Sultan berangkat pulang 4 Mac ini

Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra mengesahkan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra berangkat pulang ke tanah air Khamis ini selepas menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, Mei lalu.

Foto MalaysiaInsider

 “Menjunjung titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia ayahanda Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, adalah dengan ini saya Tengku Muhammad Fakhry mengisytiharkan Tuanku Sultan telah kembali pulih dan hanya memerlukan rawatan fisioterapi susulan.

“Sehubungan itu Tuanku Sultan telah berkenan untuk berangkat pulang ke istana mahkota, Kubang Kerian 4 Mac ini.

“Tuanku Sultan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Menteri-menteri Kabinet, kerajaan persekutuan dan negeri serta pasukan doktor yang melakukan rawatan termasuk kerabat diraja, rakyat jelata dan semua pihak yang tidak pernah jemu-jemu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhry (gambar)memaklumkan perkara itu kepada pemberita pada sidang media di kediamannya di Kubang Kerian hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry yang kelihatan agak sibuk menolak keterujaan beberapa pemberita yang sudah pun bersedia untuk mengemukakan soalan selepas sidang media tersebut.

Namun dengan ringkas Tengku Muhammad Fakhry sempat berkata, “kita mengalu-alukan sambutan rakyat di lapangan terbang nanti”.

Baca lanjut di sini

Sultan Ismail Petra yang mengalami masalah jantung dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 14 Mei lalu.

Baginda kemudiannya ke Singapura untuk menerima rawatan susulan sejak 24 Mei.

Awal Januari lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan berdasarkan laporan enam panel perubatan yang dilantik kerajaan negeri, keadaan Sultan Ismail Petra adalah stabil untuk dibawa pulang bagi tujuan rawatan lanjut.

Laporan panel bertarikh 24 Dis lalu itu mengesyorkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai hospital paling sesuai kerana ia mempunyai tenaga pakar, ahli-ahli terapi dan peralatan yang mencukupi.

Menurut laporan, Tengku Muhammad Fakhry juga telah memaklumkan keberangkatan pulang baginda kepada kerajaan negeri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: