Zahrin dicabar dedahkan siapa Timbalan Speaker itu – Saifuddin

Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

“Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar,” katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera). Baca lanjut di sini

Sebelum itu, Zahrain berucap di dewan.

Diakhir ucpannya, MP Bebas Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali pun turut keluar Dewan bila Zahrain menyebut isu Pindaan Raja Perlembagaan.

Ku Li nafi dakwaan Zahrain

KOTA BHARU 19 Mac – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut bakal menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 September 2008.

Beliau berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu tidak benar sama sekali dan ia hanyalah sekadar gosip politik.

“Saya ini orang UMNO, sudah 48 tahun menjadi ahli. Saya sebenarnya tidak mahu nak komen perkara ini kerana ia adalah gosip politik, lagi pun saya bukan untuk dijual beli, kalau ada orang lain sanggup jual diri itu dia punya hal. Baca lanjut di sini.

Advertisements

2 Respons

  1. Zahrain semasa dalam PKR di dalam parlimen menjadi pengecut tetapi sekarang menyalak macam anjing sejak menjadi bebas……

    Biarkan anjing ini memakan najis yang ditabur oleh umno busuk itu…

  2. Itu nama yang disebutkan oleh DS Zahrin adalah nama yang diperolehi dari DS Anuar. Perkara sebenarnya kena tanya DS Zahrin dan DS Anuar. Kemungkinan besar ahli-ahli politik yang disebutkan itu tidak tahu menahu nama mereka dipolitikkan untuk mendapat pengaruh dan kepercayaan. Tambahan lagi nama SPBYDA pun disebutkan sekali dalam episod ini. Siapa bohong dan siapa lagi pembohong masih belum dapat dipastikan lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: