Khalid Samad digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad, digantung daripada memegang jawatan parti selama enam bulan dan dilarang membuat kenyataan yang boleh menjejaskan nama baik parti dan Pakatan Rakyat.

Manakala Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, pula diberi amaran dan dilarang membuat kenyataan yang boleh menjejaskan nama parti dan Pakatan Rakyat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas,

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, petang tadi selepas mendapati mereka berdua bersalah terhadap dua tuduhan.

Saya amat bersimpati dengan nasib Khalid Samad dan terasa juga bahangnya kerana banyak juga jasa beliau di Parlimen dok berlawan dengan Umno/BN. Memang itulah ‘perangai’ Khalid yang tidak akan mengaku kalah jika berdebat. Tetapi LD tak ambil kira itu semua. Ada seorang MP PAS kata kat saya, memang dah diagak, tetapi keputusan itu terlebih daripada diagak. Maka terpaksalah Khalid jadi MP Bebas sepanjang enam bulan ini.

Banyak juga ulasan yang diterima samada melalui telefon dan sms kawan-kawan dan pimpinan. Tak tergamak juga nak siarkan semua sms itu. Apa yang boleh saya katakan di sini adalah kebanyakannya tidak berpuashati dengan hukuman yang telah dibuat oleh Lembaga. Apapun terserahlah kepada Khalid Samad samada beliau ingin merayu atau tidak.

Apa pandangan tuan-tuan buatlah komen di sini dengan sewajarnya.

Berkaitan, baca di sini dan di sini.

Advertisements

8 Respons

  1. SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn Terima Kasih

  2. keputusan majlis disiplin pas ini SAMALAH dengan keputusan hakim heks agustin paul yg menjatuhkan hukuman salah kepada anwar bila SELURUH DUNIA tahu anwar dianinyaya, cuma kali ni Khalid samad pulak yang jadi mangsa!!!

    tujuan mersyuarat khas yg nik aziz anjurkan adalah untuk menghukum Hasan ali, mustafa & nasarudin – the 3 stooges of UG movement in PAS. tup…tup.. khalid samad pulak yang kena hukum!!! GILA APA????!!!!

    tahap bangang gila babi!!!!!

    macammana pas nak menegakkan keadilan di malaysia ini bila diapun tidak boleh berlaku adil kpd ahlinya sendiri????

    Ayuh, kita mesti LANGGAR PUAK UG DARI PAS SEGERA!!!

    CALL FOR EGM NOW!!!!!

  3. satu benda saya marah dan takkan maafkan khalid adalah kenyataan beliau tentang baiah yang dikaitkan dengan talak tiga isteri, kalau kenyataan beliau yang lain saya masih boleh telan dengan secubit garam, tapi yang ini amat menyedihkan, dan melukakan hati saya sebagai seorang perempuan.jadi saya anggap penggantungan ini adalah kifarah pada segala ralat yang telah beliau buat.semua kena terima.wassalam.

  4. Salam semua… semua kekalutan dalam PAS & Pakatan Rakyat ditika ini, dimasa lalu (lepas mac 2008) & dimasa depan adalah tidak lain kerana KEBODOHAN DEK KERANA TIDAK PANDAI MENGURUS & MENGEKALKAN KEMENANGAN.

    Kita menang, kita disini adalah semua manusia yang cintakan kebajikan, keselamatan, keadilan dlm sosial & ekonomi masyarakat, ketelusan pemerintahan dsb..

    Kita menang, tetapi berapa kerat yg mahu mendengar apa yang patut didahulukan & apa yang patut dikediankan?

    Kita akan jatuh berdebuk tidak lama lagi.. InsyaAllah, Allah SWT akan memberi ujian yang besar kepada kita semua yang telah mungkir janji kepada Allah SWT.. ada antara kita yang telah mempersekutukan Allah SWT dengan kuasa dan kekayaan dunia..

    Tunggulah.. mungkin yang akan tinggal & terus ada hanyalah pemerintahan di Kelantan sahaja…

    p/s: utk budak kecil… anda mungkin buta berita dan buta maklumat & buta hati.

    buta berita kerana mungkin anda tidak ketahuan yg Hasan Ali org paling bangang bagi UMNO peluru isu bai’ah..

    buta maklumat kerana mungkin anda tak faham kenapa bai’ah itu mungkin wujud..

    buta hati kerana anda tidak mendahulukan menyelesaikan kebutaan anda atas 2 isu buta yg terdahulu.. ANDA FIKIR ANDA SUDAH MENJADI JEMAAH ISLAM YANG KENTAL?? SAYA FIKIR LEBIH MOLEK ANDA HANYA MENYOKONG DAN MENGUNDI SAHAJA.. TAK PAYAHLAH MENGETENGAHKAN KEBODOHAN & KEALPAAN SENDIRI DIKHALAYAK RAMAI… DAN MEMBIARKAN ORG LAIN MEMBACA KOMEN ANDA YG DANGKAL DAN MENYESATKAN..

  5. Mukmin yang baik adalah mukmin yg hari ini lebih baik dari kelmarin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: