PM cuba rasuah Samy Vellu?

Anak Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, S.Vell Paari mendedahkan seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran dari Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.

Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor. Dakwaan S.Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi ianya menunjukkan berlaku dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.

Amalan ini adalah untuk menutup mulut dikalangan pemimpin BN agar tidak membuat kacau yang boleh menjejaskan kepentingan politik BN. Perbuatan ini satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada peminpin Umno / BN setiap kali berlaku krisis dikalangan dalaman Umno / BN.

Saya menuntut satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara dari difaraidkan untuk kepentingan Umno / BN. Saya mengajak rakyat menolak parti dan pemimpin Umno / BN dari menerajui dan menguruskan negara Malaysia demi untuk kepentingan rakyat semua.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Naib Presiden PAS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: