Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi

BELARAK MAULUD TAPI RASUAH DAN TOLAK SUNNAH NABI

Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakkan Maulud Nabi di Pulau Pinang sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang membatalkan perarakkan dan ini di gambar seolah olah kerajaan Pulau Pinang anti Islam.

Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi UMNO untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.

Bagi saya belarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalu belarak membawa pada dosa. Apa erti kalau belarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita belarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno belarak berselawat kemudian rasuah. Selawat lagi sapu duit rakyat. Belarak berselawat kemudian salah guna kuasa.

Belarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik Setiausaha Politik Menteri. Itu baru setiausaha politik belum lagi menterinya. Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun di jadikan dagangan politik murahan mereka.

Pada hal di Kedah perarakkan Maulud dah di batalkan sejak zaman regim UMNO perintah lagi. Tidak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato’ Sri Mahadzir Khalid bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud. Banyak lagi negeri-negeri lain di bawah regim UMNO tak belarak pun. Kenapa media arus perdana tak persoalkan. Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) UMNO.

Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tidak salah dan tiada perarakan tidak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat bergaduh, yang salah dan berdosa bila UMNO lakukan provokasi supaya umat Islam bakar Gereja, surau dan lempar kepala babi ke dalam masjid.

Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Satu Respons

  1. basor babuk.. lagu tu lah… dio tokleh nok bezor antaro bunyi api dengan pelita..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: