu dipamerkan kepada umum untuk mengelak jadi retorik seperti kata poknik di atas. Harap ianya membersihkan tohmahan dan menyerlahkan ketelusan serta kebenaran.

  3. Loh gi la Pok Nik, asake niat baik dan jange nusuk-nusuk lagi.

    Kalu tok gak, jange dok mipi nok peretoh Kelate lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: