Fitnah II – Mahkamah wajar gugurkan kes

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mencadangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyuarakan  bantahan ke atas keputusan Mahkamah yang dianggap tidak bebas terhadap Anwar.

“Sekiranya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bercadang mengadakan suatu tuntutan atau memorandum, kita menyokong penuh kerana menganggap kes ini akan menjejaskan nama baik Mahkamah di Malaysia jika diteruskan.”

“Saya melihat Mahkamah seperti tidak bebas dan saya berasa seperti wujudnya konspirasi  kerana pendakwaan tersebut bukannya berasaskan pada bukti-bukti, seperti laporan perubatan yang dikeluarkan (Hospital) Pusrawi yang jelas memberi isyarat bahawa Mahkamah wajar menggugurkan kes tersebut.”

Selaku salah seorang pemerhati mewakili PAS di kandang perbicaraan, Mahfuz mempersoal motif di sebalik tindakan pendakwaraya memohon perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan.

“Bila Hakim menolak permohonan Karpal untuk mengetepikannya (dari mendengar perbicaraan), pendakwaraya yang bangun memohon kes tersebut ditangguhkan, sepatutnya Karpal yang perlu membuat permohonan itu demi anak guamannya (Anwar),” jelasnya.

Tindakan pendakwaraya itu, menurut Mahfuz sebagai usaha melengah-lengahkan kes tersebut dari dibicarakan dengan seorang Hakim baru yang dilihat adil dan saksama.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa motif pendakwaraya adalah  untuk membuat mempersiapkan penghujahan dan skrip keterangan untuk Saiful, supaya saksi utama itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meragukan sebagaimana di kandang saksi sebelum ini.

“Mungkin mereka (pendakwaraya) tengah cari bukti atau alasan supaya Anwar boleh dibawa ke Penjara.”

“Apabila pendakwaraya sendiri rayu supaya Hakim yang dilihat tidak adil terus membicarakan kes ini, saya nampak seperti wujud suatu konspirasi,”

Beliau juga berpendapat bahawa tindakan Umno dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengadakan demontrasi membantah sokongan Ahli Parlimen Autralia ke atas Anwar sebagai suatu perlanggaran hak kebebasan bersuara.

Sehubungan itu, beliau menganggap permohonan Karpal Singh sebelum ini supaya kes liwat itu digugurkan berasaskan laporan perubatan dari Hospital Pusrawi yang menjelaskan Anwar tidak meliwat Saiful sesuatu yang munasabah demi mengelakkan memulihara kedudukan institusi Mahkamah dan nama baik Malaysia dari terus dipertikai dunia.

Kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat seperti Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Kamaruddin Jaffar serta Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah turut juga hadir di mahkamah.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 300 penyokong Anwar melaungkan ‘Reformasi’, ‘Anwar difitnah’ dan ‘keadilan untuk Anwar’.

Mewakili mereka, Badrul Hisham Shaharin iaitu Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia mencabar Najib dan Rosmah hadir ke Mahkamah untuk membantu siasatan kes liwat serta membersihkan dakwaan umum bahawa mereka berdua masing-masing terlibat dalam konspirasi membawa Anwar ke penjara.

Pada 8 Februari lalu, Karpal Singh di kamar perbicaraan mendesak Mohamed supaya diketepikan kerana enggan mengenakan tindakan ke atas ke atas akhbar Utusan Malaysia dan beberapa blog yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif Mahkamh seperti gambar Saiful menunjukkan lokasi aksi liwat, iaitu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Menganggap perbuatan Utusan itu seperti menghina Mahkamah, Karpal sekaligus menganggap tindakan Mohamed itu seperti tidak melaksanakan tanggungjawab sebenar sebagai seorang Hakim yang adil dan saksama.

Sekiranya Anwar, 63 disabit bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful, 25, beliau bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan sebagaimana dirujuk pada Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Advertisements

2 Respons

  1. Ada seorang manusia yang telah membuat laporan kepada pihak polis bahawa ada seorang manusia lain, yakni seorang yang dia kenali, telah meliwat dia.

    Polis pun siasat. Ada beberapa tanda , i.e bukti yang menunjukkan ada kebenaran terhadap dakwaan itu. Manusia yang diliwat itu dijadikan saksi memandangkan dia benar2 nampak bersungguh2 betul nak buktikan kebenaran pihaknya.

    Orang yang didakwa meliwat ada bukti mengatakan bahawa terdapat lapuran perubatan bahawa kejadian liwat tidak terjadi. Orang yang mendakwa diliwat pun bagitau dia ada bukti bahawa kejadian liwat memang berlaku.

    Manusia2 lain seperti kita semua yang tidak ada kena mengena dengan kejadian ini tak perlu masuk campur sebab kita tidak ada di situ, masa kejadian liwat (atau tiada liwat) itu didakwa berlaku. Kita tak tahu apa2 pun. Kita semua dudok bising2 ni, tak lain tak bukan, hanyalah berdasarkan cakap2 luar sidang pengadilan sahaja. Semua pakai perasaan dan sangkaan. Andaian2 kita anggap fakta; baik yang percaya maupun yang tidak percaya akan kejadian ini.

    Melupakan terus pendakwaan ini dengan menggugurkan pertuduhan sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah, adalah sistem rimba yang tidak memberi keadilan kepada si pengadu. Keadilan tidak boleh kita tegakkan sebelum sesuatu kes dibawa kemuka keadilan. Hanya di mahkamah lah dapat kita pertimbangkan sama ada pendakwaan sebegini mempunyai unsur konspirasi atau sebaliknya.

    Apatah lagi, manusia yang didakwa meliwat itu adalah seorang ahli Parlimen; satu institusi tertinggi tanahair yang membentuk perlembagaan dan undang2 negara. Ditambah pula, manusia ini adalah ketua umum sebuah parti yang menamakan diri mereka Parti Keadilan Rakyat. Keadilan kepada rakyat bererti keadilan kepada semua rakyat, tak kira dia itu seorang pemimpin besar ataupun rakyat marhaen seperti kita-kita ini.

    Pertuduhan seperti ini tidak ada sangkut pautnya dengan kerajaan secara terus. Ini adalah kes rakyat ‘versus’ rakyat. Rakyat biasa lawan rakyat berpangkat. Parlimen tidak boleh membuat apa2 melainkan menggubal suatu undang2 menghalalkan liwat. Andainya Parlimen telah menggubal undang2 dengan menyatakan bahawa ‘meliwat bukan suatu jenayah’, pertuduhan seperti ini bolehlah digugurkan.

    Pada waktu ini, menggugurkan pertuduhan sebelum dibawa ke mahkamah adalah suatu isyarat yang amat salah di mata rakyat. Ia tidak memberi sedikitpun keuntungan kepada manusia yang didakwa. Fakta2 di mahkamah lah yang dapat menentukan sama ada benar wujud dakwaan konspirasi seperti yang didakwa.

    Kalau tak salah; jangan takut….

  2. Kita yang tolol tentang undang-undang jangan banyak bercerita.Biar mahkamah menentukan.Kalau hakim manusia tak kita percaya baik gunakan hakim beruk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: