ISU KALIMAH ‘ALLAH’ : ALLAH FOR ALL

KEMASKINI:

Teks Kertas kerja di bawah:

Oleh Ustaz Wan Ji Wan Hussin

Sesuatu hukum dalam Islam, memerlukan kepada dalil. Jika mahu dikatakan boleh, dimanakah dalilnya? Dan jika mahu dikatakan tidak boleh, dimanakah dalilnya? 

Dalam manhaj istinbat, Imam Ghazali tidak sealiran kaedah dengan Imam Abi Walid Al-Baji. Manhaj Imam Ghazali, sebarang pengistinbatan terhadap kewujudan sesuatu hukum, memerlukan kepada dalil, tetapi dalam menyatakan sesuatu itu tiada hukum, maka ia tidak perlu kepada dalil. Manhaj ini berbeda dengan Imam Abi Walid Al-Baji yang menyatakan, mengistinbatkan hukum dan menyatakan tiada hukum, kedua-duanya perlu kepada dalil. 

Walaubagaimana pun, dalam isu menyebut kalimah Allah bagi non Muslim,  Apakah dibenarkan atau tidak, ia memerlukan kepada dalil dalam menyatakan keizinannya. Adapun jika kita adalah golongan yang mengatakan tidak boleh, dalam manhaj Imam Ghazali, tidak perlu didatangkan dalil, bahkan sudah memadai dikatakan tidak boleh jika tidak didapati langsung dalil-dalil yang membenarkannya. 

KALIMAH ALLAH 
Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.  

Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. 

Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.  

Pertama : Surah Al-Ankabut : 61 
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ 

Maksudnya;
      “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)” 
(Surah Al-Ankabut : 61) 

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut. 

Kedua : Surah Al-Ankabut : 63 
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ 

Maksudnya;
      “Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”  (Surah Al-Ankabut : 63) 

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi. 

Ketiga : Surah Al-Haj : 40 
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا 

Maksudnya;
      “Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”  (Surah Al-Haj : 40) 

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka. 

Keempat : Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda; 
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ 

Maksudnya;
      “Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah1” 

Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda; 

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ 

Maksudnya;
      “apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan” 

Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?” 
”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat2

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja. 

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam. 

Bahkan, ini dikuatkan lagi sirah Nabawiyyah, yang mana di awal-awal dakwah Nabi SAW, kalimah Allah sudah digunakan oleh orang-orang quraish ketika itu. apabila kedatangan Islam, nabi SAW tidak pernah menghalang atau melarang orang-orang Quraish daripada menyebut kalimah Allah. Malahan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, baginda SAW memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah dari sudut yang betul. 

Perlu diingat, Nabi SAW datang ketika itu, bukan menghalang dari mereka memggunakan kalimah Allah, tetapi Nabi SAW datang memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah itu sendiri. Inilah tugas nabi, yang wajib dicontohi oleh seluruh umat-umatnya. 

Ustaz Wan Ji membentangkan Kertas Kerja pada Seminar Pemikiran Islam Semasa – Pemakaian Kalimah Allah di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 4 Februari 2010 – Video klip ucapan akan menyusul.

ISYKAL DAN JAWAPAN 
Pertama : 
Mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah dapat melahirkan keraguan umat Islam terhadap maksud kalimah Allah SWT. 

Jawapan; 
Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sepatutnya tidak difikirkan sebagai ruang non Muslim untuk meragukan umat Islam. bahkan, yang wajib difikirkan oleh umat Islam adalah, bagaimana kalimah Allah ini dijadikan sebagai kalimah yang sering disebut oleh non Muslim, kemudian diberikan kefahaman kepada mereka tentang maksud sebenar terhadap kalimah Allah yang mereka sebut itu. dan inilah, yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam dakwah di marhalah Makkiyyah dahulu. 

Kedua: 
Lebih baik menghalang dari mereka menggunakan kalimah Allah, kerana ia dibawah maksud ”sad Az-Zarai’” 

Jawapan; 
Kaedah ”sad Az-Zarai’” digunakan untuk menutup sebarang ruang-ruang yang boleh membawa kepada haram. Adapun dalam kes non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia merupakan ruang untuk mendekatkan non Muslim terhadap kefahaman maksud ”Allah”. 

Ketiga: 
Ramai orang Islam pada hari ini yang lemah aqidah, justeru, dibimbangi mereka terpengaruh dengan agama non Muslim, apabila mereka dibenarkan  menggunakan kalimah ”Allah” 

Jawapan; 
Apabila lemah aqidah, maka perkara yang perlu dilakukan adalah, perkuatkan aqidah mereka. berikan kefahaman kepada mereka tentang aqidah yang sahihah. 

Tindakan melarang penggunaan kalimah ”Allah” dari kalangan Non Muslim dalam usaha hendak menyelamatkan aqidah orang Islam, merupakan dakwaan yang terlalu dangkal. Ini kerana, tindakan tersebut samalah seperti doktor yang memberi ubat pening kepala kepada pesakit yang sedang sakit perut. 

Keempat: 
Tindakan non Muslim yang kini baru sahaja mahu menuntut mahu menggunakan kalimah Allah terkandung agenda tersembunyi 

Jawapan: 
Apakah wujud agenda tersembunyi atau tidak, ia bukan isu yang wajar dibangkitkan. Apa yang pasti, Nabi SAW ada bersabda; 

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا 

Maksudnya;
      ”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang untuk dia bercakap3” 

Justeru, dalam isu menggunakan kalimah ”Allah” bagi orang bukan islam, ia merupakan hak yang dibenarkan dalam agama mereka. justeru, hak ini hendaklah diberikan kepada mereka. jika mereka mahu menuntut hak itu, wajib diberikan ruang kepada mereka bersuara dalam menyatakan hak mereka.  

Adapun sekiranya benar wujud agenda tersembunyi tersebut, maka ia perlu dihadapi dengan segala kebijaksanaan. Bukannya dengan melarang terus mereka daripada bersuara. Kerana, tindakan sebegitu akan memberi gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim. 

KESIMPULAN 
Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW.  

Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW. 

Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada  Islam sedikit pun. 

jika mahu difikirkan balik, mengapa tidak dijadikan kalimah “Allah” ini sebagai cara untuk melahirkan penyatuan manusia di seluruh dunia. Sekiranya Najib Tun Razak boleh menggunakan tema 1 Malaysia dalam usaha hendak menutup politik perkauman UMNO, mengapa tidak digunakan “esa Allah” dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang bangsa?

Bahagian Kedua

Islam menuntut supaya melaksanakan keadilan. Kezaliman ditentang hebat oleh islam. Ulama yang melaksanakan tauhid adalah ulama yang melaksanakan keadilan.  

Firman Allah ; 

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ 

Maksudnya ;

      ”Allah telah bersaksi bahawa tiada tuhan melain Dia. Juga para malaikat dan para ilmuan yang melaksanakan keadilan”  

(Surah Al-Imran : 18) 

Ayat ini, Allah menyatakan bahawa dari golongan manusia yang boleh bersaksi atas keesaan Allah adalah mereka yang berilmu, juga melaksanakan keadilan. Tanpa ilmu dan tidak melaksanakan keadilan, ketauhidan mereka terhadap Allah diragui. 

Keadilan dalam Islam, bukan sekadar terhadap manusia yang beragama Islam. terhadap binatang wajib diberikan keadilan. 

Nabi SAW ada bercerita; 

بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ 

Maksudnya;

      ”seorang lelaki telah berjalan, lalu dia ditimpa haus yang teramat sangat. Lelaki itu masuk ke dalam telaga, lalu minum air daripadanya, kemudian keluar, didapati ada seekor anjing yang sedang menjilat pasir yang basah disebabkan kehausan.  

Dia berkata, ”Anjing ini terlalu haus sepertimana aku tadi” 

Lalu dia turun kembali ke dalam telaga, lalu dicedoknya air telaga dengan kasutnya digigit dengan mulutnya. Kemudian, dia panjat telaga itu dan memberi minum kepada anjing tersebut. Allah SWT terima kasih terhadap nya, dan Allah memberi keampunan dosa kepadanya.  

Sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, Apakah kita akan mendapat pahala dengan sebab kita memberi minum kepada binatang?” 

Jawab nabi SAW, ”pada setiap kebaikan, pasti akan mendapat pahala1” 

Hadis ini, kita dapat lihat bagaimana keadilan terhadap binatang perlu dilakukan. Jika terhadap anjing juga, perlu dilakukan keadilan, sudah pasti melaksanakan keadilan terhadap non muslim adalah terlebih diutamakan. 

Yang nyatanya, konsep keadilan terhadap non Muslim ini telah dinyatakan sendiri oleh Allah dalam al-Quran. Firman Allah; 

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ 

Maksudnya;

      ”Allah tidak pernah halang kamu bahawa melaksanakan kebaikan dan keadilan terhadap (Non Muslim) yang tidak pernah menyerang kamu dalam agama, dan mengeluarkan kamu daripada negara kamu. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang melaksanakan keadilan” 

(Surah Al-Mumtahanah : 8) 

NON MUSLIM PUN ADA HAK 

Dalam islam, hak adalah wajib diberikan. Menafikan hak, adalah tindakan yang haram. Allah SWT menyuruh manusia menunaikan hak, waima terhadap tubuh badan sekalipun. 

Sabda Nabi SAW; 

إِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا 

Maksudnya;

      “Sesungguhnya bagi jasad kamu atas kamu ada hak. Terhadap tuhan kamu, atas kamu ada haknya. Terhadap keluarga kamu, atas kamu ada haknya2” 

Jika beribadat kuat, sehingga lalai dari menunaikan hak badan, seperti tidur, beristeri dan sebagainya merupakan perkara tegahan. Inikan pula, hak non Muslim dinafikan haknya. 

Walhal, dalam Islam hak keadilan terhadap non Muslim ini telah nyata dalam Al-Quran bahawa hendaklah diberikan kepada mereka. masakan perkara besar, hak bersuara juga hendaklah diberikan kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka. 

Sabda Nabi SAW; 

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا 

Maksudnya;

      ”sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang dia bersuara3” 

Ini menunjukkan, konsep keadilan Islam ini amat menyeluruh. Tidak dibataskan kepada mereka yang beragama Islam sahaja, bahkan menjangkaui mereka yang tidak beragama islam dan juga binatang. 

Dalam isu Kalimah ”Allah”, ia merupakan hak non Muslim yang wajib diberikan. Ia perkara yang diizinkan dalam agama mereka, justeru menafikan hak mereka merupakan tindakan yang tidak berasaskan kepada Islam. 

Justeru, dalam isu yang melibatkan penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, asas keadilan yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah perlu diperbincangan. Lebih-lebih lagi, sesuatu hukum dalam Islam, memerlukan kepada dalil. Jika mahu dikatakan boleh, dimanakah dalilnya? Dan jika mahu dikatakan tidak boleh, dimanakah dalilnya? 

Dalam manhaj istinbat, Imam Ghazali tidak sealiran kaedah dengan Imam Abi Walid Al-Baji. Manhaj Imam Ghazali, sebarang pengistinbatan terhadap kewujudan sesuatu hukum, memerlukan kepada dalil, tetapi dalam menyatakan sesuatu itu tiada hukum, maka ia tidak perlu kepada dalil. Manhaj ini berbeda dengan Imam Abi Walid Al-Baji yang menyatakan, mengistinbatkan hukum dan menyatakan tiada hukum, kedua-duanya perlu kepada dalil. 

Walaubagaimana pun, dalam isu menyebut kalimah Allah bagi non Muslim,  Apakah dibenarkan atau tidak, ia memerlukan kepada dalil dalam menyatakan keizinannya. Adapun jika kita adalah golongan yang mengatakan tidak boleh, dalam manhaj Imam Ghazali, tidak perlu didatangkan dalil, bahkan sudah memadai dikatakan tidak boleh jika tidak didapati langsung dalil-dalil yang membenarkannya. 

BAB PERTAMA : PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI NON MUSLIM 

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.  

Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. 

Firman Allah; 

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ 

Maksudnya;

      “Berkata Yahudi, Uzair adalah anak Allah. berkata Nasrani, Isa adalah anak Allah” 

(Surah At-Taubah : 30) 

Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak?  

Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.  

PERTAMA : Surah Al-Ankabut : 61 

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ 

Maksudnya;

      “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)” 

(Surah Al-Ankabut : 61) 

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut. 

KEDUA : Surah Al-Ankabut : 63 

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ 

Maksudnya;

      “Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)” 

(Surah Al-Ankabut : 63) 

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

KETIGA : Surah Al-Haj : 40 

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا 

Maksudnya;

      “Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah” 

(Surah Al-Haj : 40) 

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka. 

KEEMPAT : surah Al-Maidah : 106 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ أَوْ آَخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ تَحْبِسُونَهُمَا مِنْ بَعْدِ الصَّلَاةِ فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَمِنَ الْآَثِمِينَ 

Maksudnya;

      ”Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: “(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa.” 

(Surah Al-Maidah : 106) 

Ayat ini diturunkan, ekoran kisah dua beradik yang beragama kristian, iaitu Tamim Ad-Dari dan Adi bin Bada’ telah keluar bermusafir. Bersama-sama mereka, seorang pemuda Islam yang merupakan bekas hamba kepada Amru bin Al-As, namanya Badil bin Abi Maryam.  

Ketiga-tiga mereka bermusafir menuju ke Syam untuk berniaga. Sesampai sahaja di Syam, Badil telah ditimpa sakit.  

Sakit badil semakin hari semakin teruk. Badil menjangka, bahawa itu adalah saat hampir dengan kematiannya. Ekoran itu, dia telah menulis surat wasiat dan diberikan amanah kepada kedua-dua adik beranik yang beragama kristian itu, agar segala harta-hartanya itu diserahkan kepada keluarganya apabila pulang nanti. 

Setelah kematian Badil, kedua-dua adik beradik kristian tersebut telah mencuri satu bekas kepunyaan Badil yang diperbuat dari perak, dan tertulis dengan tulisan daripada emas.  Setelah pulang, mereka memberikan segala harta-harta kepunyaan badil kepada ahli keluarganya, tetapi bekas perak tulisan emas itu diambilnya. 

Ahli keluarga Badil terjumpa surat wasiat Badil yang diberikan kepada kedua adik beradik kristian tersebut, menyebabkan mereka berjumpa dengan kedua-duanya dan bertanya tentang bekas perak yang tertulis dengan tulisan emas itu. 

Kedua-duanya mengatakan, ”Kami tidak tahu. Tuduhan yang kamu lakukan terhadap kami, kami nafikan sekeras-kerasnya” 

Kejadian ini sampai kepada pengetahuan nabi SAW, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Maidah ayat 106 ini. 

Dalam mengupas ayat ini, Imam Fakhruddin Ar-Razi ada menukilkan bahawa di zaman Abu Musa Al-Asyari, beliau pernah berhukum dengan penyaksian yahudi setelah mereka bersumpah, tanpa ditegur dan diingkarkan oleh seorang pun sahabat4

Justeru, dalam membahaskan ayat ini, Abu Musa Al-Asyaari berkata bahawa sumpah tersebut berlaku selepas solat asar, iaitu mereka disuruh bersumpah seperti berikut; 

“بالله ما خانا ولا كذبا ولا بدلا ولا كتما ولا غيرا وإنها لوصية الرجل وتركته” 

Maksudnya;

      “Demi Allah, tidak ada pengianatan, penipuan, pertukaran, penyembunyian dan sebagainya. sesungguhnya ia adalah wasiat seorang lelaki dan peninggalannya5” 

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti ia benar-benar sesuai dengan hadis Nabi SAW, bahawa Baginda SAW ada bersabda; 

من كان حالفا فليحلف بالله أو ليصمت 

Maksudnya;

      “Barangsiapa yang bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan (nama) Allah ataupun dia diam6” 

KELIMA : Surah Al-An’Am : 109 

Firman Allah; 

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ جَاءَتْهُمْ آَيَةٌ لَيُؤْمِنُنَّ بِهَا 

Maksudnya;

      ”Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahwa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mu jizat, pastilah mereka beriman kepada-Nya” 

(Surah Al-Anaam : 109) 

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Fakruddin Ar-Razi menyatakan; 

أقسم المشركون بالله لئن جاءتهم آية ليؤمنن بها فنزلت هذه الآية 

Maksudnya;

      “telah bersumpah orang-orang Musyrik dengan “Allah”. sekiranya datang kepada mereka tanda (mukjizat), pasti mereka akan beriman dengan Allah, lalu turun ayat ini7” 

KEENAM : Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda; 

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ 

Maksudnya;

      “Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah8” 

Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda; 

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ 

Maksudnya;

      “apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan” 

Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?” 

”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat9

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja. 

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam. 

Bahkan, ini dikuatkan lagi sirah Nabawiyyah, yang mana di awal-awal dakwah Nabi SAW, kalimah Allah sudah digunakan oleh orang-orang quraish ketika itu. apabila kedatangan Islam, nabi SAW tidak pernah menghalang atau melarang orang-orang Quraish daripada menyebut kalimah Allah. Malahan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, baginda SAW memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah dari sudut yang betul. 

Perlu diingat, Nabi SAW datang ketika itu, bukan menghalang dari mereka memggunakan kalimah Allah, tetapi Nabi SAW datang memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah itu sendiri. Inilah tugas nabi, yang wajib dicontohi oleh seluruh umat-umatnya. 

BAB KEDUA : LARANG KERANA FIQH TAGHYIR? 

Ada pihak tertentu mengatakan, penggunaan kalimah Allah tidak boleh dibenarkan kepada Non Muslim mengunakannya dengan alasan Fiqh Taghyir.  

Apa yang ingin perjelaskan, Fiqh Taghyir merupakan sesuatu keperluan. Adapun Taghyir Fiqh merupakan satu kesesatan. Fiqh Taghyir bermakna, fiqh dalam usaha melakukan sesuatu perubahan, daripada orang yang kezaliman kepada keadilan, daripada tidak faham islam kepada faham Islam, daripada tidak kenal Islam kepada kenal Islam.  

Adapun Taghyir Fiqh adalah mengubahkan kandungan fiqh, daripada keadilan kepada kezaliman, daripada hampir kepada Islam kepada semakin jauh dengan Islam dan sebagainya. 

Konsep Fiqh Taghyir bermula dari kehendak dan keinginan hendak berubah. Firman Allah; 

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ 

Maksudnya;

      “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah satu kaum, hinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri” 

(Surah Ar-Ra’d : 11) 

Seseorang boleh berubah, apabila ada kehendak hendak berubah. Tanpa kehendak, perubahan pasti tidak akan berlaku. Ekoran itu, Umar bin Abdul Aziz tidak terus mengubah banyak amalan-amalan dalam kerajaan kepada Islam secara total. Perkara ini amat nyata, ketika beliau ditanya oleh anaknya, Abdul Malik tentang perkara itu. 

Umar bin Abdul Aziz menjawa, ”wahai anakku, sesungguhnya Allah haramkan arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali, dan diharamkan pada kali ketiga. Aku bimbang jika aku melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total” 

Apakah Umar bin Abdul Aziz tidak mahu mengubah dasar kerajaan ketika itu? sudah pasti jawapannya adalah, Umar tetap mahu mengubah. Tetapi, mengenangkan majoriti rakyat tidak berkehendak lagi untuk melaksanakan kebenaran ekoran tidak memahaminya lagi, menyebabkan Umar tidak melaksanakan kebenaran tersebut secara terus, sebaliknya mengambil sikap membina kehendak rakyat terlebih dahulu. 

Inilah gambaran fiqh taghyir dalam usaha melaksanakan keadilan dan kebenaran yang wujud dalam al-Quran, juga pernah dilaksanakan oleh golongan salaf terdahulu. 

KEADILAN UNTUK SEMUA 

Islam menuntut supaya melaksanakan keadilan. Kezaliman ditentang hebat oleh islam. Ulama yang melaksanakan tauhid adalah ulama yang melaksanakan keadilan.  

Firman Allah ; 

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ 

Maksudnya ;

      ”Allah telah bersaksi bahawa tiada tuhan melain Dia. Juga para malaikat dan para ilmuan yang melaksanakan keadilan”  

(Surah Al-Imran : 18) 

Ayat ini, Allah menyatakan bahawa dari golongan manusia yang boleh bersaksi atas keesaan Allah adalah mereka yang berilmu, juga melaksanakan keadilan. Tanpa ilmu dan tidak melaksanakan keadilan, ketauhidan mereka terhadap Allah diragui. 

Keadilan dalam Islam, bukan sekadar terhadap manusia yang beragama Islam. terhadap binatang wajib diberikan keadilan. 

Nabi SAW ada bercerita; 

بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ 

Maksudnya;

      ”seorang lelaki telah berjalan, lalu dia ditimpa haus yang teramat sangat. Lelaki itu masuk ke dalam telaga, lalu minum air daripadanya, kemudian keluar, didapati ada seekor anjing yang sedang menjilat pasir yang basah disebabkan kehausan.  

Dia berkata, ”Anjing ini terlalu haus sepertimana aku tadi” 

Lalu dia turun kembali ke dalam telaga, lalu dicedoknya air telaga dengan kasutnya digigit dengan mulutnya. Kemudian, dia panjat telaga itu dan memberi minum kepada anjing tersebut. Allah SWT terima kasih terhadap nya, dan Allah memberi keampunan dosa kepadanya.  

Sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, Apakah kita akan mendapat pahala dengan sebab kita memberi minum kepada binatang?” 

Jawab nabi SAW, ”pada setiap kebaikan, pasti akan mendapat pahala10” 

Hadis ini, kita dapat lihat bagaimana keadilan terhadap binatang perlu dilakukan. Jika terhadap anjing juga, perlu dilakukan keadilan, sudah pasti melaksanakan keadilan terhadap non muslim adalah terlebih diutamakan. 

Yang nyatanya, konsep keadilan terhadap non Muslim ini telah dinyatakan sendiri oleh Allah dalam al-Quran. Firman Allah; 

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ 

Maksudnya;

      ”Allah tidak pernah halang kamu bahawa melaksanakan kebaikan dan keadilan terhadap (Non Muslim) yang tidak pernah menyerang kamu dalam agama, dan mengeluarkan kamu daripada negara kamu. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang melaksanakan keadilan” 

(Surah Al-Mumtahanah : 8) 

NON MUSLIM PUN ADA HAK 

Dalam islam, hak adalah wajib diberikan. Menafikan hak, adalah tindakan yang haram. Allah SWT menyuruh manusia menunaikan hak, waima terhadap tubuh badan sekalipun. 

Sabda Nabi SAW; 

إِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا 

Maksudnya;

      “Sesungguhnya bagi jasad kamu atas kamu ada hak. Terhadap tuhan kamu, atas kamu ada haknya. Terhadap keluarga kamu, atas kamu ada haknya11” 

Jika beribadat kuat, sehingga lalai dari menunaikan hak badan, seperti tidur, beristeri dan sebagainya merupakan perkara tegahan. Inikan pula, hak non Muslim dinafikan haknya. 

Walhal, dalam Islam hak keadilan terhadap non Muslim ini telah nyata dalam Al-Quran bahawa hendaklah diberikan kepada mereka. masakan perkara besar, hak bersuara juga hendaklah diberikan kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka. 

Sabda Nabi SAW; 

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا 

Maksudnya;

      ”sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang dia bersuara12” 

Ini menunjukkan, konsep keadilan Islam ini amat menyeluruh. Tidak dibataskan kepada mereka yang beragama Islam sahaja, bahkan menjangkaui mereka yang tidak beragama islam dan juga binatang. 

Dalam isu Kalimah ”Allah”, ia merupakan hak non Muslim yang wajib diberikan. Ia perkara yang diizinkan dalam agama mereka, justeru menafikan hak mereka merupakan tindakan yang tidak berasaskan kepada Islam. 

FIQH TAGHYIR MENAFIKAN HAK? 

Dalam konsep fiqh taghyir, tidak pernah wujud unsur menafikan hak. Yang wujud dalam fiqh taghyir adalah, perlaksanaan hak itu wajib diberikan, waima mengambil masa yang terlalu lama sekalipun.  

Jika ada manusia yang menyebut bahawa penafian hak mereka menggunakan kalimah ”Allah” dengan alasan kaedah fiqh taghyir, ia merupakan satu tafsiran yang amat tersasar dari maksud fiqh taghyir yang sebenar. 

Yang nyata dalam islam, tidak ada penafian hak yang dibenarkan dalam Islam, waima atas dasar apa sekalipun.  

Justeru, konsep fiqh taghyir dalam menafikan hak non Muslim menggunakan kalimah ”Allah” adalah tersasar sekali dari maqasid Islam yang menyuruh melaksanakan keadilan dan menghindarkan diri dari kezaliman. 

BIMBANG? 

Tidak dinafikan, wujud kebimbangan dalam membenarkan penggunaan kalimah ”Allah” terhadap Non Muslim. Jika keadaan ini berlaku, tindakan menghalang terus adalah tindakan yang terlalu dangkal. Ia sama sekali tidak berasaskan kepada konsep keadilan Islam. 

Justeru, dalam menyelesaikan kebimbangan ini, dengan kaedah siyasah Syariiyyah, dalam isu ini, adalah lebih baik kita menerima pandangan yang mencadangkan agar keizinan itu hendaklah diletakkan syarat-syarat yang ketat, berbanding mengambil sikap menafikan terus.  

Jika kita mengambil sikap meletakkan syarat-syarat, sudah pasti keadilan terhadap Non Muslim tidak dinafikan, disamping kita berjaya menyelesaikan kebimbangan yang sedang menimpa diri kita dengan penuh kebijaksanaan sekali. 

BAB KEDUA : ISYKAL DAN JAWAPAN 

Di sini, dipaparkan beberapa keraguan yang sering dipersoalkan apabila isu kalimah Allah ini tercetus. Justeru, diberikan beberapa jawapan balas terhadap keraguan itu sepertimana yang tersebut; 

PERTAMA : 

Mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah dapat melahirkan keraguan umat Islam terhadap maksud kalimah Allah SWT. 

JAWAPAN ; 

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sepatutnya tidak difikirkan sebagai ruang non Muslim untuk meragukan umat Islam. bahkan, yang wajib difikirkan oleh umat Islam adalah, bagaimana kalimah Allah ini dijadikan sebagai kalimah yang sering disebut oleh non Muslim, kemudian diberikan kefahaman kepada mereka tentang maksud sebenar terhadap kalimah Allah yang mereka sebut itu. dan inilah, yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam dakwah di marhalah Makkiyyah dahulu. 

KEDUA : 

Lebih baik menghalang dari mereka menggunakan kalimah Allah, kerana ia dibawah maksud ”sad Az-Zarai’” 

JAWAPAN ; 

Kaedah ”sad Az-Zarai’” digunakan untuk menutup sebarang ruang-ruang yang boleh membawa kepada haram. Adapun dalam kes non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia merupakan ruang untuk mendekatkan non Muslim terhadap kefahaman maksud ”Allah”. 

KETIGA : 

Ramai orang Islam pada hari ini yang lemah aqidah, justeru, dibimbangi mereka terpengaruh dengan agama non Muslim, apabila mereka dibenarkan  menggunakan kalimah ”Allah” 

JAWAPAN ; 

Apabila lemah aqidah, maka perkara yang perlu dilakukan adalah, perkuatkan aqidah mereka. berikan kefahaman kepada mereka tentang aqidah yang sahihah. 

Tindakan melarang penggunaan kalimah ”Allah” dari kalangan Non Muslim dalam usaha hendak menyelamatkan aqidah orang Islam, merupakan dakwaan yang tersasar. Ini kerana, tindakan tersebut samalah seperti doktor yang memberi ubat pening kepala kepada pesakit yang sedang sakit perut. 

KEEMPAT : 

Tindakan non Muslim yang kini baru sahaja mahu menuntut mahu menggunakan kalimah Allah terkandung agenda tersembunyi 

JAWAPAN : 

Apakah wujud agenda tersembunyi atau tidak, ia bukan isu yang wajar dibangkitkan. Apa yang pasti, Nabi SAW ada bersabda; 

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا 

Maksudnya;

      ”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang untuk dia bercakap13” 

Justeru, dalam isu menggunakan kalimah ”Allah” bagi orang bukan islam, ia merupakan hak yang dibenarkan dalam agama mereka. justeru, hak ini hendaklah diberikan kepada mereka. jika mereka mahu menuntut hak itu, wajib diberikan ruang kepada mereka bersuara dalam menyatakan hak mereka.  

Adapun sekiranya benar wujud agenda tersembunyi tersebut, maka ia perlu dihadapi dengan segala kebijaksanaan. Bukannya dengan melarang terus mereka daripada bersuara. Kerana, tindakan sebegitu akan memberi gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim. 

KELIMA: 

kalimah “Allah” tidak boleh diberikan kepada non Muslim dengan alasan “‘uruf ahl Al-Balad” Malaysia yang tidak boleh disamakan dengan “uruf Ahl Al-balad” di Negara arab. 

JAWAPAN: 

Al-Hukmu terbahagi kepada dua, (1) Al-hukmu Lizatih, (2) Al-hukmu li ghairih. Setiap hokum, wajib dilaksanakan, tetapi apabila wujud beberapa perkara yang menghalang, maka ia terpaksa ditangguh sementara waktu.  

Seperti contoh, perlaksanaan hokum hudud. Ia wajib dilaksanakan tanpa syak lagi. Pun begitu, apabila wujud “penghalang”, maka ia terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu, sehingga “penghalang” tersebut hilang. Apabila hilang “penghalang”, maka hokum hudud wajib dilaksanakan. 

Wajibnya melaksanakan hokum hudud adalah Al-hukmu lizatih. Dan tertangguh perlaksanaan hudud disebabkan wujud “penghalang” disebut sebagai Al-hukmu Lighairih. 

Al-hukmu lighairih ini, didebatkan dalam ilmu Siyasah Syariiyyah. Antara kandungan ilmu Siyasah Syariiyyah adalah “Al-‘Urf”. 

Dalam pengajian ilmu qawaid Fiqhiyyah, ada dibincangkan tentang ’Uruf. Dalam bahasa arab, ’Uruf diterjemah sebagai ”perkara yang telah diketahui oleh akal, disamping umat sepakat menerima14”. Dalam kitab Al-Maqasid As-Syariiyyah Fi Qawaid Al-Fiqhiyyah mendefinisikan ’Uruf sebagai perkara yang diketahui baik disisi syarak15

Asas kaedah ’uruf ini dilihat kepada satu hadis Mauquf, bahawa Abdullah bin Ma’sud ada berkata; 

مَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ حَسَنٌ 

Maksudnya;

      “Apa yang orang islam melihat ia sebagai baik, maka disisi Allah pun baik16” 

’uruf diguna-pakai dalam beberapa keadaan, iaitu; (1) perkara yang tiada nas, (2) perkara yang ada nas, tetapi bimbang melahirkan mudharat. 

Contoh ’uruf dalam perkara yang tiada nas adalah, dalam menentukan sekurang-kurang dan selama-lama haid, umur baligh, kadar najis yang dimaafkan dan sebagainya. 

Adapun contoh uruf yang mempunyai nas, tetapi bimbang berlaku mudharat, adalah seperti tidak melaksanakan hudud kerana bimbang perlaksanaan itu akan melahirkan mudharat yang lebih besar, seperti penolakan hukum Islam itu secara total dan sebagainya. 

’uruf tidak bersifat kekal dan Qatie, sebaliknya ia bersifat Zanni, bahkan ia bersifat berubah-rubah. Ia digunakan, demi mencapai kemaslahatan yang lebih besar terhadap Islam itu sendiri, disamping dapat menolak mudharat. 

“Al-‘Urf” tidak bersifat kekal, bahkan ia bersifat berubah-rubah. Seperti, apabila ‘Uruf masyarakat tidak memahami hudud, yang jika dilaksanakan boleh melahirkan mudharat yang lebih besar, seperti pernolakan terus terhadap hokum Islam, maka ia wajib ditangguh terlebih dahulu. 

Pun begitu, ia tidak boleh diabaikan. Bahkan, usaha untuk menghilangan “uruf” masyarakat yang tidak memahami hokum hudud perlu dilakukan. Iaitu, mengubah “uruf” masyarakat, agar menjadi “uruf” Al-Quran. 

Bermakna, “Uruf Ahl Al-balad”, bukan bersifat kekal, sebaliknya ia digunakan untuk sementara waktu, demi menyelesaikan kefahaman rakyat sehingga rata-rata menerima hokum hudud. Apabila rakyat sudah faham hudud, ketika itu, ‘uruf ahl-balad itu perlu merujuk terus kepada Al-Quran, iaitu perlaksanakan hudud wajib dilakukan. 

Hujjah yang sama juga digunakan dalam isu kalimah “Allah”. Ia tidak dilaksanakan dengan alasan “uruf Al-balad” adalah tidak tepat, kerana ‘uruf Ahl-Balad Malaysia di tahun 80-an dengan ‘uruf Ahl al-balad malaysia di tahun 2010 amat berbeda. 

Dalam Al-Quran, secara jelas telah mengizinkan kepada Non Muslim menggunakan Kalimah “Allah”. Tetapi, sebelum ini ia tidak dibenarkan dengan alasan ‘uruf Ahl-Balad. Pun begitu, kita tidak boleh redha dengan “‘uruf Ahl-balad”, tanpa memberi kefahaman terhadap keizinan yang diberikan menerusi Al-Quran. Apabila rakyat sudah faham, barulah keizinan itu dilaksanakan. 

Persoalannya, apakah “uruf Ahl-balad” Malaysia pada hari ini terhadap penggunaan kalimah Allah? Apakah sememangnya rakyat menerima, atau ia sengaja dicipta oleh golongan tertentu, agar ia tidak diterima?  

KEENAM : 

Orang bukan Islam di Malaysia tentunya bukan orang Arab. Dari sini sahaja dapat disimpulkan bahawa penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam di Malaysia tidak relevan kerana mereka tidak pernah menggunakannya bahkan tidak mengerti pun maksudnya. Orang bukan Islam di Malaysia tidak mengenal bahasa Arab, maka perkataan Allah adalah perkataan yang asing dalam kehidupan mereka. 

JAWAPAN : 

Al-Quran itu tidak diturunkan kepada bangsa arab sahaja, bahkan ia diturunkan kepada manusia seluruhnya. 

Sabda nabi SAW; 

وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً 

Maksudnya;

      “nabi dibangkitkan kepada kaumnya sahaja, dan aku dibangkitkan kepada manusia seluruhnya17”  

Jika kita membataskan al-Quran itu kepada bangsa-bangsa tertentu, bukankah kita telah membataskan Al-Quran kepada orang arab sahaja?  

Penggunaan kalimah Allah di tanah arab tidak dibataskan kepada orang islam sahaja, bahkan digunakan juga kepada orang bukan islam. malahan, tindakan orang-orang bukan islam yang menggunakaan kalimah Allah ini pun, tidak sama sekali terlarang menerusi nas syarak. 

KETUJUH : 

Tidak sepatutnya timbul pernyataan apa salahnya orang bukan Islam menyebut nama Allah kalau yang dimaksudkan itu benar. Mereka boleh sahaja menyebut, membaca, nama Allah yang menjadi persoalan di sini adalah penggunaan istilah yang sama / pemberian nama yang sama bagi Tuhan yang berlainan. 

JAWAPAN : 

Penurunan seluruh ayat-ayat Al-Quran berlaku pada zaman nabi SAW. Bahkan, dalam al-Quran sendiri ada menyebut; 

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ 

Maksudnya;

      “berkata yahudi, Uzair adalah anak Allah, dan berkata Nasara, Isa adalah anak Allah” 

(Surah At-taubah : 30) 

Ayat ini secara jelas menyatakan, bahawa Allah SWT sendiri mengakui kesesatan yahudi dan nasrani dalam pemahaman mereka terhadap penggunaan “Kalimah Allah” yang berlaku di zaman itu. 

Ini membuktikan, penggunaan kalimah Allah di kalangan orang yahudi dan nasrani di zaman nabi sudah tidak merujuk kepada kalimah Allah yang sebenar. Ia sama  Sepertimana, orang yahudi dan nasrani di zaman ini memahami Allah tidak sepertimana difahami oleh orang islam. 

Apakah kita mengatakan yahudi dan nasrani di zaman nabi itu betul? Apakah kefahaman makna Allah di sisi yahudi dan nasrani ketika itu, sesuai dengan kehendak Nabi SAW?  

Jika kita mengatakan “Ya”, apa perlunya Nabi SAW menyeru mereka kepada tauhid? 

KELAPAN : 

Dalam persoalan nama Allah ini ulama fiqh bukan pakarnya. Mereka terbiasa dengan pencarian dalil dalam mengistinbatkan hukum. Ini persoalan usuluddin atau ilmu tawhid. Seseorang yang ingin membahas isu ini perlu menguasai teologi, ilmu kalam, epistemologi Islam, falsafah Islam dan metafizik Islam. Persoalannya bukan apakah hukumnya halal atau haram tetapi lebih penting dari itu apakah kesannya terhadap akidah seorang Muslim? 

JAWAPAN: 

Ulama tauhid telah membahaskan tentang maksud Allah yang sebenar, iaitu keesaan Allah. Mereka juga telah membahaskan tentang konsep ketuhanan dari sudut agama yahudi dan nasrani itu. Maka itu adalah tugas ulama tawhid.  

Adapun persoalan, apakah keizinan penggunaan kalimah Allah terhadap non Muslim, ia bukan lagi isu tawhid, tetapi ia adalah isu fiqh. 

Ketika itu, ulama tawhid tidak boleh “cakap banyak”, bahkan Ulama tawhid perlu menyerahkan hak itu kepada ulama Fiqh. 

Dalam isu kesan terhadap penggunaan kalimah Allah kepada non Muslim, ia perlu dirujuk kepada ulama fiqh, bukan merujuk kepada ulama tawhid lagi. Ini kerana, dalam fiqh, ada didebatkan satu tajuk yang disebut sebagai “Fiqh Maalat At-tatbiq”, atau diterjemah sebagai “fiqh risiko dalam perlaksanaan”. 

KESEMBILAN : 

Kelompok yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah kemudian mengenakan syarat kepada orang bukan Islam supaya tidak menyalahgunakan kebenaran tersebut untuk mengkristenkan orang Islam. Ada juga yang memberikan panduan bagaimana orang bukan Islam menggunakan nama Allah. Justeru ini membuktikan adanya kecelaruan (incoherency) dalam cara berfikir mereka.  

Pertama sekali tidak ada alasan orang bukan Islam untuk mendengar nasihat kelompok ini, kerana mereka sendiri tidak mewakili umat Islam apalagi untuk mempengaruhi orang bukan Islam.  

JAWAPAN: 

Dakwaan bahawa tidak ada orang bukan islam mendengar nasihat kelompok yang membenarkan penggunaan kalimah Allah bukan cara berhujjah yang betul. Hujjah tidak boleh dilihat kepada, “apakah non Muslim mendengar nasihat atau tidak” 

Yang pastinya, Al-Quran mengizinkan penggunaan tersebut. Cumanya, wujud kebimbangan bahawa kononnnya berlaku agenda dalaman Kristen.  

Semua manusia mempunyai agenda. Mana mungkin manusia melakukan sesuatu tindakan tanpa agenda. Pemuda PAS mengedar risalah dakwah malam tahun baru kepada anak-anak muda, mempunyai agenda juga. Begitujuga Kristian yang menerbitkan majalah agama mereka 

Apabila mereka menerbitkan majalah kristian dengan menggunakan kalimah ”Allah”, sudah pasti mereka mempunyai agenda. Terlalu bohong, kalau kita kata mereka tidak mempunyai agenda. 

Cumanya, yang kita perlu fikir, bagaimana kita hendak berhadapan dengan agenda mereka? 

Kita perlu berhadapan dengan agenda mereka dengan bijaksana. Jika kita menganggap agenda mereka ini sebagai ancaman, ini membuktikan kita tidak bijak dalam berhadapan dengan agenda. Sebaliknya, ia perlu dianggap sebagai cabaran dalam mengkuatkan usaha dakwah kepada non Muslim. 

Jangan disebabkan kita menganggap ia sebagai agenda, lalu kita bertindak satu tindakan yang boleh menyebabkan pandangan umum terhadap Islam semakin buruk, seperti ia boleh melahirkan pandangan bahawa Islam adalah agama yang mengongkong, tidak berfikiran terbuka, penakut, pengecut dan sebagainya. Jika ini berlaku, sedikit sebanyak kita telah berjaya diagendakan oleh mereka. 

Justeru, kita perlu bertindak sesuai dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. Iaitu, bersungguh-sungguh dalam menerangkan maksud ”Allah” kepada non Muslim dengan maksud yang sebenar. Ketika itu, kita akan dapat melihat perubahan yang besar akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, sepertimana perubahan besar yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. 

KESEPULUH ; 

Isu kalimah Allah ini, seperti sebilah pisau di tangan tauke kedai Cina dekat rumah kita. Ikut suka dialah kalau dia nak potong daging babi sekalipun dengan pisau tu. Yang kita bimbang ialah dia potong pula ikan terubuk masin yang dia nak jual kat kita selepas dia potong babi tu. Boleh jadi orang akan kata, itu sangkaan sahaja. Kita tak boleh hukum berdasarkan sangkaan. Memanglah, kita tak hukum. Kita berwaspada. 

JAWAPAN : 

Apakah sudah tidak ada kedai lain kita nak beli ikan terubuk masin? Mestikah beli ikan terubuk masin di kedai yang kita tahu tokey dia jual babi? 

Susah juga, sebab yang suka makan ikan terubuk masin ini, bukan kita sahaja. Orang islam yang lain pun, suka makan juga. Kalau kita yang jenis menjaga, mungkin kita tak beli kat kedai cina yang guna pisau potong babi. Tapi, tentang orang Islam lain pun, kita kena berhati-hati juga. 

Mungkin itu yang akan kita fikirkan.  

Semua ini boleh terjaga, kalau kita tetapkan undang-undang atau syarat-syarat yang ketat kepada penjual babi, agar tidak digunakan pisau memotong babi ketika nak potong ikan terubuk masin. Sampai satu tahap, melayakkan mereka di saman.  

Jika ini berjaya dilakukan, mungkin hak cina yang potong babi itu hendak menjual ikan terubuk masin tidak dinafikan, disamping kita orang Islam pun boleh beli ikan terubuk masin dari kedai cita tersebut. 

Sama juga dalam isu menggunakan kalimah “Allah” bagi non Muslim. Adalah satu sikap yang silap, jika kita tidak bimbang dan waspada terhadap penggunaan kalimah “Allah” oleh non Muslim.  

Sebab itu, keizinan penggunaan kalimah ”Allah” bagi non Muslim ini diberikan dalam keadaan dikenakan syarat-syarat yang terlalu ketat. Seperti, membenarkan penggunaan kalimah Allah ini, pada tulisan di dalam kitab-kitab mereka sahaja, tanpa membenarkan pada dinding rumah ibadat mereka, atau sebagainya. 

Memang hak itu perlu diberi. Tapi, hak yang dimaksudkan adalah hak yang sememangnya wujud dalam agama mereka. Bukannya hak yang direka cipta. 

Contohnya seperti PAS mula-mula mengambil pemerintahan kelantan pada tahun 1990. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan Menter Besar Kelantan tidak terus menghalang penjualan arak dan menutup kedai-kedai judi, hasil peninggalan parti UMNO dahulu. tetapi, tindakan awal Tuan Guru adalah, mengadakan dialog dengan agamawan-agamawan dari agama lain, berbincang tentang isu arak dan judi.  

Dalam dialog tersebut, didapati arak dibenarkan dalam agama mereka. Tetapi, judi sememangnya terlarang sama sekali. Ekoran itu, di Kelantan kedai-kedai non Muslim dibenarkan menjual arak, tetapi dengan syarat bahawa penjualan itu dilakukan secara tertutup. Tetapi, diharamkan secara mutlak kedai judi di kelantan. 

Inilah yang dimaksudkan dengan hak non Muslim yang perlu dibenarkan. Terutama dalam perkara yang melibatkan pemberian keizinan kepada non Muslim dalam penggunaan kalimah ”Allah”. 

KESEBELAS : 

Firman Allah; 
 

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ 

Maksudnya;

      “Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah.” Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Memerangi Allah terhadap mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?” 

(Surah At-Taubah : 30) 

Ayat dari surah Taubah ini, Allah menggunakan kalimah قـتلهم الله sejurus menyebut kekufuran yahudi dan nasrani yang menganggap Allah mempunyai anak.  

Dilihat, ayat ini tidak membenarkan pun penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, bahkan ia merupakan satu ancaman dari Allah. 

JAWAPAN: 

Firman Allah; 

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ 

Maksudnya;

      “Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah.” Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Memerangi Allah terhadap mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?” 

(Surah At-Taubah : 30) 

Dalam ayat ini, tidak dinafikan Allah menggunakan kalimah “****** ***** bagi yahudi dan nasrani yang mengatakan Allah itu mempunyai anak.  

Pun begitu, perlu dijelaskan bahawa penggunaan Allah dalam ayat ini bukan ****** *****. Tetapi, yang diguna oleh Allah adalah ******* *****. Justeru, sudah pasti ia  mempunyai maksud yang tidak sama. 

Kalimah ***** memberi maksud bunuh. Adapun kalimah ****** diterjemah sebagai memerangi.  

Apabila Allah menggabungkan antara kalimah *serangan* dengan kalimah *Allah*, sudah pasti ia mempunyai tafsiran yang pelbagai. Mengikut terjemahan harfiyahnya adalah, “Allah menyerang mereka”.  

Persoalannya, bagaimana serangan Allah terhadap mereka?  

Ekoran itu, jika dilihat kepada kitab-kitab tafsir, ada ulama menafsirkan “Allah menyerang mereka” itu sebagai “mereka mendapat laknat dari Allah”. Tafsiran ini didokong oleh Imam Ibnu Abbas18.  

Adapun jika kita mahu menafsirkan serangan juga, ia tidak menjadi dalil atas larangan penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim. Ini kerana, dalam islam, sesuatu serangan yang hendak dilakukan, hendaklah berlandaskan kepada firman Allah; 

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ 

Maksudnya;

      “barangsiapa menyerang kamu, maka hendaklah kamu serang atasnya sepertimana serangannya ke atas kamu” 

(Surah Al-Baqarah : 194) 

Apa yang kita dapati dari kisah Nabi Muhammad SAW sendiri, tidak terdapat satu nas pun yang menunjukkan bahawa Nabi SAW melarang yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah “Allah”, waima Nabi Muhammad sedar penggunaan Allah dari kalangan yahudi dan nasrani itu bercanggah dari maksud yang sebenar.  

Tetapi, yang nyatanya Nabi SAW menyerang mereka dengan cara dakwah yang berkesan. Dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang ada, dalam membetulkan kefahaman mereka terhadap makna Allah dalam bentuk yang sebenar, seperti berdebat, berwacana dan sebagainya. 

Firman Allah; 

وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ 

Maksudnya;

      “Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka” 

(Surah Al-Ankabut : 46) 

KEDUA BELAS : 

Usaha amar ma’ruf perlu beserta nahi mungkar. kalau berpandangan isu usaha dakyah kristianisasi dibendung hanya dengan pemantapan akidah tanpa ada usaha menghalang, maka ia sama dengan pandangan yang mengatakan tidak perlu bantah konsert, tidak perlu bantaj 7-E jual arak, tidak perlu bantah penjualan cd lucah. Bahkan, kita cuma perlu beri pendidikan yang lebih kat anak-anak muda. 

JAWAPAN: 

Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar mempunyai dhawabitnya (ketetapan) tersendiri. Perlaksanaan amar ma’ruf dan nahi Mungkar hendaklah tidak sampai melahirkan tindakan menafikan hak non Muslim. Bahkan, menafikan hak non Muslim itu merupakan satu kemungkaran yang perlu dicegah. (nahi Mungkar) 

Amar ma’ruf dan Nahi Mungkar perlu dilaksanakan dengan kebijaksanaan. Bukannya sehingga melahirkan mudharat yang lebih besar daripada itu.  

Dalam islam, ada diajar kaedah fiqh yang bermaksud, ”tidak boleh menghapuskan mudharat dengan melakukan mudharat yang lebih besar”. Justeru, dalam isu kalimah Allah, menghalang non Muslim daripada menggunakannya dapat melahirkan mudharat yang lebih besar, iaitu apabila non Muslim mula beranggapan bahawa Islam adalah agama yang zalim; agama yang menafikan hak mereka, walhal ia tidak begitu sama sekali. 

KETIGA BELAS : 

Kalimah Allah tidak boleh diizinkan kepada non Muslim dengan merujuk kepada firman Allah; 

وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا *  لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا * تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا*  أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا  

Maksudnya;

      “Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.” * Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, * hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, * karena mereka menda’wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak” 

(Surah Maryam : 88-91) 

JAWAPAN: 

Ayat ini amat jelas menyebut berkenaan kebatilan ajaran nasrani dan yahudi yang mengatakan Allah adalah tuhan yang mempunyai anak. Pun begitu, ayat ini tidak boleh menjadi dalil atas larangan non Muslim dari menggunakan kalimah Allah.  

Keadaan ini sama seperti kita membaca firman Allah yang mengharamkan arak. Tetapi, ia tidak boleh menjadi dalil atas larangan kepada kita untuk melarang Non Muslim dari minum arak dalam sesebuah kerajaan. 

Justeru, dengan membaca firman Allah ini melarang non Muslim dari menyebut kalimah Allah, adalah salah dari sudut istidlal. 

KEEMPAT BELAS : 

Ada dakwaan mengatakan bahawa membenarkan penggunaan kalimah Allah membimbangkan usaha kristianisasi.  

JAWAPAN: 

Gerakan kristian dan yahudi dalam usaha menyahudi dan menkristiankan, ia bukan sekadar berlaku di zaman kini, bahkan ia berlaku semenjak zaman nabi Muhammad SAW. 

Jika kita baca dalam kitab-kitab tafsir, kita akan berjumpa banyak kisah-kisah yang menunjukkan bahawa orang yahudi dan nasrani melakukan dakyah mereka. 

Antaranya adalah; 

Pertama :  

Selepas berlaku peperangan uhud, memperlihatkan yahudi mengambil ruang yang terbaik dalam menyampaikan dakyah mereka terhadap orang islam. ini kerana, dengan kekalahan umat Islam dalam peperangan uhud, dilihat oleh orang yahudi bahawa umat Islam berada dalam keadaan lemah semangat. 

Lalu, datang beberapa orang yahudi, termasuk dua orang yahudi yang terkenal bernama Finhas bin ’Azura’ dan Zaid bin Qais kepada dua orang sahabat, iaitu Huzaifah bin Al-Yaman dan Ammar bin yasir. Mereka berjumpa dengan dua sahabat besar ini, dengan kata mereka; 

ألم تروا ما أصابكم ، ولو كنتم على الحق ما هزمتم ، فارجعوا إلى ديننا فهو خير لكم وأفضل ونحن أهدى منكم سبيلاً 

Maksudnya;

      ”apakah kamu tidak melihat apa yang menimpa kamu. Jika kamu atas kebenaran, sudah pasti kamu tidak akan kalah. Maka rujuklah agama kami, kerana ia adalah sebaik-baik dan seafdhal-afdhal agama untuk kamu. Kami lebih berada dalam hidayah daripada kamu” 

Mendengar kata-kata yahudi itu, menyebabkan kedua-dua sahabat ini berkata; 

وأما نحن قد رضينا بالله رباً وبالإسلام ديناً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين إخواناً 

Maksudnya;

      “adapun kami, sesungguhnya kami redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama, Quran sebagai pimpinan, kaabah sebagai kiblat dan orang mukmin sebagai saudara” 

Berita itu sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, menyebabkan nabi SAW menyatakan kepada mereka berdua; 

أصبتما خيراً وأفلحتما 

Maksudnya;

      “Kamu berdua telah mendapat kebaikan dan telah berjaya19” 

Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa dakyah yahudi ini bukan sekadar berlaku di zaman kini, bahkan ia berlaku juga di zaman nabi SAW.  

Kedua; 

Nabi SAW pergi ke madsarah orang-orang yahudi. Semasa di sana, Nabi SAW menyeru mereka kepada Islam. Lalu, dua orang yahudi; An-Nu’man bin Amru dan Al-Hars bin Zaid bertanya, “atas agama apa kamu wahai muhammad?” 

Jawab nabi, “agamaku adalah agama Ibrahim” 

Mendengar jawapan Nabi SAW itu, menyebabkan yahudi melakukan dakyah mereka kepada Nabi SAW dengan berkata, “Ibrahim beragama yahudi20” 

Ketiga; 

Nabi SAW berjumpa dengan orang-orang yahudi. Semasa berjumpa, mereka berkata kepada Nabi SAW; 

نحن أحق بالهدى منك ، وما أرسل الله نبياً إلا من بين إسرائيل 

Maksudnya;

      “dari sudut hidayah, kami lebih berhak berbanding kamu (wahai Muhammad). Allah tidak akan mengutuskan nabi melainkan daripada kalangan Bani Israel” 

Mendengar kata mereka itu, menyebabkan Nabi SAW menyeru mereka agak mereka tidak merujuk kepada taurat. Mereka bertanya, mengapa nabi mengatakan sedemikian. Jawab Nabi SAW, bahawa dalam kitab taurat terdapat cerita tentang Nabi Akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW21

Dari kisah-kisah yang dikemukakan ini, adalah tidak patut kita menyatakan bahawa dakyah ahli kitab ini hanya berlaku pada zaman kini sahaja, malahan ia telah terbukti bahawa ia berlaku juga di zaman Nabi Muhammad SAW. 

Justeru, apa yang dapat kita lihat, gerakan itu tetap berlaku, tetapi Nabi SAW tidak pernah menghalang yahudi dan nasrani ketika itu daripada menggunakan kalimah Allah. Bahkan, yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, memperkasakan lagi gerakan dakwah nabi SAW bagi menjelaskan kepada mereka tentang islam itu sendiri, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan Ahli Kitab yang memeluk Islam, seperti Isteri nabi SAW yang bernama Sufayyah binti Huyay bin Al-Akhtab, Abdullah bin Salam, Adi bin Hatim dan sebagainya. 

KELIMA BELAS : 

Ada pihak mengatakan, dengan konsep siyasah syariiyyah, maka hendaklah tidak dibenarkan kepada non Muslim daripada menggunakan kalimah Allah. 

JAWAPAN: 

Konsep siyasah syariiyyah adalah berasaskan kepada mendapatkan maslahah islam dalam pentadbiran, dengan menolak mudharat kepada ajaran islam itu sendiri. 

Dalam isu kalimah Allah, dilihat semua sepakat bahawa non Muslim boleh menggunakannya. Tetapi, ia dihalang dengan alasan siyasah syariyyah. 

Hakikatnya, menghalang terus dari non Muslim menggunakan kalimah Allah, sebenarnya boleh melahirkan mudharat yang lebih besar. Iaitu, Islam akan gagal dilihat sebagai agama yang adil di mata-mata non Muslim, kerana melarang hak mereka hidup sebagai rakyat dalam sesebuah negara. 

Apabila ini berlaku, sudah pasti imej Islam akan dilihat buruk, walhal ia sama sekali tidak terkandung dalam konsep siyasah syariiyyah. 

KEENAM BELAS : 

Walau pun Islam tidak larang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, Islam juga tidak larang pemerintah membuat sekatan bagi mengelakkan mudharat. Pertimbangannya, sama ada membiarkan atau menyekat: mana yang lebih besar manfaat @ mudharatnya. 

JAWAPAN: 

Tidak dinafikan bahawa ada pendapat yang mengatakan Islam tidak melarang pemerintah bahawa melarang pengunaan kalimah Allah bagi non muslim dengan alasan bimbang lahir mudharat.  

Pun begitu, mengelak kemudharatan tersebut, jangan sampai melahirkan mudharat yang lebih besar. Dalam kaedah fiqh, apabila bertembung mudharat besar dengan mudharat yang kecil, maka hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak mudharat yang besar. 

Juga perlu difikirkan juga kaedah, “apabila bertembung mudharat yang pasti dengan mudharat yang zan (sangkaan), maka hendaklah didahulukan mudharat yang yakin berbanding mudharat yang zan”. 

Bermakna, dalam isu kalimah Allah bagi non Muslim, jangan disebabkan zan kita mengatakan keizinan itu boleh membawa kesan buruk kepada umat Islam seperti ditimpa gejala murtad dan sebagainya, menyebabkan kita lalai dari ingat kepada mudharat yang pasti, iaitu apabila non Muslim mengatakan Islam adalah agama yang tidak adil ekoran larangan penggunaan kalimah Allah itu. 

Justeru, dicadangkan keizinan pengunaan kalimah Allah hendaklah diletakkan syarat-syarat yang ketat, seperti keizinan itu hanya diberikan kepada non Muslim didalam kitab-kitab suci mereka sahaja, tanpa dibenarkan ditulis di saindbord bangunan gereja. Juga, hendaklah mensyaratkan larangan kepada mereka dari menjadikannya sebagai barang edaran dalam dakyah kristian. 

Malahan, jika dibaca dalam perlembagaan Malaysia pun, sudah wujud undang-undang larangan kepada Non Muslim menembangkan agama mereka dalam Malaysia, iaitu dalam perkara 11 (5) menyatakan; 

“undang-undang negeri dan mengenai wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, labuan dan putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti Ugama Islam22” 

Cumanya, mungkin ada mendakwa bahawa mereka juga ada agenda. Sudah pasti, mereka ada agenda. Terlalu bohong jika kita kata mereka tidak ada agenda. Justeru, agenda perlu dilawan dengan agenda. Kita ada IKIM, JAKIM dan sebagainya, perkasakan badan-badan dakwah ini demi melawan agenda mereka.  

Di malaysia, mereka tidak boleh melakukan agenda mereka secara terbuka, justeru kita perlu berani melawan agenda mereka, kerana agenda kita tidak menjadi kesalahan dilakukan secara terbuka. 

KETUJUH BELAS : 

Bukankah perkara yang paling asas dalam maqasid itu adalah menjaga agama terlebih dahulu… 

JAWAPAN:
memang Maqasid Islam adalah menjaga agama terlebih dahulu. Tetapi, dalam kita menjaga aqidah umat Islam, jangan sampai kita menafikan hak non Muslim.
Memang Kita wajib jaga aqidah umat Islam, tetapi ia bukan lesen untuk melakukan kezaliman dengan menafikan hak non Muslim.  

Jika mahu dilihat dari sudut timbangan maqasid pula, Apabila bertembung maslahah dan mudharat, maka dahulukan mudharat. Pun begitu, Apabila berhimpun antara maslahah yang besar dengan mudharat yang kecil, maka hendaklah didahulukan maslahah yang besar. Bila berhimpun antara maslahah yang yakin, dengan mudharat yang zan (sangkaan), maka hendaklah mengambil maslahah yang yakin.
Tidak memberi non Muslim guna kalimah Allah, melahirkan gambaran di mata-mata non muslim bahwa islam tidak adil. Ia adalah satu mudharat yang yakin. Adapun bimbang kerosakan aqidah umat Islam, ia merupakan mudarat yang zan. Justeru, kaedah yang tepat adalah dahulukan mudharat yg yakin berbanding mudharat yang zan.
Pun begitu, bagi meraikan daripada berlaku mudharat zan tersebut, makanya diberi keizinan kepada non muslim menggunakan kalimah Allah, tetapi hendaklah dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat sekali. 

Masalah jaga Aqidah umat Islam boleh diselesaikan, tanpa kita menafikan hak non Muslim menggunakan kalimah Allah; iaitu kita perlu perhebatkan gerakan dakwah kita, sama ada dalam kerajaan seperti IKIM, JAKIM dan jabatan-jabatan agama Islam, ataupun di luar kerajaan, seperti parti politik, NGO-NGO dan sebagainya. 

Sebab itu, adalah lebih baik mendesak kerajaan perhebatkan gerakan dakwah dalam badan-badan dakwah dalam penjelasan makna tauhid berbanding mendesak kerajaan menarik balik keputusan mahkamah tersebut. Ini kerana, ia boleh melahirkan gambaran buruk terhadap ajaran Islam yang maha Adil. 

KELAPAN BELAS : 

Firman Allah; 

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ 

Maksudnya;

      ”sekiranya kamu bertanya mereka (non Muslim) siapakah yang mencipta langit dan bumi dan menggerakan matahari dan bulan, pasti mereka akan menjawab Allah. Mengapakah mereka dapat dipalingkan?” 

(Surah Al-Ankabut : 61) 

Ayat ini tidak boleh menjadi dalil untuk membenarkan non Muslim menyebut nama Allah, kerana ia mengandungi maksud menempelak orang kafir. 

JAWAPAN: 

Jika benar ayat ini mengandungi maksud menempelak sekalipun, bukan bermakna ayat ini tidak boleh dijadikan dalil untuk membenarkan non Muslim dari menyebut nama Allah. Ini kerana, kaedah dalam pengajian ilmu tafsir ada menyebut; 

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب 

Maksudnya;

      “Pengajaran dengan umum lafaz, tidak boleh (dibataskan) dengan sebab yang khusus” 

Walau ayat ini, ia mengandungi sebab yang khusus, iaitu tempelak terhadap non Muslim, tetapi ia tidak menafikan maksud umum ayat yang menggambarkan keizinan non Muslim menyebut kalimah Allah. 

KESIMPULAN 

Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW.  

Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW. 

Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada  Islam sedikit pun. 

Jika mahu difikirkan balik, mengapa tidak dijadikan kalimah “Allah” ini sebagai cara untuk melahirkan penyatuan manusia di seluruh dunia, kemudian ia dijadikan sebagai ruang yang terbuka dalam memberi penerangan Islam dalam kadar maksud yang sebenar. 

Kaedah ini, amat bersesuaian dengan firman Allah SWT; 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ 

Maksudnya;

      “Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah.” Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” 

(Surah Al-Imran : 64) 
 

Sekian 

Wallahu ‘Alam

Advertisements

4 Respons

  1. Alhamdulillah , ustaz telah memberi penerangan panjang lebar.

    Bagaimanapun rasa nya ramai rakyat Malaysia yang berugama Islam tidak setuju dalam hal ini dan masih merasakan kalimah ALLAH itu hanyalah untuk mereka yang menyembah ALLAH YANG ESA bukan Allah yang tiga dalam satu seperti yg di sembah olih orang kristian.

    Perkara kedua, adakah kita patut ketepikan pendapat mufti mufti yang telah mengeluarkan fatwa beberapa tahun dulu?

    Di mana letaknya kedudukan mufti mufti di Malaysia ini? Bolehkah kita patut ambil fatwa yang kita setuju sahaja? Isu nak sebut kongsi raya dan deeparaya sahaja tak di benarkan inikan pula nak kongsi kalimah Allah.

    Maaf ustaz, saya tidak pandai ilmu ugama. Apa yang saya tulis adalah contoh pemikiran ramai umat Islam di Malaysia ni yang rata rata tak tinggi ilmu ugamanya.

    Sekarang adalah tanggung jawab pemerentah, mufti mufti dan ustaz ustaz untuk berdakwah kepada umat Islam yang kurang ilmu ugamanya dahulu sebelum nak berdakwah kepada yang bukan Islam.

    Ustaz ustaz hendaklah berbincang sama sendiri dan dapat satu kata sepakat. Janganlah masing masing mengeluarkan pendapat di merata pelusok negara tetapi tidak berbincang sesama sendiri sebelum memberi pendapat.

    Apa saya nak jawab kalau anak kecil bertanya Islam Datuk Harun Din dan Ustaz Azamuddin tu lainkah dengan Islam TGNA dan TGHH? Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak.

  2. salam..video xde ke?klu ada tlglah upload

    Jawab:
    akan upload

  3. salam..time kasih sbb upload video ye..

  4. Allah telah memperkenalkan zhatnya melalui nama-namaNya 99 dan Mengutuskan Ribuan nabi bersama mereka kita-kitab,- bagi mereka yang yakin kepada Allah SWT, mereka sudah jelas seperti matahari di siang hari– Tetapi bagi mereka yang termakan pujukan syaitan mereka akan menjadikan allah dalam berbagai bentuk dan Ideologi serta teori yang dipimpin oleh syaitan.. Kini kita boleh lihat , ada yang mereka menyembah Allah berserta dengan duit, ada yang meyembah Allah serta menyembah perempuan dan ada yang menyembah Allah berserta menyembah syaitan.. semua ini telah jelas berlaku di zaman ini.. cuma penyembah-penyembah Allah yang mnyertakan sembahan-sembahan lain sekarang, ingin menguji kepada Penyembah-penyembah Allah sejati lalu mereka timbulkan isu ini… maka ramailah penyembah Allah Sejati atau semata-mata turut termakan cucukan syaitan. Ramai ustaz dan ustazah juga menyembah selain daripada Allah SWT… di luar solat mereka.. malah ustaz-ustazah juga kadang-kadang adalah peminat setia kepada program-program anjuran syaitan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: