Sistem Kehakiman lemah punca campur tangan luar

Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan campur tangan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan dan bukannya berniat untuk campur tangan dalam urusan negara.

Nik Aziz berkata, tidak salah bagi Ahli Parlimen berkenaan mencampuri urusan perbicaraan kes liwat Anwar kerana ianya menyatakan sokongan mereka.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang kerana kes liwat berkenaan didedahkan kepada umum dan dibicarakan di mahkamah kerana ianya membuka aib orang.

“Orang luar (Ahli Parlimen Australia) bagi sokongan. Sokongan ini bukan campur tangan. Campur tangan lain, ini sokongan. Sokongan untuk menghilangkan aib orang.

“Kita sokong orang luar negeri seperti mana Tun Dr Mahathir buat untuk sokong lawan Israel. Sokongan ini hak fitrah manusia. Mereka beri sokongan supaya benda (kes liwat) ini tidak dibawa ke mahkamah sebab tak ada bukti. Tak ada orang tengok. Masalahnya sekarang ini bukan soal sokongan tetapi takut Anwar jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kes liwat Anwar Ibrahim dikaitkan dengan beliau kembali setelah hampir sepuluh tahun kes yang sama pernah dikaitkan terhadap beliau semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri adalah disebabkan politik.

Ini kerana pada pandangannya ini satu cubaan untuk menggagalkan hasrat pakatan rakyat termasuk Anwar menjadi perdana menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah Malaysia.

Tok Guru berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Presiden Pas yang menentang keras sebarang campur tangan asing termasuk tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan kes liwat Anwar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kelemahan proses kehakiman dan perundangan negara ini telah menyebabkan pihak luar campur tangan dan memprotes sistem kehakiman negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.

2 Respons

  1. Bila masa UMNO dan Barisan Nasional nak berlaku adil???

  2. UMNO KEJAM..
    UMNO ZALIM..
    UMNO PEROSAK BANGSA.
    UMNO PENGKHIANAT.
    UMNO JAHAT.
    UMNO KERAS KEPALA.
    UMNO JENIS MUKA TAK TAHU MALU.

    Kerana UMNO telah…
    1) melaksanakan Amanah Rakyat dengan Baik.
    2) berjaya melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan.
    3)membantu masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.
    4) menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
    5) dan SERIBU lagi KEBAIKAN, “Semuanya Untuk Rakyat”

    Maka….
    UMNO mesti ditumbangkan….
    Kebumikan saja UMNO…
    UMNO sudah ketinggalan zaman.

    –Aku Kenal Yang Mana Permata-
    Alor Setar, Kedah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: