Ling Liong Sik dituduh tipu negara: “SELAMATKAN MALAYSIA DARI PENIPU NEGARA”

Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik didakwa tipu ....foto Utusan

PUTRAJAYA 29 Julai – Dalam apa yang dianggap mengejutkan, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

Bekas Presiden MCA itu mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) di Pelabuhan Klang. – Utusan

KABINET DUA KALI KENA TIPU DENGAN TUN LING LIONG SIK: YANG TIPU JAHAT DAN BIJAK, YANG KENA TIPU LEMAH DAN BODOH BANGANG – Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Tun Ling Liong Sik bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA telah didakwa di Mahkamah Seksyen kerana didapati melakukan dua kali penipuan terhadap Jemaah Menteri (Kabinet) dalam isu pembelian tanah untuk mega distribution di Pelabuhan Klang bagi tujuan perojek PKFZ. Dua kali penipuan tersebut dilakukan oleh Tun Ling Liong Sik pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Pejabat Perdana Menteri di dalam mesyuarat kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN).

—————-             F A K T A              K E S             ————-
Tuduhan Utama:
“Bahawa kamu diantara 25 Sptember 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya telah menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distibution Hub di pelabuhan Klang.

Ia mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala dimensi Sdn Bhd. dengan Lembaga Pelabuhan Klang dan dengan curangnya menyembungikan fakta dari Jabatan Penilaian dan perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan.

Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan jika fakta tersebut dimaklumkan dan penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia.”

Tuduhan Pilihan:
“Bahawa kamu diantara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya telah menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distibution Hub di Pelabuhan Klang.

Ia mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang dan dengan curangnya menyembunyikan fakta dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan.

Perbuatan itu mendorong Jemaah Menteri memberikan persetujuan dan ia tidak akan dilakukan jika fakta tersebut dimaklumkan.”

——————————————————

Penipuan tersebut telah mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat. Isu ini sangat memalukan kerana dalam tempoh tak sampai dua bulan Jemaah Menteri (Kabinet) boleh kena tipu oleh seorang anggota kabinet. Ini menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu. Yang tipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bodoh bangang. Yang tipu tak beramanah yang kena tipu pun sama tak beramanah dan ‘pak angguk’ dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam Jemaah Menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota Jemaah Menteri pada 2002 yang turut kena tipu dengan Tun Ling Liong Sik turut kekal dalam kabinet kerajaan Umno / BN. Penipuan tersebut menunjukan anggota kabinet yang ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan hilang kelayakkan sebagai anggota Jemaah Menteri termasuk PM dan TPM.

Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno / BN yang anggota Jemaah Menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan. Malaysia tak akan maju jika Jemaah Menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu dan ketirisan wang rakyat terus berlaku akibat dari Jemaah Menteri penipu dan ditipu yang melambangkan bodoh bangang kabinet kerajaan Umno / BN. Yang jelas semua mereka ini adalah penipu rakyat Malaysia. Bohong Negara (BN).

“SELAMATKAN MALAYSIA DARI PENIPU NEGARA”

KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE)

oleh DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR, Naib Presiden PAS

Lujnah Pengguna PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 28 Julai 2010 telah bersetuju mambentuk satu Jawatankuasa Bertindak bagi menanggani masaalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak Polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.

Jawatankuasa Bertindak kempen anti saman ekor (KASE) dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Naib Presiden yang juga Pengurusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat akan bermesyuarat pada 2 Ogos di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi untuk merumus tindakkan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan. Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengahari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Semua pihak media dan blogger dijemput hadir.

Majlis Makan Pulut Durian Amal Anak Darulnaim (PERSADA)

Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) menjemput YB/Ybhg/Dato/Datin/Tuan/Puan/saudara/i khususnya Anak Kelantan Darulnaim ke “Majlis Jamuan Pulut Durian Amal” sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal kita hadapi sedikit masa lagi..

Sudah menjadi tradisi masyarakat kita di Kelantan apabila hampir bulan Ramadhan kebiasaannya majlis bekwoh sambut poso akan diadakan di rumah2 persendirian, masjid atau surau2 dikampung2 dan didesa.

Budaya baik inilah kita ingin tonjolkan kepada masyarakat kita di sini.. bersempena pula dgn musim durian maka rasanya sesuai sangat kita buat jamuan pulut durian yang menjadi makanan special masyarakat kelate..

Majlis akan diserikan dengan persembahan dikir barat (atas permintaan ramai..) – tengok pada budjet, cabutan bertuah, kunjungan tetamu istimewa dikalangan pemimpin masyarakat setempat dan pimpinan dari negri Kelantan.

Juga insyaallah pihak PERSADA akan menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak PERSADA kepada golongan yang kurang bernasib baik dari sekitar Puchong.. Kepada yang berhajat bolehlah menyumbangkan derma berbentuk wang ringgit dan bahan2 makanan kepada pihak kami.

Kejayaan program makan laksa/laksam di Bangi baru2 ini harap dapat diulangi dgn cemerlang pada program kali ini.. kehadiran tuan/puan semua memeriahkan majlis amat2 kami alukan..

Datanglah beramai2 bersama kaum kerabat, keluarga dan juga sahabat tuan/puan.. juga sebarkanlah matlumat ini kepada semua kenalan tuan/puan kerana pengalaman program lepas kami dapati ramai yang tidak tahu.. semoga kelemahan tersebut dpt diatasi kali ini..

Kami amat mengalu2kan sumbangan dari pihak tuan/puan untuk menjayakan misi , visi dan matlamat persatuan melalui program kebajikan dan kemasyarakatan.. segala sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada piahk kami dgn menghubungi Bendahari Sdr. Zainuha (0123619259) ATAU Setiausaha Sdr Razali (0176242252). – FB PERSADA

Peta di Bawah

HARUSSANI MUFTI PENCACAI UMNO YANG MEMALUKAN

Oleh DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR, Naib Presiden PAS

Pengakuan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkaitan pertemuan beliau dengan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mendedahkan kedudukkan dan peranan Tan Sri Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

Jelas apa yang dinyatakan oleh Datuk Hasan bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno. Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Datuk Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk berbincang dengan Tan Sri Harussani isu kerjasama PAS dan Umno.

Kenyataan Datuk Hasan jelas mendedahkan pembohongan seorang Mufti seperti Tan Sri Harussani. Pembohongan Tan Sri Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulamak khususnya para Mufti yang ada di Malaysia. Tan Sri Harussani sepatutnya meletakan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai seorang Mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Datuk Hasan jelas pembohongan Tan Sri Harussani.

Saya menuntut Tan Sri Harussani memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam atas pembohongan yang memalukan. Saya juga minta beliau tidak membiarkan diri beliau dari terus menjadi pencacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dituju kepada Umno – Tok Guru Nik Aziz

Paparan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini nyata sekali berniat untuk memburuk-burukkan saya. Saya tidak menyebut perkataan “tidak tahu malu”manakala pepatah “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” itu saya tujukan kepada UMNO itu sendiri, bukan kepada pihak-pihak yang lain. Sekian dimaklumkan. – Facebook

KUALA TERENGGANU 25 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.

Tegas beliau, Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

“Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah,” katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk Pas berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh Pas tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran Pas Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah ‘penyatuan Melayu’ melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, Pas lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa Pas tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan Pas selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

“Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang,” katanya.

Pas menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Kezaliman belum terampun, Pemimpin PAS jangan lupa!

Isu Kerjasama Umno-PAS tiba-tiba jadi isu panas seminggu dua ini. Belum selesai isu kerjasama timbul pula siapa bohong dan siapa benar antara Mufti Perak dan Dato’ Hassan Ali. Kenapa perlu berbohong? Sehingga Mufti Perak, Tan Sri Harussani turut ambil bahagian nak menyatukan Umno-PAS. Manakala Pelan Damai Umno-PAS pula nak cuba dicetuskan Ketua Pemuda PAS.

Rakyat, Ahli dan penyokong PAS tidak keliru mengenai siapa benar siapa bohong. Mungkin segelintir pemimpin PAS saja yang akan keliru dan ‘bengong’ Sehingga kenyataan Anak Tok Guru Nik Aziz (Nik Abduh) dikatakan menyokong perpaduan Umno-PAS (KLIK sini). Mungkin inilah yang dikehendaki oleh Umno/BN yang sentiasa ingin melihat pemimpin PAS menjadi ‘bengong’ dan keliru.

Tetapi juga jangan sampai pemimpin PAS “Tak tau orang tak bodoh” sudah lah!!.

Kenapa perlu Umno-PAS berpadu, sedangkan kezaliman BN terhadap Kerajaan PAS (Melayu) Kelantan belum terampun bahkan terus dinafikan HAK seperti isu Royalti Minyak. Lupakah peranan yang dimainkan Dato’ Pa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) terus tidak berjuang untuk Kerajaan dan Rakyat Kelantan, tidak seperti yang diperjuangkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Lupakah Nik Abduh, kezaliman Kerajaan BN terhadap abangnya, Nik Adli dan lain-lain kawannya yang merengkok di bawah ISA selama beberapa tahun, dipisahkan dari isteri dan anak-anak. Lupakah!! oooh Melayu mudah lupa. PAS dan Pakatan Rakyat terus memperjuangkan menentang ISA sehingga ISA dimansuhkan.

Lupakah Pemimpin PAS terhadap kejatuhan Kerajaan Perak pimpinan PAS jatuh dengan permainan licik Mufti dan para pemimpin Umno/BN. Ustaz Ahmad Awang berhempas pulas mempertahankan setiakawan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Lupakah pemimpin PAS kini dengan Tragedi Memali. Jangan lupa Kezaliman belum terampun.

Berbalik kisah pertemuan Dato’ Hassan Ali dengan Mufti Perak mengenai isu perpaduan atau Kerjasama Umno-PAS. Kalangan Pemimpin PAS termasuk Naib-Naib Presidennya Dato’ Tuan Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Dato’ Mahfuz Omar sudah sebulat tekad membuat kenyataan bahawa PAS tidak ada berbincang mengenai Kerjasama Umno-PAS.

Alasan Dato’ Hassan Ali bertemu dengan Mufti tidak boleh diterima oleh pelbagai pihak. Kenapa bertemu Mufti Perak untuk berbincang isu Adat Melayu Negeri Selangor. Sepatutnya bertemu sahaja Mufti Selangor atau pihak-pihak berautoriti di Selangor.

Difahamkan bahawa kerajaan Selangor telah melantik Penasihat Adat-Adat Melayu Negeri Selangor. Berbincang dan bermesyuaratlah sahaja dengan mereka, kerana penasihat ini adalah mereka-mereka yang cerdik-cerdik belaka. Maka bermesyuaratlah dengan mereka, tak perlu jumpa Mufti Perak untuk nak minta nasihat. Apa kata Mufti Selangor pula?

Janganlah sampai Penasihat ini berkata Siapa Yang Bohong pula??

Mungkin (ramalan saya) Penasihatnya ini akan berkata Mufti tidak berbohong tetapi Si anu berbohong.

Ataupun jangan lah sampai Rakyat, penyokong dan ahli akan menghakis kepercayaan yang menyusahkan kepimpinan dan penyokong yang ikhlas berjuang sebelum ini.

Kerjasama Umno-PAS: Mufti diperalat sanggup berbohong

Umno tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

“Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

“Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

“Saya berkeyakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang “terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu”.

“Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka,” katanya. – Harakahdaily

Sementara itu, Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa meminta pemimpin dan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana berhubung isu perpaduan PAS-Umno.

“Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media media arus Perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

“Malah, pihak media telah mendapat beberapa pandangan daripada pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan yang memetik ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai berkata Umno dan PAS perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers