Salahuddin lancar satu lagi NGO Anak Darulnaim

Majlis Makan Laksa dan Laksam Anak Darunaim di Dewan Serbaguna, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi berjaya

Ahli Parlimen Kubang Kerian dalam ucapannya berkata walaupun beliau berasal dari Johor, beliau akan tetap berjuang hak-hak Rakyat Kelantan seperti isu Royalti dan lain-lain.

Lebih kurang 1,000 hadir di majlis Jamuan Amal Laksa dan Laksam yang julungkali diadakan di Bandar Baru Bangi. Turut hadir menyampaikan ucapan ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Dr Shafie mengucap terima kasih di atas jemputan dan bergembira dapat bersama anak-anak Kelantan yang menghuni di BBB. Beliau berpendapat langkah mewujudkan Persatuan Persada adalah tindakan yang baik. Melalui Persada dapat diadakan pertemuan silaturrahim di kalangan anak-anak Kelantan di sini. Baca di sini.

Presiden penaja (Gambar di atas), Sdr. Mat Ali Hanafiah bin Mohamad sedang meraikan tetamu. Tetamu turut dihiburkan oleh Kumpulan Dikir Barat Kajang Utama

Latar Belakang Persada,

Latar Belakang Persada
Pada 17 Mac 2009, satu pertemuan diadakan di Kuala Lumpur dan dibentuk “Persaudaraan Anak Darulnaim (PERSADA)” dalam bentuk komuniti internet http://www.persada.net sebagai wadah portal yang dilancarkan pada 1 April 2009.

Melalui Laman Portal tersebut, pelbagai program diadakan, antaranya;

Mengadakan Majlis Iftar di Hotel Vistana pada 8 September 2009;

Jualan amal tiket Perlawanan Akhir Bolasepak Piala FA dan Piala Malaysia 2009/2010;

Ramah Mesra sambil makan satay pada 23 Disember 2009 di Restoran Haji Wak Samuri, Kajang;

Majlis Mengacau Bubur Assyura di Jalan Cochrane pada 9 Januari 2010;

Majlis sembang bersama Ahli Tumpat pada7 Februari 2010 di Restoran Amir, BB Bangi; dan akhirnya

mengadakan mesyuarat penubuhan jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Darulnaim (Persada) pada 26 Mei 2010 di Restoran Pit Stop, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: