Kelantan tetap ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.
“Lima peratus wajib dibayar kepada Kelantan sedangkan semasa Sabah dperintah PBS (pembangkang) juga dapat royalti,” sambil mendapat tepukan hadirin.
Ku Li juga berkata macamana orang lain (pelabur asing) nak hormat negara kita jika kita tak hormat perjanjian.
Ku Li yang telah dilantik sebagai Pengerusi Kaukus mengenai Isu royalti akan mengkaji semula struktur cukai untuk bantu kerajaan negeri.
“Negeri nak maju macamana kalu katung negeri ‘kering koteng’,” katanya.
Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.
Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.
Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Filed under: Ku Li, Negeri Ambo |
Saya berbangga mempunyai pemimpin seperti Ku Li, semoga lebih ramai rakyat kelantan berperibadi seperti beliau. Terima kasih Tengku daripada rakyat kelantan, sama-samalah kita nyahkan Tok Pa dan Awang adik dari Kelate.
ramai.. ramai.. utusan kata 20,000 org.. sinar harian kata 40,000 org.. cuba tengok kat sini: http://www.youtube.com/watch?v=hYIy6gg_QVg mungkin 200 org je kot
hehehehe,
Ku Li sedang merintis jalan kemenangan UMNO di kelantan itu pun jikalau maksud tersirat Ku Li dapat difahami oleh geng “”kelate murtad”” tapi nampaknya golongan ini menggelarkan Ku Li sudah naykyook …
p/s”” kelate murtad”” = ore kelate yang menolak dan menafikan hak rakyat kelate
If you continue your work referring to this topic, we will possibly order thesis topic in the thesis service in web.