Projek di Kelantan: Sebelum tambah peruntukan, SPRM perlu siasat terlebih dulu

KOTA BHARU: Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menangani isu projek Kerajaan Pusat di Kelantan yang mengalami kelewatan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Pada masa ini pihak kita telah mengenal pasti enam projek yang mengalami masalah kelewatan di Kelantan dan perlu ditangani segera. “Antara projek yang dikenalpasti lewat disiapkan ialah pembinaan Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik Jeli, Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang, Jalan Jeli-Jelawang, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali, dan Jambatan Sultan Yahya Petra,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua projek itu akan dipastikan siap sebelum pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

“Kerajaan sebenarnya tidak mahu projek yang mengalami kelewatan ini terpaksa dimasukkan dalam RMKe-10 untuk diselesaikan kerana kita bimbang jika ini berlaku, ia akan menjejaskan projek baru yang sepatutnya dilaksanakan untuk rakyat dalam RMKe-10,” katanya.  – Berita Harian 21 Jun 2010

Beberapa projek sakit di Kelantan, kenapa berlaku demikian? Antaranya Universit Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Jln Simpang Pulai-GM, Jambatan Sultan Yahya Kedua, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali. Betulkah Projek terbengkalai kerana tak cukup wang, sedangkan sebelum ini Kerajaan melalui Jabatan Kerjaraya telahpun membuat kajian dan telahpun memperuntukkan sejumlah wang dalam Rancangan Projek.

Nampaknya kerajaan Pusat kena tambah lagi peruntukan kepada projek tersebut di atas, jika ingin disiapkan. Sebelum kerajaan tambah peruntukan, SPRM kena siasat terlebih dahulu, kot-kot ada penyelewengan dan ketirisan projek  tersebut. Tubuh Pasukan Petugas tidak mencukupi jika hanya sekadar mencadangkan kepada kerajaan supaya sejumlah peruntukan perlu ditambah bagi mengatasi projek tersebut.

Sedangkan peruntukan sebenarnya sudah memadai dan pihak-pihak yang menyelewengkan projek demikian tidak diambil tindakan sewajarnya.

4 Respons

  1. jambatan sultan yahya ke-2 bertahun2 x siap lagi. xde peruntukan tambahan ke? huhu.

  2. PAS : TAPAK SUBUR BERKEMBANGNYA WAHABI?
    http://tebangtebas.wordpress.com/

  3. Salam ziarah..teruskn perjuangan..boleh tak tumpang parking http://tunhisyamuddin.blogspot.com/ di sini, sahabat. Syukran

  4. Projek jambatan tu dah 2 PM pun tak siap2 lagi. Projek apa dah 3 tahun baru buat hanya 1%, company cap ayam ke yang buat ni. Kena tunggu PM yang ke3 la nampaknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: