Tok Guru MB mohon mengadap …

Tok Guru MB, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat permohonan kepada istana Kelantan bagi memohon perkenan mengadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Katanya, surat berkenaan dihantar bagi mendapatkan persetujuan mengadap baginda bersama anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

“Sejak keberangkatan pulang baginda pada Khamis lalu pemimpin kerajaan negeri belum lagi mengadap biar pun telah menyambut keberangkatan pulang baginda dari Singapura,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Sultan Kelantan berangkat pulang dari Singapura selepas mendapat rawatan lanjut di negara itu sejak 24 Mei lalu.

Sebelum itu, baginda menghadapi masalah jantung dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Turut menyambut keberangkatan pulang baginda Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Bagaimanapun Menteri Besar tidak dapat hadir kerana sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.

Macam-macam spekulasi apabila Tok Guru mohon mengadap. Kita tunggulah apa cerita selanjutnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: