Umumkan siapa jual rahsia pertahanan negara – Mahfuz

Menteri Pertahanan, Dato’ Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibat pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan diKuala Lumpur.

Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E di pasar malam antarabangsa.

Kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara. Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Berasaskan pada dua kejadian tersebut negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar. Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat.

Malangnya kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai olih rakyat.Tiba tiba saja Menteri Pertahanan Dato’Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.

Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan. Rakyat perlu diberi tahu siapa didalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjual rahsia penting tersebut. Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E.

Rakyat juga perlu diberi tahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara. Rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil olih pihak Wisma Putra dan Kementah untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras. Adakah kes ini masih menjadi kes yang disiasat olih Polis.

Saya mohon jawapan dan penjelasan segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati.Penjelesan dan jawapan segera menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti Angkatan Tentera Malaysia.

Dato’ Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS merangkap
Ahli Parlimen Pokok Sena.

10 Feb 2010

Satu Respons

  1. penjualan rahsia kerajaan dengan apacara sekali
    pun adalah memalukan . Adakalah wajar si dalang
    yang menjalan kerja terkutuk ini di kenal[pasti dan dibawa
    ke pengadilan dan seterusnya dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: