Gelagat-gelagat MP (2)

Sesi Perbahasan Titah Diraja pada 24 Mac 2010

MP Bebas Pasir Mas lawan PKR Machang dalam isu Judi – MP Pasir Mas cabar MP Machang mengenai isu judi sewaktu mencelah ucapan MP Bebas Kulim Bandar Baru. [ 24 Mac 2010]

Gelagat tidak sepatutnya …… di Dewan Rakyat 22 Mac 2010

Baling kertas antara gelagat MP Pasir Mas tingkah laku menarik akibat daripada kelambatan Speaker u keputusan mengenai Peraturan Mesyuarat mengenai tuduhan “Saya Anak Jantan, di sebelah sana Anak Betina” “Jantan Betina dirujuk kepada binatang”. Kelaku ini berlaku pada 22 Mac 2010.

Lihatlah sendiri

…….. MEMALUKAN

Nabi tak buat Kerajaan Perpaduan

Ceramah Ustaz Khairul Ikhwan (Ustaz Budak Besar) di Sekolah Menengah Agama Meheliah Geting, Tumpat, Kelantan. Turut sama berceramah sempena Maulidur Rasul, Ustaz Hamid Derani dan Ustaz Nasir Mat Soh.

Ceramah tersebut diadakan bagi menjawab tohmahan Abdullah Saamah dari Pondok Geting yang dipergunakan oleh Umno Tumpat memfitnah Tok Guru Nik Aziz sebagai sesat dan sebagainya.

Royalti perlu diserah kepada Kerajaan Negeri – Tun Musa

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata sama ada wang ehsan atau royalti, ia perlu diserahkan kepada kerajaan negeri kelantan. Selanjutnya saksikan Buletin Awani 7.45 malam 18 Mac 2010 lalu. (Harap maaf klip video kurang jelas)

Royalti salurkan wang kepada Kerajaan Negeri jika itu haknya. YBM Tengku Razaleigh amat arif dengan perjanjian mengenai royalti Petroleum.

Zahrin dicabar dedahkan siapa Timbalan Speaker itu – Saifuddin

Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

“Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar,” katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera). Baca lanjut di sini

Sebelum itu, Zahrain berucap di dewan.

Diakhir ucpannya, MP Bebas Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali pun turut keluar Dewan bila Zahrain menyebut isu Pindaan Raja Perlembagaan.

Ku Li nafi dakwaan Zahrain

KOTA BHARU 19 Mac – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut bakal menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 September 2008.

Beliau berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu tidak benar sama sekali dan ia hanyalah sekadar gosip politik.

“Saya ini orang UMNO, sudah 48 tahun menjadi ahli. Saya sebenarnya tidak mahu nak komen perkara ini kerana ia adalah gosip politik, lagi pun saya bukan untuk dijual beli, kalau ada orang lain sanggup jual diri itu dia punya hal. Baca lanjut di sini.

MEMORANDUM GEGAR RAKYAT MENUNTUT ROYALTI

KENYATAAN MEDIA GEGAR 
HIMPUNAN 10 000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATAN
DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
DAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI 
 
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.  

Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.  

Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER. 

Dan, dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti  kepada  DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.  

KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA 

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.  

Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah  sempena warna bendera negeri Kelantan. 

Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan  lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.  

Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.  

GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.  

Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.  

Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:

    13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.

Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan. 

GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.  

GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.

“ROYALTI HAK RAKYAT”

 Terima kasih.

Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah
Pengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Kelantan ada bukti kukuh tuntut Royalti

Surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu dan perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan antara dua dokumen penting yang mampu menyangkal alasan tiga batu nautika untuk tidak memberi bayaran royalti kepada Kelantan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata, penemuan bukti terbaru itu merupakan hujah yang kukuh untuk dibawa ke Parlimen, bagi memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan.

“Saya telah dapat beberapa penemuan baru selepas Parlimen ditangguhkan akhir tahun lepas dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika dan di sini saya telah membawa dua dokumen penting,” katanya yang juga naib presiden PAS.

Petronas dalam suratnya kepada kerajaan Terengganu bertarikh 16 September 1978 menjelaskan bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum iaitu sebanyak RM3.2 bilion disebut sebagai bayaran royalti dan tidak menyebut langsung mengenai isu di luar tiga batu nautika.

“Kalau isu tiga batu nautika itu dipertikaikan dan di Terengganu itu memang melebihi tiga batu nautika dan dalam surat petronas kepada pegawai kewangan negeri Terengganu menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroluem 3.2 bilion.

Ini disebut sebagai bayaran royalti. Tidak timbul sama sekali tentang bayaran wang ehsan, isu tiga batu nautika, ataupun isu untuk menafikan fakta mana-mana telaga yang dijumpai di luar pantai,,” katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

——————————————-

Sementara itu, menurut Jurucakap GEGAR melalui sms memaklumkan GEGAR akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada 20 Mac 2010.

Sebelum itu suatu Program akan diadakan pada 18.3.10 (Khamis) – DIALOG ROYALTI MINYAK BERSAMA KU LI. pada jam 8.00mlm, di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu. Manakala pada 19.3.10 (Jumaat) – Perlepasn KONVOI Rakyat Kelantan Mengadap YDP Agong akan bermula Dtrn Stadium Sultan Mhmmd IV KB pada jam 9.00 malam. SEBARKAN & JEMPUT BERAMAI2!!

——————————————-
Mengenai perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir yang dibuat pada 19 Mei 1975 pula katanya juga tidak disebut mengenai isu tiga batu nautika.

“Sekiranya kita meneliti keseluruhan perjanjian itu tidak langsung menyebut tentang isu tiga batu nautika.
Teruskan membaca