Buku Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad

ERTI PERJUANGAN
“Pangkal pokok perjuangan Islam di dalam negeri ini datangnya daripada hati orang-orang Islam. Bukan alat yang dipentingkan, bukan kemuliaan yang dipentingkan, bukan bilangan yang dipentingkan, tetapi yang lebih dahulu yang mesti dipentingkan ialah Iman dan semangat Islam, iman kepada Allah dan Rasulnya dan semangat untuk berjuang kepada jalan Allah dan jalan Rasulnya.

Tetapi dengan tidak mempunyai semangat Islam yang kuat maka semuanya itu akan terberancai dan akan hilang. Sekiranya iman cukup kuat maka pengorbanan pun cukup banyak dan perjuangan pun dapat dihasilkan. Inilah yang penting bagi umat Islam pada masa ini dan masa yang akan datang”. – Zulkifli Muhammad

Buku ini berharga RM 18.90 (Semenanjung Malaysia), RM19.90 (Sabah & Sarawak). Pesanan boleh dibuat melalui email kepada panglima.waejo@gmail.com dan dan sertakan alamat sekali atau sms sahaja kpd 016 2034897.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada ac CIMB 1460 0004184 529 atas nama WAN MOHD JOHARI.

Kata Pengantar
Nama Zulkifli Muhammad mungkin kurang dikenali oleh generasi muda hari ini. Tokoh besar ini adalah tokoh pejuang kemerdekaan yang hampir dilupakan orang. Tulisannya, pidatonya, kuliahnya dan penglibatannya dalam NGO, bidang pendidikan dan politik negara sebenarnya cukup penting dalam konteks perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia.

Tulisan-tulisan Zulkifli tentang falsafah, akhlak, ekonomi, kemerdekaan, pendidikan, bahasa, kebudayaan dan politik Islam menyerlahkan kekuatan pemikiran dan kekentalan perjuangannya.

Peribadinya mencerminkan akhlak seorang pejuang Islam yang memang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Penglibatan dan sumbangannya dalam bidang pendidikan, khususnya semasa menjadi Setiausaha dan Pensyarah Kolej Islam Malaya begitu menyerlah.

Pidatonya begitu memukau khalayak. Beliau merupakan Ahli Parlimen yang pernah berucap paling panjang selama empat jam tanpa henti (non stop) ketika membahaskan rang undang-undang di Dewan Rakyat.

Beliau menganggotai PAS pada bulan April 1955 dan pada bulan Disember 1956 dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS. Beliau memenangi kerusi Parlimen Bachok pada tahun 1959 dan berjaya mempertahankannya pada pilihanraya tahun 1964.

Malangnya beliau meninggalkan kita dalam usia yang terlalu muda, iaitu 37 tahun, dua hari selepas memberikan wasiat (ucapan terakhir) di hadapan wakil-wakil rakyat PAS di Kota Bharu, Kelantan. Beliau menemui ajal bersama-sama dengan isterinya dalam satu”kemalangan” jalanraya dekat Kuantan pada 6 Mei 1964.

Semangat perjuangannya cukup teguh dan pemikirannya yang luas dan tajam amat sesuai dijadikan contoh dan tauladan para pemimpin dan pendokong gerakan dan perjuangan Islam hari ini.

Pihak kami menerbitkan semula tulisan ini (asalnya dalam jawi) sebagai mengenai ketokohan dan sumbangan Zulkifli Muhammad dalam pendidikan, perjuangan dan politik Islam di negara ini. Wasiat perjuangannya begitu penting untuk dihayati oleh generasi muda hari ini.

Dato’ Kamarudin Jaffar
Ahli Parlimen Tumpat
1 Februari 2010

Satu Respons

  1. Assalamualaikum tuan. Boleh saya tahu saiz buku dan bilangan muka surat?

    Wassalam

    Jawab: ms 128 saiz separuh A4

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: