Debat Royalti ditangguh

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin memaklumkan bahawa Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan pada 13 Februari 2010 di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu telah ditangguhkan kerana kami selaku penganjur tidak menerima pengesahan kehadiran daripada dua orang ahli panel yang dijemput.

YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato Mustapha Mohamad, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato Seri Nazri Abdul Aziz, yang dijemput sebagai ahli panel debat belum mengesahkan kehadiran sehingga ke hari ini. Surat jemputan ke program ini telah dihantar dan pegawai-pegawai di pejabat Yang Berhormat berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato Haji Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub masing-masing telah mengesahkan untuk hadir ke debat tersebut.

Walaupun ditangguhkan, GEGAR akan berusaha untuk menjayakan program debat seperti ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai tarikh baru debat setelah mendapat persetujuan kehadiran daripada ahli-ahli panel.

Sementara itu, berikutan dengan keprihatinan dan komitmen ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, GEGAR merayu dan memohon seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira di mana pun mereka berada untuk:

MENGIBARKAN BENDERA NEGERI KELANTAN di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac 2010 untuk tujuan:

Menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai.

Menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia; dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.

Bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada DYMM Sultan Kelantan.

Yang benar,
Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah
Pengerusi Bersama
Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat

Kota Bharu
10 Februari 2010

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: