Royalti: Bagaimana Kerajaan boleh guna ordinan yang dimansuhkan

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum kelantan, Datuk Husam Musa berkata Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969, yang digunakan oleh kerajaan pusat sebagai alasan bagi menetapkan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti, telah dimansuhkan pada 1979.

Oleh itu, katanya, ordinan berkenaan tidak boleh digunakan oleh kerajaan pusat dalam isu tuntutan royalti oleh keraaan Kelantan.

“Bagaimana kerajaan pusat boleh mengguna pakai ordinan yang telah dimansuhkan dan diiklankan dalam akhbar pada Ahad lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas langkah kerajaan pusat menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar arus perdana berbahasa Melayu pada Ahad lepas bagi memberikan fakta sebenar mengenai kenapa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Perkara 13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan. – Akta 216 Akta Darurat (Kuasa-Kuasa perlu) 1979

 


Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008, sama seperti yang termaktub di dalam perjanjian Akta Peroleum 1975, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam juga berkata keputusan sama ada kes tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan akan dibawa ke mahkamah akan ditentukan minggu depan selepas exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri mendengar taklimat mengenai isu itu daripada bekas Peguam Negara, Tun Salleh Abas, pada Ahad ini. – BERNAMA

5 Respons

  1. Dalam kes kelantan vs kerajaan pusat tentang royalti ni saya guna logik je. Kalau kelantan tak layak terima royalti seperti yang didakwa apahal nak bagi wang ihsan plak. Logik tang mana nak bagi wang ihsan ni. Perak, Johor dan Kedah tak layak dapat royalti sebab tak ada minyak bagilah juga wang ihsan. wang ihsan ni maksudnya hanya pemberian ikhlas dari kerajaan pusat. ha..ha…ha? Kalo pusat rasa belas ihsan kat kelantan kerana Kelantan “miskin”, nape tak rasa belas ihsan kat Perlis ke Johor ke. Kan Johor dengarnya da hampir …..???

  2. bro husam…
    bacakan surah hud ayat 113 utk puak2 ni
    wi biar puak2 ni paham sikit, hok peliknyo ada lagi hok dok sokong tu, pelik sungguh kawe…
    sokong pon tok leh apatah lagi nak bersama dengan jemaah sesat mereka …
    – kawe minta puak2 kito ni biar Allah tolong jauhkanlah dari seksaan api neraka –

  3. Salam ziarah tuan empunya blog,
    saya baginda® ada buat blog baru,
    kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

    Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

    Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda…

    Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
    Sekian…

    Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk-linkan sekali blog anda sama..

    sila ke link Berita Hairan Online..

    http://beritahairanon9.blogspot.com/

    dr:
    Era Pasca
    http://bagindareformasi.blogspot.com/

  4. orang Kedah pun nak jugeee…
    wang ehsan kalau kelantan takde minyak dpt kenapa kedah takleh dpt,…betulllll takk?????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: