Pencabulan Hak Asasi Manusia Oleh BN

KENYATAAN AKHBAR
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
8 Mac 2010

1. Pihak polis dipergunakan untuk menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Semua taktik kotor ini mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

2. Rakyat berhak berhimpun secara aman. Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara. Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu.

3. Di Malaysia hari ini pihak Polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini. Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun  permit ini  ditarik balik tanpa alasan yang munasabah. Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara.

4. Oleh itu Pakatan rakyat akan membawa beberapa kes penyalahgunaan kuasa Polis ini kepada SUHAKAM untuk penelitian dan tindakan badan tersebut. Pakatan Rakyat juga akan menyediakan “Dosier” yang lengkap mengenai pencabulan kerajaan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Malaysia, bertentangan dengan janji dan persetujuan mereka kapada Prinsip  Hak Asasi di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council  dan juga kepada European Union Human Rights Council. Wakil-wakil Pakatan Rakyat akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini.

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: