Tanah bukan milik Umno KB

Haji Ibrahim Ismail

 Kenyataan akhbar oleh Pengerusi Kelantan Malay Arts and Crafts Society

Kami merujuk kenyataan akhbar oleh Setiausaha Bahagian Umno Kota Bharu berhubung dengan Bangunan (dikatakan milik Umno Kota Bharu – Pelapor) di Jalan Sultanah zainab, Kota Bharu sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar.


Persatuan ini pernah mempunyai kepentingan di atas tanah tersebut. Oleh itu, persatuan ini menyeru kepada pimpinan Umno Bahagian Kota Bharu sekarang supaya tidak bertindak melulu dan agresif dengan membuat laporan polis atau bertindak memasukkan kaveat keatas tanah dan bangunan tersebut hingga memudaratkan pihak lain.


Setahu kami, tanah dan dan bangunan tersebut adalah milik Umbak Baru Sdn Bhd. syarikat milik Datuk Zaid Ibrahim.

Surat perjanjian antara Umno Kota Bharu dengan Kelantan Malay Arts and Crafts Society

Kami khuatir tindakan kurang berhati-hati dan drastik di pihak Umno Bahagian bakal menjejaskan nama baik sesetengah pemimpin veteren Umno Bahagian dan Negeri samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Haji Ibrahim Ismail, Pengerusi Kelantan Malay Arts and Crafts Society yang juga Bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Bharu era 60an dan juga Bekas ADUN.

Sebelum ini, Umno Bahagian Kota Bharu membuat laporan polis memohon supaya bekas pemimpin (Datuk Zaid) mengembalikan syarikat Umbak Baru Sdn Bhd, tanah dan bangunan kepada Umno Bahgian itu.

Pada 20 November 1983 dikatakan Umno Bahagian kota Bharu mendapat kelulusan pemilikan sebidang tanah di Lot 261 Seksyen 15 dengan syarat digunakan untuk mendirikan bangunan Umno dan kompleks perniagaan.

Kita tunggu penjelasan Datuk Zaid selepas ini.

Satu Respons

  1. apa nk hairan, tanah kat malaysia ni semua milik mak bapak umno yg punya….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: