Tok Guru Nik Aziz restui Dato’ Zaid jadi calon PRK Hulu Selangor

Tok Guru Nik Abdul Aziz telah merestu Dato’ Zaid Ibrahim (Foto di bawah oleh Mohd Rizal Tahir) jadi calon PKR dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

“Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta ampun dengan Allah SWT.

“Apa pun kelemahan saya, apa pun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

“Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah,” katanya

Saya terharu dengan ucapan Tok Guru Nik Aziz

Advertisements

3 Respons

  1. subhanauallah……
    mga2 tuan diampuni dn dibkati….
    tpi syang sribu kli syang tuan bkiblat kearah yg tdak
    mnambahkan keinsaf dn keshukoran tuan…..

  2. ape lu citer ni tokmod….. xpaham la

  3. Semoga berkat bersalaman dengan tok guru membuahkan hasil kemenangan Zaid di Hulu Selangor. Amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: