UMNO / BN PARTI TONG SAMPAH DAN PARTI TONG NAJIS!

Pengisytiharan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar dari Parti Keadilan dan menyertai UMNO serta pengumuman bekas Setiausaha Agong PKR dan pengumuman Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar dari Keadilan adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.

PAS telah melalui proses ini satu waktu ketika dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden Pas dan pimpinan tertinggi yang termasuk para Ulamak meninggalkan PAS. Namun PAS terus mantap dan maju dengan di dukungi oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas.

Proses ini membuktikan parti-parti kompnen Pakatan Rakyat (PR) hanya layak di dukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan rakyat yang berteraskan kebenaran dan keadilan. Ini adalah nutral proses yang tak mampu di lakukan oleh proses organisasi. Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam dalam niat dan agenda sebenar seseorang. Tetapi proses alam semulajadi (Sunattullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan Parti dari pengkhianatan perjuangan rakyat.

Kemasukkan Firdaus dalam UMNO dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas dan menyempurnakan agenda UMNO / BN membuktikan UMNO / BN adalah “PARTI TONG SAMPAH DAN TONG NAJIS” yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya. Sebelum ini UMNO / BN bekerjasama dengan tiga ADUN Perak yang dituduh oleh UMNO / BN sebagai perasuah. Mereka ini keluar dari PKR dan DAP untuk menyokong UMNO / BN untuk merampas kerajaan PR Perak. UMNO / BN sanggup bersekongkol dengan orang rendah moral untuk kepentingan politik singkat mereka.

Dengan keluarnya mereka akan mengujudkan suasana persekitaran PKR dan PR yang lebih baik. Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari sarang pengkhianatan perjuangan rakyat. Pengkhianatan perjuangan rakyat hanya layak bersama parti tong sampah dan tong najis UMNO / BN. Saya berharap mana-mana mereka yang keluar dari PKR dan PR yang di pilih sebagai wakil rakyat atas nama PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka sepertimana yang telah dilakukan terlebih dahulu oleh Fairus dengan melepaskan jawatannya sebagai ADUN.

Kepada rakyat saya yakin mereka tidak menghirau dengan perkembangan yang berlaku ,kerana PR bukan milik beberapa kerat pemimpin yang lari tetapi PR adalah milik rakyat semua. Walaupun seribu pemimpin yang pergi namun perjuangan rakyat tetap diteruskan.
 
 
DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Satu Respons

  1. PAS adalah parti yang punyai sejarah yang tersendiri…, malahan adalah gandingan / seteru yang sesuai untuk UMNO. Saya menghormati PAS sejak dahulu lagi. Mereka ada kekuatan ‘iman’ dalam perjuangan.

    PKR benda lain. PKR lah tong sampah yang sebenarnya. Mana2 orang yang tak laku kat UMNO, PKR lah tempat mereka masuk. Katak2 politik kat Sabah tu nampak PKR sebagai tong sampah yang realistik. Zaid Ibrahim pun lihat PKR macam syurga baru apabila keluar UMNO. Kalau sapa2 ahli politik masuk PKR, ada can dia akan keluar masuk lagi ke parti lain (lebihkurang macam Semangat 46 dulu)

    Mana-mana ahli politik yang masuk PAS.., tak akan mahu keluar parti lagi sebab asas perjuangan yang terang & jelas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: