Pakatan Rakyat lantik Husam perjuang isu Royalti Petroleum

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan  menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai petroleum di peringkat pakatan itu yang akan dipengerusikan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa bagi memperjuangkan hak negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dalam hal ini.

Dan jangan lupa Ceramah Penjelasan Isu Royalti oleh Dato’ Husam Musa dan Ahli Parlimen Machang di Stadium Pasir Mas, 23 Feb 2010 (Malam ini)

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis itu di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat hari ini bersetuju untuk memperkemaskan Jawatankuasa Tatatertibnya yang akan diminta memberi cadangan-cadangan berkaitan pada mesyuarat akan datang.

Naib Presiden PKR, R. Sivarasa dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dalam gabungan PKR, DAP dan Pas itu.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi membincangkan semua isu berkaitan disiplin yang melibatkan perhubungan antara parti dalam pakatan pembangkang, kata Anwar.

Pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini dilanda pelbagai masalah berikutan kritikan di antara pemimpin dan wakil rakyat komponennya sehingga menyebabkan ada antara wakil rakyat telah diminta memberi penjelasan oleh parti-parti yang terlibat.

Anwar berkata, wujud ruang secukupnya dalam pakatan pembangkang itu bagi wakil rakyat menyuarakan pendapat mereka, seperti melalui sekretariat pakatan yang mempunyai pelbagai jawatankuasa tetapi pandangan perlu munasabah dan tidak terkeluar daripada batasan tatasusila.

Katanya, pakatan berkenaan juga mengambil pendirian menolak cadangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuknya sekarang dan sebuah jawatankuasa Parlimen pakatan pembangkang akan membincangkan isu ini pada 24 Februari manakala Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan forum mengenai implikasinya.

Selain itu, Anwar berkata, pakatan pembangkang akan menyambut ulang tahun kedua pentadbiran negeri-negeri di bawah pentadbirannya bermula di Shah Alam pada 7 Mac, di Seremban 9 Mac dan dengan acara kemuncak pada 10 Mac di Pulau Pinang dan penutup di Alor Setar pada 13 Mac.

Mengenai sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar yang sama mendakwa bahawa pelaksanaan dan proses perjalanan mahkamah syariah di negara ini tidak menepati syariat Islam yang sebenar.

“Yang penting ialah bagaimana proses kehakiman… bagaimana penyaksian dan bagaimana pengakuan dibuat… banyak aspek perlu diambil kira, bukan secara spontan sahaja,” katanya merujuk hukuman sebat yang dikenakan ke atas tiga pesalah jenayah syariah pada 9 Januari lepas.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: