Mahfuz minta Undang-undang mengenai Dasar Percukaian termasuk GST dikaji semula

Pas meminta kerajaan menangguhkan pembentangan bacaan kali kedua rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada persidangan Parlimen yang dijadual Mac ini bagi membolehkan rang undang-undang itu diteliti terlebih dahulu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebuah jawatankuasa khas  Parlimen yang dianggotai pihak kerajaan dan pembangkang wajar ditubuhkan bagi mengkaji dasar percukaian termasuk  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melibatkan kepentingan banyak pihak.

Menurutnya, di bawah Jawatankuasa khas ini wajar ditubuhkan jawatankuasa kecil yang dianggotai persatuan pengguna, pengilang akauntan dan percukaian bagi memperhalusi GST itu.

“Kami tidak menolak GST secara total tetapi mahu kepastian bahawa apabila GST dilaksanakan cukai pendapatan individu, syarikat dan koperasi diturunkan lagi sebab GST akan membebankan pengguna,” katanya.

Olehitu PAS akan menghantar surat kepada Menteri Kewangan secepat mungkin bagi menangguhkan pembacaan rang undang-undang kali kedua ini, katanya selepas mengadakan Persidangan Meja Bulat mengenai GST di SACC Convec, Shah Alam. (Video klip akan menyusul)

Sidang Dewan Rakyat akan datang mula bersidang pada 16 Mac hingga 15 April 2010.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: