Isu Royalti: Bekas Peguam Petronas dukacita

Bekas ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik Mohd Nor melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak.

Foto dari Blog Rossem

Beliau berkata, pemimpin terbabit dianggap menafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).

Katanya, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan on-shore (daratan sehingga tiga batu nautika) dan off-shore (perairan negeri).

“Saya hairan mengapa mereka termasuk juga yang bergelar profesor di universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut,” katanya.

“Saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat.

“Sedangkan pada 1975 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir (Foto di atas Ku Li dan MB Kelantan tandatangan perjanjian) memberi hak kepada Petronas mencari gali minyak yang di kawasan on-shore dan off-shore,” kata beliau pada taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang semalam.

Hadir sama bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Tommy Thomas.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa, dua ADUN BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri) serta wakil-wakil rakyat lain.

Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan negeri, pusat serta wartawan tempatan.

Baca lagi di sini

Dipetik Harakah Daily, Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan royalti minyak Kelantan semata-mata bagi menegak kebenaran setelah ada pihak yang mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu sebelum ada PDA kerajaan Sabah dan Sarawak sudah menandatangani perjanjian dengan Shell.

Katanya, ketika itu Shell dikehendaki membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak lapan hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi cari gali dengan pantai.

“Mengambil kira perkara tersebut saya ketika itu dipertanggungjawab merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan Petronas perlu membayar royalti 10 peratus iaitu lima peratus kepada pusat dan lima peratus lagi kepada negeri.

“Lagi pun Tun Razak tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA. Kesemua negeri mempunyai hak yang sama di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan seperti digambarkan pihak tertentu,” ujarnya.

Abdul Aziz juga menegaskan pembayaran royalti kepada negeri tidak menggunakan kaedah tiga batu nautika seperti yang diuar-uarkan pemimpin kerajaan pusat sekarang.

Katanya, pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah on-shore dan off-shore serta tidak berbangkit sama sekali kaedah tiga batu nautika.

“Kalau ada pendapat menyebut royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang tiga batu nautika, itu pendapat yang salah.

“Kerajaan pusat, negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat lima peratus. Tidak benar sama sekali ada perbezaan royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri di Semenanjung dalam soal ini,” ujarnya.

Thomas pula menjelaskan biar pun isu royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan.

Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan.

“Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar,” ujarnya.

Advertisements

Satu Respons

  1. saya cadangkan kerajaan kelantan membawa kes ini kepada mahkamah dunia.dari berputih mata dipermainkan oleh umno biarlah sama perputih mata. bila kemahkamah dunia sudah tentu kemenang kepada kerajaan thailand yang menguasai kawasan tersebut, kerana kawasan pendaratan nya dinegara thai, contoh nya mula singapura jaga sahaja pulau batu putih, oleh kerana lewyar buruk malaysia pulau batu putih jadi milik singapura, demikian juga dengan peristiharan umno bahawa telaga minyak itu berada dikawasan bertindik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: