PKR: Saifuddin nafi dakwaan Bekas Setiausaha Agungnya

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim, kononnya lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR bakal keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

 “Sesiapa pun boleh mendakwa 10 atau 15 anggota Parlimen dan ADUN akan keluar parti dan saya tidak percaya keadaan seperti itu akan berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, 500,000 anggota parti itu di seluruh negara akan tetap setia dengan PKR.

Saifudin Nasution juga berkata, tidak ada pergolakan dalam parti itu walaupun beberapa pemimpinnya sudah keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang berlaku adalah satu “penambahbaikan” kepada parti itu kerana mereka yang mengisytiharkan keluar parti sebenarnya terdiri daripada kalangan “anggota yang bermasalah”.

 “Hakikatnya tiga yang keluar parti itu adalah kalangan yang sedang dihadapkan ke lembaga disiplin parti dan rakyat boleh menilai siapa mereka.  “Tidak berlaku pergolakan dalaman parti dan PKR masih kukuh,” katanya.

Saifudin Nasution berkata demikian mengulas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dan terbaru, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang mengumumkan keluar PKR. Zahrain dan Tan kini menjadi wakil rakyat Bebas manakala Mohammad Fairus mengumumkan menyertai Umno.

Advertisements

4 Respons

  1. CikGu Bard Ghombau bila lak nak kuar ?????????????

  2. Pemimpin yang pentingkan meteril akan hancur negara dan rakyat menerima padahnya.

  3. Pemimpin yang berjuang untuk perut dan bowoh perut.. kalau tak dapat habuan maka berlari lintang pukanglah mereka meninggalkan medan perjuangan..

    Bak kata puok2 ni macam hantu raya, tak cukup makan maka kaki tuannya akan di kekah dan digigit..

    Akhirnya mereka akan mencari tuan lain untuk ditaati selagi mana tuan barunya itu mampu memenuhi kehendak nafsu nyaaaaa…..

    Oleh yang demikian itu maka amat moleklah mereka2 ini dinyahkan dari menjadi biawak hidup dalam parti..

    sekian… begitulah adanya..

  4. Padan muka.

    dulu masa Anwar Ibrahim belum jadi YB, heboh sentero alam nak bentuk Kerajaan pakatan Rakyat 16 september, melalui kaedah lompat katak.

    Sekarang baru tau siapa punya power yg memolehkan YB melompat. Kerajaan 1Malaysia memang hebat mewujudkan gelombang lompat katak ini. bermula di Perak, dengan YB PKR dan DAP dan diikuti dengan seterusnya YB dari PKR.

    Ternyata Bukan YB lompat yang tak ada kualiti, tetapi bapak Non Quality ialah Anwar Ibrahim. member kamcing Husam Musa dan wan Wo serta sewaktu dengan nya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: