KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

Oleh ABDULLAH ABDUL KARIM, EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG

1. Keputusan JK Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kpd YB Dato Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk “membersihkan” Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. JK Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb Oktober 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan MB dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan JK Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semual aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.
Saya menyiarkan ini adalah atas permintaan Sdr Abdullah sendiri dan ramai lagi pihak yang telefon kami supaya menyiarkan sms-sms yang pro dan kontra terhadap keputusan tersebut.

Kami hanya menyiarkan sms-sms yang bertanggungjawa sahaja – Harap maklum

7 Respons

  1. JANGAN JADI JK DISPLIN PAS SAMA SAHAJA DGN JK DISIPLIN UMNO… PILIH BULU..

  2. Tuan,
    1.Kesilapan besar PAS ialah kerana bergabung dgn DAP dan PKR…..

    2.Kalau UMNO dimusuhi kerana dikatakan sekular. apa kurangnya puak-puak tu…..

    3.Ramai dah sedar dan kini menunggu masa untuk ‘meleburkan’…

    4.Umpama kata Sahnon Ahmad dalam Shitt……kalau dah perut busuk, jangan harap bahagian2 jadi wangi…

  3. Nak harap kepada siapa lagi…
    1Al Quran telah ditafsir lengkap sudah 30 juzuk
    Betapa faham ahli parti…mengapa kita tentang Umno? Kita tentang bukan kerana namanya Umno! Itu kata pemimpin kita dulu…
    2Pemilihan pimpinan Pas pusat tahun lalu….lain benar cara perjalanannya. Hati kecik berkata ada penipuan berlaku…melibatkan pemilihan Timb Presiden. Keputusan… ust Nasharuddin menang jawatan Timb Presiden! Kalau menang tanpa tipu halal jawatan tersebut. Kalau menang krn tipu…haram jawatan tersebut. Kalau penipuan itu dirancang…keharamannya bakal mencecah kelayakan utk memasuki neraka Allah.
    3Di hari qiamat byk org kaya terbelenggu n pemegang2 jawatan dunia ini(dpt jawatan cara tipu) akan mengalami kesusahan,krn mrk akan dibicarakn tentang perbuatan mrk…
    4Syurga anugerah mutlak dari Allah. Org alim jahat ….mudah baginya ke neraka. Org awam taat ajaran agama yg disampaikan oleh org alim tadi mudah baginya ke syurga Allah. Dan diingatkan kpd golongan yg bukan ulama, istiqamah dgn perjuanganmu….jgn tinggalkan agama bila kamu perolehi habuan dunia….jgn tinggal perjuangan Islam biarpun kamu dijanji oleh musuh Islam hdk bantu kamu menegak Islam. Jgn terperangkap dgn taktik kotor musuh selama ini.
    Jgnlah kamu tinggalkan amalan agamamu krn takutkan musuh yg mengganggu kamu. BAHKAN MEREKA ITU YG MENGGANGU ALLAH.

  4. Nampaknya keputusan jawatankuasa displin PAS dah jadi bahan lawak antarabangsa. Boleh pulak mengena dan perkena dalam parti yang tentunya menggunakan landasan Islam sebagai mencari jawapan kepada permasalahan.

  5. Hebat, hebat betul manusia ni. Ada yg mempunyai ilmu laduni kot. Bolih membuat tuduhan2 yg liar tanpa memberikan bukti yg jelas. Mengaku pejuang Islam tapi hati penuh dgn buruk sangka dan menghina terhadap pimpinan dan JK Disiplin Pas.

  6. memang dah jadi adat dunia. Sebab geng kita yg kena. Kenapa geng belah dia tak kena.
    maka kita yg bukan hakim pun menuduh menipu.

    Sebab apa??? sebabnya kita dah ada jawapannya, tetapi tidak menyebelahi kita

    tapi kalau menyebelahi kita, dengan JK Disiplin tu juga pastinya kita akan puji dan pija melangit.
    Tak kira lah manusia yg bernama Abdulah karim ke, Wan Johari ke, Khalid Samad sendiri ko.

    Jawapanya mudah sebab bukan geng kita.

  7. jika isu ini tidak boleh diadili oleh JK Disiplin Pas, Kes ini perlu diadili oleh siapa? Blogger?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: