Jamuan Amal Makan Laksa dan Laksam 4 Julai 2010 di Seksyen 7, BB Bangi

Majlis Jamuan Amal Makan Laksa dan Laksam sempena Pelancaran  Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 4 Julai 2010 (jam 1.30 tengahari hingga 5.30 petang) di Dewan Serbaguna, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Majlis ini diwujudkan bagi menyatukan dan mengeratkan hubungan amtara warga Kelantan sebagai satu keluarga yang besar yang perlu diwujudkan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Mat Razali selaku Pengarah program, selain mengeratkan silaturrahim antara warga Kelantan, Persada perlu dijadikan landasan dan jaringan yang jelas dan kukuh dengan memupuk keprihatinan dan menjana idea bersama-sama demi membangunkan warga Kelantan di Lembah Klang.

Beliau mengharapkan majlis yang diadakan ini dapat mengumpulkan pelbagai latar belakang tanpa mengira perbezaan agama, kau dan ideologi politik.

Sebagai latar belakang:

Pada 17 Mac 2009, satu pertemuan diadakan di Kuala Lumpur dan dibentuk “Persaudaraan Anak Darulnaim (PERSADA)”  dalam bentuk komuniti internet http://www.persada.net sebagai wadah portal yang dilancarkan pada 1 April 2009.

Melalui Laman Portal tersebut, pelbagai program diadakan, antaranya;

Mengadakan Majlis Iftar di Hotel Vistana pada 8 September 2009;

Jualan amal tiket Perlawanan Akhir Bolasepak Piala FA dan Piala Malaysia 2009/2010;

Ramah Mesra sambil makan satay pada 23 Disember 2009 di Restoran Haji Wak Samuri, Kajang;

Majlis Mengacau Bubur Assyura di Jalan Cochrane pada 9 Januari 2010;

Majlis sembang bersama Ahli Tumpat pada7 Februari 2010 di Restoran Amir, BB Bangi; dan akhirnya

mengadakan mesyuarat penubuhan jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Darulnaim (Persada) pada 26 Mei 2010 di Restoran Pit Stop, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Advertisements

2 Respons

  1. InsyaAllah and TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: