Sultan dan Raja Perempuan berangkat pulang hari ini

Sultan Kelantan, Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini dari Singapura selepas menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth sejak Mei tahun lalu.

Sultan Kelantan dan rombongan istana tiba pada jam 12.30 tengah hari dan disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; dan semua Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan tidak sihat untuk hadir sama menyambut keberangkatan pulang itu.

Baginda kemudiannya terus dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Turut menyambut kepulangan baginda ialah kira-kira 5,000 rakyat Kelantan.

Di pintu masuk ke istana, ratusan lagi rakyat Kelantan merentang beberapa pemidang kain mengalu-alukan keberangkatan pulang baginda. – Bernama

Berita Terdahulu
SINGAPURA: Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra berangkat pulang hari ini setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lalu untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth di sini.

Baginda yang ditemani Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid, kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum kepada doktor dan kakitangan hospital itu yang menghantar baginda ke kenderaannya.

Sultan Ismail Petra yang berpakaian baju lengan panjang dan seluar hitam dan berkerusi roda, dibawa ke Lapangan Terbang Changi dengan diiringi anggota polis trafik Singapura.

Baginda dan Raja Perempuan menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia untuk berlepas ke Kota Bharu.

Turut menghantar baginda di lapangan terbang ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga kerabat diraja Kelantan.

Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung. – Bernama

Advertisements

Satu Respons

  1. Kami pertubuhan Khairu Ummah memerlukan bantuan untuk menjayakan pembenaan pondok sila layari Blog kami http://khairuummah77.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: