Projek di Kelantan: Sebelum tambah peruntukan, SPRM perlu siasat terlebih dulu

KOTA BHARU: Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menangani isu projek Kerajaan Pusat di Kelantan yang mengalami kelewatan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Pada masa ini pihak kita telah mengenal pasti enam projek yang mengalami masalah kelewatan di Kelantan dan perlu ditangani segera. “Antara projek yang dikenalpasti lewat disiapkan ialah pembinaan Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik Jeli, Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang, Jalan Jeli-Jelawang, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali, dan Jambatan Sultan Yahya Petra,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua projek itu akan dipastikan siap sebelum pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

“Kerajaan sebenarnya tidak mahu projek yang mengalami kelewatan ini terpaksa dimasukkan dalam RMKe-10 untuk diselesaikan kerana kita bimbang jika ini berlaku, ia akan menjejaskan projek baru yang sepatutnya dilaksanakan untuk rakyat dalam RMKe-10,” katanya.  – Berita Harian 21 Jun 2010

Beberapa projek sakit di Kelantan, kenapa berlaku demikian? Antaranya Universit Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Jln Simpang Pulai-GM, Jambatan Sultan Yahya Kedua, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali. Betulkah Projek terbengkalai kerana tak cukup wang, sedangkan sebelum ini Kerajaan melalui Jabatan Kerjaraya telahpun membuat kajian dan telahpun memperuntukkan sejumlah wang dalam Rancangan Projek.

Nampaknya kerajaan Pusat kena tambah lagi peruntukan kepada projek tersebut di atas, jika ingin disiapkan. Sebelum kerajaan tambah peruntukan, SPRM kena siasat terlebih dahulu, kot-kot ada penyelewengan dan ketirisan projek  tersebut. Tubuh Pasukan Petugas tidak mencukupi jika hanya sekadar mencadangkan kepada kerajaan supaya sejumlah peruntukan perlu ditambah bagi mengatasi projek tersebut.

Sedangkan peruntukan sebenarnya sudah memadai dan pihak-pihak yang menyelewengkan projek demikian tidak diambil tindakan sewajarnya.

Piala Dunia: Brazil 3 Ivory Coast 1

JOHANNESBURG 21 Jun – Brazil menunjukkan wajah sebenarnya di pentas Piala Dunia apabila menewaskan Ivory Coast 3-1 dengan dua jaringan disempurnakan oleh Luis Fabiano bagi mengukuhkan cengkaman untuk melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan.

Namun, kemenangan Brazil itu dicacatkan dengan kontroversi yang dicipta oleh pemain tengah, Kaka yang dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Gol ketiga skuad samba itu diperoleh menerusi Elano pada minit ke-62, sebelum, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal buat pasukannya pada minit ke-79

13 Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Kerajaan Kelantan melantik 13 Timbalan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk meringankan beban tugas anggota Exco biarpun ia akan menambahkan defisit kewangan kerajaan negeri berikutan pertambahan jawatan itu.

Menteri Besar Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatan timbalan exco baru itu yang diwujudkan berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Pelantikan timbalan exco itu juga kerana Exco yang ada bukan sahaja bertanggungjawab mentadbir kerajaan negeri tetapi perlu juga menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing, kata beliau.

“Menyedari hakikat inilah kerajaan negeri terpaksa mewujudkan jawatan Timbalan Exco terdiri daripada wakil rakyat bagi membantu tugas Exco yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan Timbalan-timbalan EXCO itu di sini.

Majlis Angkat Sumpah jawatan siang tadi dilakukan di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mereka yang dilantik, Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awan, Pembangunan Tanah dan Wilayah.

Untuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, dua timbalan exco dilantik iaitu Adun Demit, Muhammad Mustapha dan Adun Gual Periok, Muhammad Awang.

Bagi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, dua timbalan dilantik iaitu Adun Kadok, Azami Mohd Nor dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Sementara itu Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.

Adun Ayer Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Sementara itu, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, manakala Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan NGO.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim pula sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, manakala Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mahmood, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri.

Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi negeri.

Perlantikan jawatan berkenaan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kerajaan negeri menurut Tuan Guru, akan membayar kesemua tunggakan gaji bermula tempoh kuatkuasa itu.

Tuan Guru ketika memberitahu media juga berkata kerajaan negeri memahami tanggungjawab exco yang banyak dan mahu timbalan yang baru dilantik turut membantu.

“Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah.

“Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara,” ujarnya.

Katanya, sebelum ini timbalan anggota exco telah pun dilantik, namun ianya tidak secara rasmi sebagaimana hari ini.

Beliau juga berharap kesemua 13 timbalan exco yang baru dilantik itu dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
Teruskan membaca

Umno, Judi, APCO dan Israel

Ceramah meraikan rombongan Misi Bantuan Gaza, Sdr Jamuluddin Elias, Mustafa Mansor dan lain-lain

Umno, Judi, APCO dan Israel (3) – Ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Stadium Selayang pada 8 Jun 2010. Turut hadir Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dr Tan Seng Giaw, Dato’ Mahfuz Omar, Azmin Ali.

Judi, Arak, Israel

Ceramah meraikan rombongan Misi Bantuan Gaza, Sdr Jamuluddin Elias, Mustafa Mansor dan lain-lain

Judi, Arak, Israel (2) – Ceramah Persiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Selayang pada 8 Jun 2010. Turut hadir Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dr Tan Seng Giaw, Dato’ Mahfuz Omar, Azmin Ali.

Judi dan Arak: Mudarat lebih banyak dari manfaat

Ceramah meraikan rombongan Misi Bantuan Gaza, Sdr Jamuluddin Elias, Mustafa Mansor dan lain-lain

Judi dan Arak: Mudarat lebih banyak dari manfaat – Ceramah Naib Pengerusi DAP, YB Dr Tan Seng Giaw membaca makna surah AlBaqarah mengenai Judi dan Arak di Stadium Selayang pada 8 Jun 2010. Turut hadir Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato’ Mahfuz Omar, Azmin Ali.

Kutuk Israel, tetapi berkawan dengan APCO

Ceramah meraikan rombongan Misi Bantuan Gaza, Sdr Jamuluddin Elias, Mustafa Mansor dan lain-lain

Kutuk Israel, tetapi berkawan dengan APCO – Ceramah Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar di Stadium Selayang pada 8 Jun 2010. Turut hadir Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dr Tan Seng Giaw, Azmin Ali.