MB Perak yakin menang dan terserah kepada Rakyat

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yakin keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari ini akan menyebelahi pakatan pembangkang.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini yang mengesahkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

“Saya yakin keputusan akan menyebelahi pakatan pembangkang berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini,” katanya ketika dihubungi  di sini hari ini.

Ditanya apakah yang akan berlaku sekiranya keputusan tersebut adalah sebaliknya, Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata:

“Kita terima walaupun dalam suasana sedih.

“Bagaimanapun, keputusan itu tidak akan menyelesaikan pertikaian di Perak. Mahkamah hanya tafsir undang-undang tetapi hak sebenarnya harus dikembalikan kepada rakyat,” tegas beliau.

SEMENTARA Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pula berkata, beliau akan menerima dengan reda apa saja keputusan mahkamah Selasa ini berhubung Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang.

Menurutnya, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana apa yang lebih penting sekarang menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar seperti yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

“Saya tidak mahu menjadi seperti pakatan pembangkang yang akan mencanang ke seluruh negeri tentang sesuatu isu.

“Saya akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan nanti sebagai takdir Allah,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: