13 Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Kerajaan Kelantan melantik 13 Timbalan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk meringankan beban tugas anggota Exco biarpun ia akan menambahkan defisit kewangan kerajaan negeri berikutan pertambahan jawatan itu.

Menteri Besar Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatan timbalan exco baru itu yang diwujudkan berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Pelantikan timbalan exco itu juga kerana Exco yang ada bukan sahaja bertanggungjawab mentadbir kerajaan negeri tetapi perlu juga menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing, kata beliau.

“Menyedari hakikat inilah kerajaan negeri terpaksa mewujudkan jawatan Timbalan Exco terdiri daripada wakil rakyat bagi membantu tugas Exco yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan Timbalan-timbalan EXCO itu di sini.

Majlis Angkat Sumpah jawatan siang tadi dilakukan di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mereka yang dilantik, Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awan, Pembangunan Tanah dan Wilayah.

Untuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, dua timbalan exco dilantik iaitu Adun Demit, Muhammad Mustapha dan Adun Gual Periok, Muhammad Awang.

Bagi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, dua timbalan dilantik iaitu Adun Kadok, Azami Mohd Nor dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Sementara itu Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.

Adun Ayer Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Sementara itu, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, manakala Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan NGO.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim pula sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, manakala Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mahmood, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri.

Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi negeri.

Perlantikan jawatan berkenaan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kerajaan negeri menurut Tuan Guru, akan membayar kesemua tunggakan gaji bermula tempoh kuatkuasa itu.

Tuan Guru ketika memberitahu media juga berkata kerajaan negeri memahami tanggungjawab exco yang banyak dan mahu timbalan yang baru dilantik turut membantu.

“Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah.

“Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara,” ujarnya.

Katanya, sebelum ini timbalan anggota exco telah pun dilantik, namun ianya tidak secara rasmi sebagaimana hari ini.

Beliau juga berharap kesemua 13 timbalan exco yang baru dilantik itu dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Pada 25 Okt tahun lalu, ketika pembentangan bajet negeri, Kerajaan Negeri Kelantan dianggar mengalami bajet defisit sebanyak RM29.50 juta pada tahun ini dengan perbelanjaan mengurusnya dianggarkan berjumlah RM416.88 juta berbanding hasil yang dianggar berjumlah RM387.38 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata defisit bagi tahun 2010 dijangka berjumlah RM29.50 juta berbanding defisit bajet 2009 berjumlah RM20.20 juta.

2 Respons

  1. defisit pon bukan pitis mok pok dia..pitis rakyat..bila rakyat mintak nak wat masjid…nak wat gertak…demo royat takdok pitih…kecek belawok belako !!!

  2. OZONE MEDIKAL…ASSALAMUALAIKUM,… hye sume..minta perhatian dlu…meh singgah jap..dgr ni lu.da citer bgs ni..kpd tuan,puan,en, mr, mrs,kome sume mst ari2 mkn sedap2 kn..xingat dunia kn,apa kata pas makan kita test dlu apa yg jd..so dtg la cni cuci darah,tgk apa yg keluar..plak2 akn terkeluar kn spt kolesterol n byk lg tau..2 bahaya tuk kesihatan..org kata mencegah lebih baik dr merawat..LAWATI KLINIK KAMI DI JALAN KEBUN SULTAN,..POTONGAN HARGA 30% SEHINGGA AKHIR TAHUN,..09-7471135 @ 09-7476133

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: